TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR : NASI LEMAK LOBSTER JB

TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR : NASI LEMAK LOBSTER, JB | Korang ada yang dah mencubanya? Kalau belum silalah mencuba, ternyata memang sedap seperti apa yang di viralkan cuma..ada sedikit yang sangat mengecewakan kami sekeluarga..tu nanti baca di akhir cerita. Meh sini Sis nak kongsikan apa yang bestnya makan di sini .

Hujung minggu lepas Sis anak beranak memikir nak makan apa agaknya ye, yang kakak duk sibuk mengajak nak ke Paradigm, nak makan shushi apa entah namanya, tapi Sis dan Suami rasa keletihan gara-gara siangnya mencari Gitar Bass untuk si bujang tu. Makanya sepakat semua makan yang terdekat sini-sini ajalah. 

Dan akhirnya Kakak kata kita cuba Nasi Lemak Lobster, Jb ni aje. Oh dengar aje namanya, Sis taulah sebab viral kat facebook kedai makan ni. Okaylah kita cuba. Ayahnya ikut aje tanpa bantahan hahahaha. 


Ini set Sis makan. Nasi Lemak Lobster Merangkak RM 25-38 (ikut harga pasaran dan saiz)
Ini memang sedap! Mungkin sebab lobsternya merangkak tu hahahah. Dari sambalnya hingga ke nasinya. Beras dia guna tu beras panjang-panjang (brasmathi), dan lobster tu pun besar dan banyak isi, rasa pun fresh! Puashati le makan. 


Ini menu anak Sis, Yana. Nasi Lemak Sotong King Grill RM 25 (sotong ada 2 jenis, samaada grill atau crispy) .
Yang ni nasi lemaknya sama juga, set siap ada telur mata, sotong dia besau dan bertelur, nasib kami la tu dapat sotong ada telur, kemain suka si Yana hehehe..


Dan yang ini menu Kakak. Nasi Lemak Ketam Nipah Sado RM 28
Ketam pun sado ek hahaha..Pun sama juga set nasi lemak. Ketamnya pun besau kemainnn, cuma agak rasa masin sikit masa tu ketamnya, tapi still okay lagi. 

Suami Sis dia makan Lamb Chop RM 19.90, tak nyempat amik gambo, memasing dah kelaparan, terus ngap semua hahahaha. Pun sedap juga kata Suami . 

Korang boleh tengok antara menu yang sempat Sis amikkan gambar ..ada menu western juga. 




Boleh katakan kalau korang nak makan sini, kenalah bersabar, sebab orang ramai dan penuh meja luar dan dalam. Masa Sis sampai pun, full house, nasib juga ada yang dah bangun, so kami dapat meja. Dan nasib tak baik kami, dah amik order tapi hampir 1 jam baru dapat order, pelik duk tertanya-tanya, orang datang lambat dah dapat, kami datang awal, menu tak sampai-sampai, bila di tanya katanya resit order kami takde ...siap tanya lagi 'Akak dah order?'....ko ngase?? ...duk tunggu punya lama, sekali bertanya kata dia takde order ermmmmm

Okaylah kami maafkan. Then mereka amiklah order semula dan menunggulah kami lagi...so lepas ni korang perhatikan ajelah, kalau orang yang datang kemudian dah dapat tapi korang punya belum dapat, better korang tanyalah order korang...kalau tak jadi macam kes kami sekeluarga...

Letih tau menunggu, nasib baik makanannya bagus dan sedap, kalau tak....memang ku angkat kaki tinggal je..apa-apa pun banyak yang kena mereka perbaiki dari segi servis. Banyak kekurangannya, tapi tak taulah kalau mereka perasan atau tidak.. Hope lepas ni kalau datang lagi, servis dah bagus ya..

Pic dari facebook mereka 

Nasi Lemak Lobster JB 

Lokasi :
97&99, Jalan Anggerik Emas 1, Taman Anggerik Emas, 81300 Skudai, Johor
Kedainya betul-betul area belakang Tesco baru Setia Tropika tu ha. Dari mcD tu, traffic light, korang jalan terus, nanti nampak kedainya sebelah kiri. 

Waktu perniagan 
Bermula seawal 5.00 Ptg hingga 1.00 pagi

Hubungi : 
Call/wassap 012-769-6716







P/S: Ada juga kata harga tu macam mahal, mula-mula ye juga Sis pun kata begitu, tapi bila dah makan, dengan portion nasi lemaknya dan juga kesegaran seafoodnya, kira berbaloilah harganya. Suami pun setuju. Jangan pulak ko kata makan sini orang 'have-have' yerrr..ermmmm terpulanglah memasing. 


16 comments:

  1. Nampak menyelerakan semuanya...mahal kalau rasanya sepadan tidak rugi dan tidak salah mencuba.Sesekali.Betul la Sis..order lambat sampai..memang mencabar sangat..lagi-lagi bila order kita dikata tak ada...kalau tak betul-betul boleh jadi gaduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC sangat menyelerakan dan sedap..Harga memang berbaloi dengan apa yang di makan...tapi tulah nasib kurang baik, kami kena servis lambat dapat makannya...huhuhu

      Delete
  2. ok la tu...lobster, sotong, ketam pun besor2...sebab compare dengan rega lamb chopnya...uiii, murah tu! mana nak cari lamb chop bawah RM20?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe kann @Sunah..harga yang di bayar sepadanlah dengan rasanya yang sedap dan fresh seafoodnya ..

      Delete
  3. Sdap wooiii1..lobbbssssterrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap @Nona..bolehlah nanti cuba ya...

      Delete
  4. Nampak sedap, bolehlah cuba nanti.
    Kalau nasi lemak Wak Kentut tu selalulah singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silaaa @Warisan, sangat rekemen, puashati makan sini ..

      Delete
  5. ok lah jugak harganya ye kak....
    selalu fikir klu lobster mesti harga ratus2... dpt dlm harga tuh kira ok lah tu

    tgk makanan semua sedap2... tp tang servis slow tu mmg kadang blh spoil mood...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn yang ini harga sepadan dengan makannya @Norhidana...seafoodnya pun fresh...
      Benar kalaus ervis lambat jd spoil..tapi itu kesilapan teknikal ajaa...

      Delete
  6. nak sotonggggggg sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
  7. perghh lobster dia..ni yg kene belnja ni bila mai johor..hahaa

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum lin...mmg nampak menarik la menu die lin,udang ,sotong lobster semuanya beso2 belaka...lain kali leh cuba tapi jgn jd mcm lin sudah la,mmg hangin satu bdn nanti...hahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusaalam Mama @Maszull...memang menarik Maa, semua sedap-sedap belaka...harga sangat berpatutan,. bolehlah Mama cuba nanti ya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.