BUFFET RAMADHAN : NIKMATI 'GULAI KAMBING 28 HARI' SEPANJANG RAMADHAN INI DI PULAI SPRINGS RESORT

BUFFET RAMADHAN : NIKMATI 'GULAI KAMBING 28 HARI' SEPANJANG RAMADHAN INI DI PULAI SPRINGS RESORT | Nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort yang menawarkan hidangan Bufet Ramadan bertemakan 'Bufet Ala Bazar 28 Hari' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan antarabangsa bermula 7 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019. 

Hidangan 'Bufet Ala Bazar 28 Hari' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah Gulai Kari Kambing 28 Hari yang dihidangkan Bersama Nasi, Raita dan Papadom, Kuah Kacang Dhal dan Sos Pudina. 
Konsep makanan dari negara barat dan Timur Tengah ini diketengahkan oleh Junior Sous Chef Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadan tahun ini.



Selaras dengan tema 'Bufet Ala Bazar 28 Hari', terdapat lebih 10 gerai atau 'action stalls' dan lebih dari 150 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara buffet di dalam dan di luar restoran Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.

Selain itu, korang juga boleh menikmati Nasi Putih Bersama Ayam Masak Merah Orang Kahwin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Stim Ala Nyonya, Kupang Masak Lada Hitam, Udang Sambal atau Mentega, Lemak Nangka Daun Selasih, Sambal Ikan Bilis Terung Pipit serta hidangan tradisional Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.




 Selain itu juga di hidangkan dengan menu pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan yang pedas dan panas serta minuman sejuk dan panas

Paling istimewa tentunya menu makanan tempatan yang akan dihidangkan termasuklah Asam Pedas  Johor dan Masak Lemak Cili Api dengan pilihan ikan yang pelbagai seperti pari dan siakap, Mee Kolok Sarawak, Fried Spicy Baby Crab with Salted Egg, Murtabak dan Kacang Pol yang akan dimasak secara langsung di depan tetamu.




Di samping itu terdapat juga hidangan barbeku seperti Kambing Golek, Ayam Tandoori, Caru Sumbat, Sosej Teriyaki dan Beef Slices yang akan dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah seperti Rosemary Sauce, Sambal Tumis, Mint Sauce, Air Asam dan lain-lain.

Tidak lengkap rasanya jika tidak merasai sate ketika berbuka puasa, makanya jangan lupa untuk mencuba hidangan sate ayam dan daging yang enak berserta Nasi Impit dan Kuah Kacang, dan juga Gerai Oden-oden iaitu pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran yang dicucuk lidi dan dihidangkan bersama pelbagai jenis sup. 




Bagi penggemar ulam-ulaman, buffet tersebut turut menyediakan aneka ulaman, kerabu dan urap untuk dinikmati Bersama pelbagai jenis sambal, nasi dan lauk-pauk yang lain.

'Bufet Ala Bazar 28 Hari' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, Cendol, Ais Krim Malaysia, potongan buah-buahan, aneka jenis kek, pudding, dodol, wajik, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake. Tidak lupa juga aneka pencuci mulut seperti Serawa Durian, Pengat Pisang dan Coconut Sticky Rice serta minuman-minuman istimewa seperti The Ais Dhaka, Kathira Ais, Teh dan Nescafe Tarik.




Berkonsepkan 'Bufet ala Bazar 28 Hari', Pulai Springs Resort, Johor Bahru menjemput anda semua untuk berbuka puasa pada Ramadhan nanti bermula dari 7 May hingga 3 June 2019.

Harga diskaun baucer pembelian awal bermula dari 1 hingga 30 April 2019 .
RM 84 nett Dewasa
RM 42 nett Kanak² - 4 to 12 tahun .

Harga Biasa : 
RM 99 nett Dewasa
RM 49 nett Kanak² - 4 to 12 tahun .

Para pengunjung juga akan menerima tawaran ekslusif iaitu percuma seorang dengan pembelian 10 orang dewasa (Promosi 10 + 1).

Jangan tunggu lagi! Buat tempahan sekarang ! 
Klik dan lihat promosi terkini : https://bit.ly/2uyqAWE

Untuk pembelian baucer, call +607 521 2121 atau wahtsapp terus ke : http://www.wasap.my/+60177455776/BufetAlaBazar

Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib serta parkir percuma.


Lagi info mengenai #BuffetRamadhan sana sini, boleh ke facebook Page @AKUsislin ya ..






P/S: Review Sis, paling banyak Sis makan, daging salai masak lomak cili api dan juga asam pedas dia, uiii sedap kemian ko! Paling berselera, tang sate dia, sate dia rasa rempah sangat-sangat! Meresap ke dalam daging.ayam tu..memang superb! ...ingat! Sedap itu subjektif okay..ikut tekak memasing.


4 comments:

  1. Nasib baik bukan kemenyan ko!! kemain ko sis!! coconut shake rasanya meja kita je yang banyak pi repeat amik...kah²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha....typo menaip jadi kemenyam ek @Rohaida hahahahaha

      Delete
  2. sedap sedap menu kat sini..paling suka, daging salai masak lemak cili padi tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko sebut terus rasa terliur oiii @Sunah oiii

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.