HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG SIS YANG KE 19 TAHUN

HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG SIS YANG KE 19 TAHUN | Ya Allah dah besar anak bunag satu-satunya yang Sis ada ni. Rasa sekejapnya masa berlalu, macam baru semalam je melahirkannya..sedih pulak tetiber kita ...alhamdulilah anak bujang inilah satu-satunya penyeri dalam rumahtangga Sis dan Suami. Anak pertama dan kedua perempuan, dan sewaktu mengandungkan anak bujang Sis ni, waktu perut dalam 4 bulan, Suami dah pun kata dan rasa-rasa, siap cakap 'Ayah rasa, Dolly ngandung anak lelaki ni'...hohoho dah macam mesin scan Suami Sis kan hehehe

Tapi tepat sekali tekaan Suami, betul-betul anak lelaki yang Sis lahirkan dan anak lelaki jugalah yang Suami nantikan setelah dua orang anak perempuan yang Sis ada, alhamdulilah ..


Dan sekarang sudah 19tahun umurnya. Sis dan family panggilnya Amat. Sangat rapat dengan Sis, boleh di katakan agak panas dengan Ayahnya, tak tau kenapa, mungkin Ayahnya kurang bersama dan bercerita dengannya, kalau dengan Sis memang ke hulu ke hilir dari kecik sampai ke besar sekarang pun, masih melekat, lagi kalau demam, lagi lerr melekat, sampai nak tidur dengan Emaknya, alahai...Kalau dengan Ayahnya, ada je tak kenanya, tak taulah kenapa..ermmmm..

Tapi apa-apa pun, tak kisahlah anak lelaki ke anak perempuan ke, masing-masing ada perangai dan perwatakan berbeza, yang sorang macam ni, yang sorang macam tu..makanya Emak dan Ayahnya sabar ajelah melayan...

Dan harini 16/4 adalah hari lahirnya Muhamad Ridzuan . Namanya pun Ayahnya yang bagi, sampai kena denda lewat pergi mendaftar surat beranak gara-gara mencari nama sesuai hehehehe...


Anak bujang sorang ni suka main muzik, dia main gitar bass mewakili band group dia di Johor (IG: homemadefingersband) dan juga band group dia di Politeknik (IG: theObses) dan sekarang belajar di Politeknik Mersing dalam bidang Digital Teknologi Maklumat (Diploma). 

Selalu pesan kat dia, jangan sampai muzik melalaikan, belajar bersungguh-sungguh untuk kejar cita-cita yang Amat idamkan. 

Selamat hari lahir Amat. Kami semua doakan Amat berjaya, dan menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Moga Allah sentiasa menjaga dan lindungi juga permudahkan urusan Amat.. 

Minggu ni Ayah kata ada surprise untuk Amat...syyyhhhh...kita tungguuu...






P/S: Tak pernah membezakan kasih sayang kepada anak-anak, baik lelaki ataupun perempuan sebab mereka adalah ANAK ... sekian..


HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG SIS YANG KE 19 TAHUN HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG SIS YANG KE 19 TAHUN Reviewed by Sis Lin on Tuesday, April 16, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. happy birthday crush! hahahaha... semoga amat menjadi ank yng soleh okay. 🎉🎉🎉

    ReplyDelete
  2. Happy birthday, Mohd Ridzuan.. baru hari ni aunty tau nama kamu Ridzuan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe makaseh Bonda @Seri ..kimsalam Iman hehehehe

      Delete
  3. happy bezday !
    hensem rupanya anak bujang sis lin ni..
    mamanya maintain muda..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Mama3D ...encem muda lagi 19thn., tunggu dah besau sok 20/30, entah encem ke idok ntah hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.