BUFFET RAMADHAN : BERBUKA PUASA DI AMANSARI RESIDENCE RESORT - BELI 5 PERCUMA 1

BUFFET RAMADHAN : BERBUKA PUASA DI AMANSARI RESIDENCE RESORT - BELI 5 PERCUMA 1 | Bertemakan 'Sinaran Ramadhan' Amansari Residence Resort - Official menyajikan lebih daripada 100 hidangan berbuka puasa yang lazat lagi menyelerakan buat semua pengunjungnya sepanjang Ramadhan nanti bermula dari 10 Mei hingga 4 June 2019 .

Dengan iringin muzik tradisional sepanjang berbuka puasa, korang akan berasa selesa dan santai-santai sewaktu berbuka puasa bersama keluarga, teman dan juga yang tersayang. Sambil-sambil tu, korang juga boleh duduk makan sepuasnya dari jam 6pm hingga ke 10pm. Bermacam dan beraneka menu dan juga masakan akan di hidangkan.  



Di Amansari Residence Resort juga ini ada menyediakan kemudahan surau yang berdekatan, so bila masuk waktu maghrib, selepas berbuka, korang bolehlah solat dulu dan kemudian duduk sambung makan semula. Yang penting solat dulu ya. 

Antara menu yang di hidangkan ada bermacam-macam, Sis nak sebut satu-satu pun terlalu banyak, so korang layan ajelah gambar yang sedia ada. Mungkin sewaktu korang berbuka di sana, ada lebih banyak menu di hidangkan, ini adalah contoh sedia ada sahaja yer. 




Kailan Salted Fish
Japanese Beancurd With Minced Chicken
Stir Fried Nestum Butter Prawn




Flower Crab Nyonya Style
Fried Seabass 3 rasa
Honey Rock Sugar Chicken




Aneka Acar Dan Salad
Aneka Kerabu
Ulam-ulaman dan juga berjenis sambal 




Laksa Johor
Sup Cendawan dan Roti
Satay
 Rojak 



Nasi Ayam
Kambing Golek
Roti Canai
Ubi dan Goreng Pisang/Keledek




Aneka Pencuci Mulut
Buah-buahan
Kuih Tradisional
Aneka Bubur 
Minuman Sejuk dan Panas



Amansari Residence Resort Bandar Sri Alam 
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor, Malaysia

Pembelian awal : 
- Dari 15 mac-30 april 2019 - [Beli 5 percuma 1]
- Dari 1 Mei 2019 - [Beli 10 percuma 1]
*Pembelian tunai & baucer Dewasa sahaja* ..

Harga baucer bufet : 
Dewasa - RM85
Kanak² & Warga Emas - RM40

Untuk tempahan sila hubungi 07-381 7070 samb. 811 atau email hotel_info_sa@amansarihotels.com

Juga ada persembahan muzik tradisonal dan juga cabutan bertuah setiap hari !!








P/S: Review Sis, kalau ada yang tanya sedap ke? Sedap tu subjektif, kang Sis kata sedap, korang kata tak pulak, so kena cuba sendiri. So far Sis pergi makan semua sedap dan kena dengan selera anak tekak Sis. Paling suka laksa Johor dia, memang power !! . 


4 comments:

  1. Makanan-makanannya memang terbaik kan sis lin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Syaza, makanan dia semua sedap-sedap, sampai kekenyangan gara-gara makan semua hahahaha

      Delete
  2. laksa Johor dia sedap... jenis makanan pun banyak. puas hati makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Rohaida, paling sedap laksa johor nya laaaa..puas makan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.