POPIA CARBONARA YANG MUDAH DAN SEDAP RESEPI DARI ANAK

POPIA CARBONARA YANG MUDAH DAN SEDAP RESEPI DARI ANAK | Yaaa jujurnya Sis ko makan memang sedap, siapa lagi nak puji kalau bukan Emaknya sendiri. Tak sangka anak Sis boleh buat resepi carbonaranya sendiri sesedap macam ni hehehehe. Katanya anak, dia ada tengok kat gugel orang buat popia carbonara ni, then kata dia nak cuba, cuma dia ubah je sikit resepi tu. 

Ubah pun tak banyak, cuma dari segi bahan dan juga perasanya aje. Macam versi anak Sis ni, dia ada lebih rasa kepada lada hitam dan lada putih, dan dia guna udang, lain-lain bahan rasanya sama aje. 

Yang gelihatinya, mula-mula dia nak cuba goreng guna air fryer, percubaan pertama dia buat juga. Anak sapu popia tu dengan minyak zaitun then dia masuk dalam air fryer 15minit dan tunggu sampai masak. Okay siap aje, macam pelik, popia jadi garing kering hahahaha tapi menjadilah, habis juga kami makan. Di sebabkan anak Sis buat banyak, popia tu kami frozenkan, so esoknya Sis keluarkan dan goreng macam biasa guna minyak. Dan anak Sis kata, sedap lagi goreng dari air fryer hahahaha. Khennnn...

Air fryer tu kalau memang malas atau takde masa nak ngadap kuali, bolehlah guna, tapi kalau nak lebih sedap, gorenglah dalam kuali, memang ada kelainannya hehehe. Rajin kena mau ada ya.

Meh tengok resepi dan bahannya . 


Ni jer bahan yang anak guna. Kulit popiah mesti ada, dia bahan utama, kalau tak, memang tak jadilah popia hehehe. Dan carbonara tu, anak beli yang prego tu, ikutlah suka banyak mana korang nak buatnya. 

Bahan-bahan lain sebagai inti seperti: isi ketak, cendawan butang, lobak merah, bawang merah (tiada dalam gambar), sosej dan juga udang, korang cincang potong dadu, pun ikutlah suka macam mana korang nak buat. 

Dan yang paling terkejut Sis ko......dalam diam si Kakak dia pergi gunanya udang besau Sis dalam peti ais. Mau tak menjerit Emaknya oiiii...Udang tu Suami belikan, Sis nak masak sambal tumis, sekali ke dapur tengok, anak tengah nak mengopek dan ada yang dia dah pun kopek udang tu untuk dia buat rencah..huwaaaaa Kakak oo kakak... 

Beso mana? Korang tengok ....


Ko ngase? Jerit tak menjerit Sis ko ?! Anak ada tanya nak guna udang, Sis kata amik dalam aisbox ada dua bekas, tapi Sis fikir dia fahamlah sebab dua bekas tu berlainan saiz. Maybe dia terbuka hanya satu bekas dan nampak aje udang, terus dia amik dan guna, dia tak tau ada satu bekas lagi udangnya kecik untuk rencah sayur..adeiii 

Nasib baik Sis ko cepat perasan dan nampak, tapi dah selamat 2 ekor di kerjakannya hahahaha...yang kelakar, dia terkejut Emaknya menjerit dari belakang dia, terpelanting udang ke depan hahahahaha .


Oh lupa, bahan-bahan inti tadi kan korang kena tumis. Tumis bawang besar hingga wangi, then masukkan sos carbonara ke dalamnya, terus masukkan kesemua bahan-bahan inti, atau masuk bahan inti kemudian sos carbonara, pun boleh..ikutlah suka korang kata anak. Bahan perasa plak pun ikut suka nak letak macam mana, macam anak Sis lebih kepada lada hitam dan lada putih, so rasa dia pedas-pedas sikit tapi sedap. 

Gambar menumis Sis tak sempat nak amik, Sis ko tengah mandi hehehehe. Tau-tau turun dapor anak dah tengah menggulung popia. Lepas dah menumis bahan inti, biarkan sejuk dulu, dah sejuk baru gulung popianya yer. 

Dah siap korang gorenglah dan makan. Jadilah Popia Carbonara Yang Mudah Dan Sedap .
Korang cubalah. 





P/S: Sejak ada Kakak di rumah, jarang Sis masak, semua dia buat. alhamdulilah .
Terima kasih Kakak 💗


16 comments:

  1. sedapnya..bolh cuba jgak ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Cik @Nor, sonang aje resepinya dan membuatnya heheheh

      Delete
  2. haha..putih mata udang beso tu dibuatnya rencah. nasib baik ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, mana Omaknya tak menjerit @Julia hahahaha

      Delete
  3. hahahahha.. kalua akak pun mau tak menjerit tengok udang beso dijadikan rencah. Pak Inche pun boleh pitam oi.

    Cara popia carbonara kakak, sama dengan cara akk, tapi akk guna jenama lego yg tu memang boleh terus dimasukkan dalam inti, takyah tumis2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye Kak @Seri, terkejut EMaknyaaa hahahaha...hilang kang nak buat sambal tumis, dek kena cincang dalam popia carbonara hahahaha...

      Jenama Lego? Ada ek..

      Delete
  4. Dah cuba resepi ni .memang sedap . Lgii puas mkn klau buat sendiri

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah menjadi..senyum maknya..syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe senyum dalam kelat @PC hahahaha

      Delete
  6. Sedapnyaaa sis.. Nak try lah nanti buatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko buat @Farah, mesti Emak ko suka hehehehe

      Delete
  7. perghhhh hidup udang tu ek....sampai terpelanting...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sengal...udang katak namanya @Sunah ...

      Delete
  8. Assalamualaikum lin...mmg la terkejut kalau maknya menjerit lin...mesti anak ingat mak die kenapa kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...hahahaha iyeee Maaa, terkejut Emaknya nengok udang di gadaikannya hahahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.