NASIHAT 4 : TERSEMATNYA SIFAT TAWADHUK

NASIHAT 4 : TERSEMATNYA SIFAT TAWADHUK | Bilakah sesaorang itu dikatakan memiliki sifat tawadhuk? Pertama bila mana sesaorang itu melihat dirinya tidak punya kedudukan, tidak punya nilai. Kedua, bila mana melihat kepada makhluk yang lain, dia merasakan tidak ada yang lebih buruk berbanding dirinya sendiri. Dia sentiasa menggangap keaiban yang ada pada diri sendiri jauh lebih buruk daripada apa yang dilihat pada orang lain. Ini supaya setiap daripada kita selamat daripada merasa sombong takbur, dan juga supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan hakikat yang Allah mahukan kepada diri. 

Namun, kebanyakan dalam kalangan kita hari ini banyak menganggap bahawa kitalah yang lebih baik daripada semua orang. Ini jauh sekali daripada sifat seorang yang tawadhuk. 

Salah seorang yang bernama Al-Imam Abdullah bin Abu Bakar Al-Idrus, beliau pernah ingin menghantar anaknya untuk berdakwah di sebuah negeri. Beliau memberitahu kepada anak-anaknya supaya pergi ke pasar dan cari sesaorang yang lebih rendah ataupun hina daripada dirinya.

Lalu anak itupun pergi ke pasar. Kebetulan waktu itu kedengaran azan sedang berkeumandang. Ramailah manusia yang menuju ke masjid kecuali dilihat seorang yang tidak ke masjid untuk bersolat.

Sesudah selesai solat, si anak itu mengatakan, "Orang ini mula dari tadi aku pergi masjid sampai aku balik dia tidak juga ke masjid. Orang ini pasti tidak solat, maka aku lebih baik daripada dia. Aku akan bawa dia berjumpa dengan ayahku untuk aku beritahu orang ini tidak solat dan aku lebih baik daripadanya"

Namun sedang anak itu menuju kepada orang itu, terdetik di hatinya, bagaimana sekiranya nanti ayahnya bertanya mungkin sekarang orang itu masih belum solat? Bagaimana jikalau dia solat juga selepas ini? Bahkan orang itu juga jauh lebih berumur daripadanya, lalu pasti orang itu terlebih dahulu beriman sebelum dirinya dilahirkan. 

Maka orang itu juga terlebih dahulu tahu beramal daripada dirinya. Lalu si anak itu tidak jadi membawa orang itu kepada ayahnya. Kemudian, diusahakan anak itu cari orang yang lain di pasar itu, namun tidak jumpa sesiapa. 

Tiba-tiba terjumpa seekor anjing, dan berhasrat ingin membawanya berjumpa dengan ayahnya. Sedang beliau mengikat anjing itu, teringat pula bahawa anjing itu nanti di akhirat Allah akan mengubahnya menjadi tanah dan debu, maka tiada hisab bagi anjing itu kelak. Manakala dirinya nanti akan dihadapkan ke mahkamah Allah untuk melalui perhisaban amal dan titian sirat.

Jikalau dirinya melepasi setiapnya, maka dirinya boleh jadi lebih baik. Namun jikalau dirinya tidak melepasi salah satu daripadanya, maka lebih baik anjing itu yang menjadi tanah dan debu berbanding dirinya yang masuk ke neraka. Lalu tidak jadi juga beliau membawa anjing itu kepada ayahnya.

Setelah itu, si anak itu pulang bertemu ayahnya dan mengatakan sesungguhnya beliau tidak menjumpai sesiapapun yang lebih mulia mahupun lebih baik daripada dirinya. 

Kemudian berkata ayahnya, "Sekarang dirimu layak menjadi seorang pendakwah, itulah hakikat seorang muslim untuk memiliki sifat At-Tawadhuk". 

Berkata dengan lisan itu cukup mudah, namun praktikalnya tidak semudah itu.

Berkata Imam Al-Gahazali rahimahullah, setiap insan itu mempunyai tulisan di dahinya, "Hormati aku". Bukan secara zahir, akan tetapi seakan-akan itulah gambaran pada diri setiap insan. 

Bukankah benar sesaorang itu cepat marah apabila dirinya direndah-rendahkan walaupun sedikit? Itulah dinamakan sifat ego yang ada pada diri, dan itulah perkara yang perlu dihancurkan dalam diri sesaorang. Ini supaya akan lahir rasa hina dalam diri kita kepada Allah yakni setelah hilangnya rasa ego itu.  

Selagi mana rasa ego itu terus berada dalam diri, maka selagi itulah akan terhijabnya diri daripada merasa hina kepada Allah swt. 


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 






P/S: Semua orang ada EGO tapi biarlah EGO yang bertempat, jenis yang EGO somborono ni, Sis ko memang caras terus !! Zasssss....


5 comments:

  1. Alhamdulillah... Nasihat yang baik untuk diikuti. Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aamiinn, mudah-mudahan @Illya ...

      Delete
  2. tinggi sangat nasihat 4 punya cerita ni..tak berapa faham, kena baca pegang buku tu kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo patutla...part yang anak dia balik bagitahu ayah dia tu, mungkin ada silap kat situ..sepatutnya ayat dia "tak menjumpai sesiapapun yang lebih buruk atau hina dari dirinya sendiri"..baru la dia boleh dikatakan seorang yang tawadhuk

      Delete
    2. Yerr @Sunah, agak keliru ayat dia tu kann, atau memang bahasa dia begitu...jadi berapa kali Sis ko fahamkan, dan kena fahamkan sendiri dari jalan ceritanya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.