JANGAN LUPA SAMBUNGAN DRAMA NUR 2 BERMULA MALAM INI !

JANGAN LUPA SAMBUNGAN DRAMA NUR 2 BERMULA MALAM INI ! | Siapa yang tak tonton drama rantaian Nur pada bulan Ramadhan tahun lalu mesti rasa ketinggalan kan? Mana tak nya, drama tersebut berjaya mencatat 2.5 juta penonton ketika babak Aishah lakonan Noorkhiriah menuduh Nur menyihir keluarganya menggunakan sup bunjut hingga tular di laman sosial! 
Hahaha lawak gilerr episod ni .

Diterajui oleh beberapa bintang hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Nurkhiriah, Azhan Rani dan ramai lagi, drama Nur 2 bakal menghiburkan di TV3 bermula 2 April malam ini. Khabarnya dalam Nur 2 ada satu watak baru iaitu Juita yang dijangka akan menambahkan lagi konflik dalam hubungan Ustaz Adam dan Nur. 
Jeng jeng jeng ..

Lebih menarik lagi, watak ini pernah menjadi teka-teki siapakah yang akan menjayakannya selepas Nelydia Senrose menarik diri dari melakonkan watak ini kerana terlalu daring. Akhirnya pelakon Azar Azmi dipilih oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin untuk menjayakan watak ini.

Adakah drama Nur 2 bakal lebih hebat daripada sebelumnya? Kita sama-sama nantikan.


JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod

TARIKH TAYANGAN : Mac/April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali


WATAK PELAKON 

Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam 
Azar Azmi sebagai Juita
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi 
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul 
Eyra Hazali sebagai Suraya 






P/S: Tak sabar nak nengok episod 1 tapi...malam ni tak dapat pulak nengok, Sis ko ada undangan jemputan 'makan' hahahaha 😁 . Layan utube le gamaknya ..


JANGAN LUPA SAMBUNGAN DRAMA NUR 2 BERMULA MALAM INI ! JANGAN LUPA SAMBUNGAN DRAMA NUR 2 BERMULA MALAM INI ! Reviewed by Sis Lin on Tuesday, April 02, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Baik laaaa...tapi yang pertama dulu pun saya x tengok.. abih camno nak tgk yg kedua ni 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sengal..takpe tengok je no2 ko mesti faham @Retna hahaha

      Delete
  2. ibah pun da sebut2 tadi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe dapat ke tv3 kat rumah tu @Sunah hehehe

      Delete
  3. Assalamualaikum lin..kena tunggu citenya mlm ni...episod 1 best yg 2 ni pula harapnya lg best kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..yee Maaa, sampaikan tak menyabo, duk tengok IG stafiq aje heheheh

      Delete
  4. Pasti tonton.. Pak Inche pun follow tau.. So malam ni sekeluarga menonton bersama2 😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah....nampak gaya kena makan awal sesiap get ready la ye Kak @Seri hehehe

      Delete
  5. Part 1 PC tak ikuti Kak..tapi bila jadi viral pasal sup bunjut tu tercari-cari jugalah PC..tapi masa tu dah habis ceritanya..ini dah nur 2..tapi satu yang PC suka tengok adalah tulisan jawi pada perkataan Nur tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha memang part tu lawak nak mati betul @PC hahaha jadi viral di buatnya hahahahaha

      Delete
  6. dulu pun celup² je tengok cerita ni.. sambungan ni mesti lagi best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn semalam punya episod je dah best @Rohaida..awal-awal dah nangis pulak huhuhu

      Delete
  7. Alahai LZ terlepaslah cerita Nur 2 ni..
    Pagi ni gigih baca review dari rakan bloggers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, nanti tengok aje youtube @LZ ...Sis ko taknak baca sinopsis, hahahaha nanti tak suspen hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.