LAMA TAK MEMASAK, SAMPAI SAYUR PUN DAH KELUAR BUNGA HEHEHE

LAMA TAK MEMASAK, SAMPAI SAYUR PUN DAH KELUAR BUNGA HEHEHE | Hamboii kemain gelak sakan korang yerr,...bukan malas okay, tapi kesibukkan makan di luar #BuffetRamadhan yang menjadikan Sis ko ni lama tak memasak di rumah ..hehehehe . Orang dah jemput, jangan tak pergi, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, tak gitu...

Sebenarnya sayur ni baru je beberapa hari beli, sewaktu keluar bebelanja dengan Suami haritu, dan semasa beli pun dah nampak bebunga kecil di sayur ni, cuma bila dah 4 hari dalam peti ais, bunganya dah kembang mekar pulak, hahahaha tu yang kata sayur dah keluar bunga 😆 

Sejujurnya memang sejak-sejak ni jarang Sis yang masak tapi anak yang masak, dan kalau dah anak yang masak, maka sayur-sayur yang anak tak berapa suka, di biarkan aje ler, tapi kalau sayur kegemaran dia, haaa dia masak ler, macam sayur hijau ni haaa, Sis aje yang makan, makanya sampai keluar bunga jadinya sayur tu terbiar..ermmm


Tengoklah sampai dah kembang bunganya tu hehehehe..asalnya masa beli cuma kuncup-kuncup aje bunganya hahahaha...ni kalau nampak Suami Sis, aje gile di gelakkannya..

Sekali belek tadi, kemain lawaa bunga dia oiii.... 


Taraaaa dah siap masak dah sayurnya tu, hahahaha dengan bunga-bunganya sekali Sis ko goreng. Tak taulah entah boleh ke idok makan bunganya tu, Sis hentam aje ler hahahahah..Dari kecut membuang, baik Sis ko lebur semua. Dah telan masuk perut pun ...

Alaaa Sis masakkan goreng belacan aje, cuma guna cili hijo, kasi sedap sikit rasa dan hilang pahit batang sayur tu ..


Dan Sis ada masak Sambal Sotong juga permintaan si kakak, cuma harini sotongnya Sis ko kerat-kerat kecik, biasa Sis masak sekor-sekor. Kalau Suami cukup membebel kalau potong kecik macam ni, katanya, baik dia beli sotong kecik kalau nak potong kecik 😐  .

Yerr tu jee yang Sis masak, ada lah juga sambal hijau, dan juga telur asin buat menambah rasa, masak bebanyak pun bukan ada sapa nak makan pun, kang ke peti ais juga di sumbatnya ermmm..

Lagipun harini Sis tak berapa sihat, ada masaalah kesihatan sikit. Kalau tidak harini ada event SDS di Paradigm Mall, tapi terpaksa Sis cancel, tak boleh paksa badan nak pergi, sebelum kang kepala melayang pengsan di tengah Mall, aje gile masuk Metro muka depan hahahaha...so harini ada masa, tu yang masakkan untuk diri sendiri dan juga anak. 

Alhamdulilah ..dah masak, dah makan, dah kemas. Settle semua kerja. 

Korang masak apa aja haa ? ...






P/S: Tekak rasa nak makan puding roti, kebetulan ada tu roti kat rumah dah nak expired, ermmm rajin ke idok ni ek nak buat 😬


LAMA TAK MEMASAK, SAMPAI SAYUR PUN DAH KELUAR BUNGA HEHEHE LAMA TAK MEMASAK, SAMPAI SAYUR PUN DAH KELUAR BUNGA HEHEHE Reviewed by Sis Lin on Thursday, April 04, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Tapi sawi memanglah Sis. Simpan dalam peti ais.. Cepat kembang bunganya. PC pun gitu.. Kadang suami ketawakan.. Beli sayur tanam dalam peti ais sampai berbunga katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn sebab tu kalau Suami tau, memang di gelakkannya Sis @PC hahahaha

      Delete
  2. Bagus makan bunga sawi tu, nanti makin berseri2 ko Lin.

    Dah tak sihat pulak ke? Apapun bawa berehat & semoga lekas sembuh ya Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah aje yee je lee berseri mukaaa Kak @Seri hahahaha..
      Aaah kak, semalam perut tak sedap rasa huhuhu

      Delete
  3. Hari ni makan free ada ceramah ssmpena maal hijrah...masih x sihat..batuk ni ntah bila nak elok ntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceramah sempena israk mikraj sis oiii....aje kenapa plak maal hijrah...giler..hahaha

      Delete
    2. Hahahahaha baru nak masuk tahun baru ke aperr tu @Suria hahahaa....mesti makan nasi minyak kann..sedapnyaaaa

      Delete
  4. Alahaiii sambal sotongg 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke nanti stay uma Sis masakkannyaa yer @Farah ...

      Delete
  5. menyesal kita baca artikel ni malam2. terus lapar kita tau. sedapnya lahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...goreng plak ikan asin kan @Mawardi, sedapnyaaa lahaiiiii

      Delete
  6. Tak tahu la nak komen apa..walaupun da habis baca 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha janji ko baca dan fahammm @Sunah hahahaha

      Delete
  7. sampai berbunga ek...hahaha...nasib baik ler boleh dimasak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah...tu pun entah, boleh makan ke tak bunganya, Sis ko dah selamat telannn @Rohaida hahahahaha

      Delete
  8. Assalamualaikum lin...wah !! cantik bunganya...sawi ni kalau dah lama kat dlm ais box mmg berbunga...selg x layu boleh lg dimasakkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..hahahaaha cantikkan Mama, dah selesai masuk perut Maaa hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.