ANTARA KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH ASAM JAWA - PASAR BESAR SITI KHADIJAH

ANTARA KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH ASAM JAWA MADU - PASAR BESAR SITI KHADIJAH | Siapa pernah makan buah asam jawa begitu saja? Yerr telan aje, tapi buah asam jawa tau bukan asam keping (gelugor), dua tu beza bentuknya. Asam keping jenis berkeping, buah asam jawa pula jenis macam kekacang tu ha, kena kopek baru nampak asam jawanya kat dalam. Sis pun tak pernah juga sebenarnya makan begitu aje, paling tak biasa buat bancuh dengan air yang jenis paste tu untuk jadi bahan masakan je, tapi bila Sis ke Kelantan haritu, Emak Sis kirim minta belikan buah asam jawa madu jenis yang ini. Ermmm

Tanya Emak, nak buat apa, katanya nak buat ubatlah. Bagus untuk orang darah tinggi katanya,  dan turunkan kolestrol. Ye laa tu kot, sebab Emak memang penghidap darah tinggi, dan apalagi Sis ko pun gigihlah research semua artikel mengenai buah asam jawa ni, ternyata benar sama sekali heheheh.. lagi nak melawan cakap Emak kan hahahaha..

Sis dapat  membelinya dia Pasar Besar Siti Khadijah, sebungkus kecil RM 5, kalau yang besar sebungkus RM 10, Sis beli 3 bungkus yang kecil. 2 untuk Emak, dan 1 lagi untuk Sis, Sis nak bagi Suami mencubanya heheheh. 


Yang ni belum di kupas kulitnya. Macam kacangkan hehehe. Korang kena kupas buah asam jawa tu dan baru makan isinya kat dalam tu. Tak payah di cuci, kupas terus ngap! Ternyata manis ya amat. Nama pun asam jawa madu manis kann..


Haaa tu dia buahnya bila dah kupas, dah boleh terus makan, tapi yang ada macam akar-akar tu korang buang ler, jangan di makan pulak, dan bila dah makan, akan ada biji kat dalamnya, tu pun korang buang, jangan di bedal plak hahahaha..

Manis sangat rasanya. Sis cuba hampir 5 biji, kesedapan pulak hehehehe. Kalau di Johor ni tak tau la pulak ada ke tidak orang jual, tapi kalau di Kelantan, memang orang akan cari buah asam jawa madu ni. Agaknya memang ada di sana aje ke entah laaa..


Sis beli di sini, di Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Pasar ni adalah pasar yang menjadi tarikan pelancung ke Kelantan, yang di bina pada tahun 1985. Nama asalnya dulu adalah Pasar Besar Buluh Kubu, kemudian di tukar namanya oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Di buka setiap hari bermula dari jam 7am hingga 6pm. 

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.

Jadi kalau korang ke Kelantan jangan lupa ke pasar ni yer. Dan kalau singgah jangan lupa membeli buah asam jawa madu ni, banyak khasiat dan kebaikannya yang kita tak tau tapi kita boleh usaha dan cuba. Sos meh baca apa yang bagusnya ..


Khasiat Dan Kebaikan Buah Asam Jawa Madu 

1. Jus yang di ekstrak daripada buah asam jawa dikatakan berkesan dalam menyembuhkan dan merawat penyakit hempedu.

2. Pengambilan jus asam jawa juga dikatakan mampu melancarkan fungsi sistem pencernaan tubuh.

3. Buah asam jawa yang kaya dengan vitamin C ini dikatakan amat bernilai dalam mencegah dan merawat masalah skurvi (suatu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dan terjadi akibat pengambilan diet yang tidak mengandungi buah-buahan segar dan sayur-sayuran).

4. Buah asam jawa dikatakan mampu menentang kanser. Ini adalah kerana asam jawa memiliki sumber antioksidan yang tinggi sekali gus mencegah dan menyembuhkan kanser.

5. Pulpa buah asam jawa yang masak dikatakan berguna untuk merawat masalah pencernaan dan sembelit.

6. Pulpa yang dilembutkan melalui cara direndam di air dikatakan boleh dimakan untuk memperbaiki kehilangan selera makan.

7. Jus pulpa asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk menyembuhkan konjunktivitis.

8. Ubat titis mata yang diperbuat daripada biji-biji asam jawa dikatakan mampu merawat masalah sindrom mata kering.

9. Pulpa, daun dan bunga pokok asam jawa yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada sendi yang membengkak dan sakit.

10. Bahagian daun pokok asam jawa mengandungi sifat-sifat julap, astringen dan mengurangkan demam.

11. Bunga pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

12. Kulit pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat asma.


Ternyata dengan menggunakan asam jawa, kesihatan korang boleh terjaga. Usahakan dulu dan janji kaedah pemakaian dan cara makan atau gunanya betul. 
Semoga bermanfaat untuk korang semua. 






P/S: Sis ko ni jenis suka mencuba, lagi pulak kalau bagusnya dari mulut Emak. Emak tu tak padan, ngajin gak dia google nak tau apa semua benda yang bagus dan tak bagus. Nasib Emak takde FB, kalau tak habis berderet dia update gak hahahaha...


6 comments:

  1. sedap ni... tak sangka banyak khasiat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, cakap Emak sibuk tak percaya, bila dah google baru tau khasiatnya ...

      Delete
  2. lama xmakan asam jawa madu walaupn dok kelantan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo nanti bolehlah beli ya Cik @Nor hehehehe

      Delete
  3. jangan lupa sebut bahagian atas ada keropok kering kelantan gak...sedap, habis sudah...patut beli banyak sikit ri tu...hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu Sis ko tak beli, so nanti part tu @Sunah kena sebut laaa hahahahaha....

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.