PETUA MUDAH HALAU SEMUT, LIPAS DAN CICAK DI RUMAH

PETUA MUDAH HALAU SEMUT, LIPAS DAN CICAK DI RUMAH | Serangga seperti semut, lipas dan cicak sering dijumpai di dalam rumah. Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan kalau dibiarkan.

Bukan itu sahaja, serangga-serangga tersebut bukan sahaja membiak di dalam laci rumah anda malah mengotorkan dengan tahi-tahi yang meninggalkan kesan kotor. Penggunaan racun serangga dengan kerap tidak baik untuk kesihatan anda. Jom kita semak dan cuba beberapa petua mudah untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.


SEMUT 

1. SERBUK KUNYIT
Taburkan pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, selalunya di tepi dinding. Halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.

2. DAUN SIRIH
Taburkan daun sirih yang sudah disiat-siat pada kawasan laluan semut atau di tempat semut berkumpul.

3. MINYAK MASAK
Lap balang gula, keliling meja, kaki meja dan kaki kabinet dapur atau bahagian yang sering didatangi semut.

4. KULIT TELUR
Hancurkan kulit telur  dan bakar. Selepas itu taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.


LIPAS 

1. LEMON
Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap didatangani lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet  dapur. Cara ini juga untuk membantu menyegarkan bau kabinet dapur anda.

2. DAUN PANDAN
Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

3. BUAH PELAGA DAN KULIT KAYU MANIS
Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.

4. SERAI WANGI
Lipas bencikan bau wangi. Anda boleh ambil beberapa batang serai yang telah disiat-siat kemudian letakkan di bahagian yang selalu ada lipas seperti dalam kabinet. Lipas tidak akan “berkunjung” ke situ lagi.

5. MINYAK MASAK
Letakkan semua bahan dalam satu bekas iaitu minyak masak yang telah diguna, Susu pekat lemak manis berkrim Marjerin


CICAK 

1. KULIT TELUR
Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk mengelak cicak dari memasuki rumah anda.

2. BAWANG
Cicak benci bau bawang putih dan bawang merah. Gantung atau letak bawang di tepi tingkap atau pintu rumah anda. Anda juga boleh kisar bawang bersama sedikit air dan semburkan air bawang tersebut di sekeliling rumah.


Sekiranya petua-petua ini tidak memberi kesan, anda perlulah memanggil mereka yang pakar dalam membantu menangani masalah ini. Walaupun anda mengamalkan petua-petua tersebut, kebersihan rumah merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Sekiranya rumah tidak bersih, ia akan memberi kesan kepada banyak aspek yang lain seperti kesihatan dan keselesaan ahli keluarga.

Jadi, wujudkan aktiviti pembersihan rumah bersama anak-anak setiap hujung minggu untuk elakkan rumah anda didatangani serangga perosak.

Sumber: Sirap Limau 







P/S: Kalau Sis ko masih boleh tahan lagi dengan semut dan lipas, memang dapat ku libas! Tapi dengan cicak tu adeiiii, lagi kita nak libas, eh boleh pulak dia kejor kita sampai melekat kat badan, mamposss Sis ko lari tak jejak simen hahahahaha ..bonghok kan !! 


PETUA MUDAH HALAU SEMUT, LIPAS DAN CICAK DI RUMAH PETUA MUDAH HALAU SEMUT, LIPAS DAN CICAK DI RUMAH Reviewed by Sis Lin on Saturday, April 06, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Bagus amalkan petua ni, betul, walaupun tak merbahaya tapi boleh mengancam kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, kita tengah cuba juga ni Kak @Seri...sini rumah banyak lipas...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.