PULUT MANGGA DAN THAI GREEN TEA DI RESTORAN KOME THAI MEMANG SEDAP !

PULUT MANGGA DAN THAI GREEN TEA DI RESTORAN KOME THAI MEMANG SEDAP ! | Hujung minggu ni sambil clearkan gambar-gambar sedia ada dalam handphone dan juga folder laptop dan gallery facebook, tiberr tenampak pulak gambar pulut mangga dan thai green tea ni sewaktu Sis dan anak sulung Sis jenjalan cari makan di Setia Tropika dan anak ajak makan di Restoran Kome Thai ni. Anak dah pernah pergi, dek kerana kesedapan pulut mangga dan thai green tea tu lah, anak ajak Sis merasanya sekali. 

Ternyata memang sedap, dari mangganya hingga ke pulut dan santannya, rasa dia sangat fresh ! Suap sekali masuk mulut, terus tak berenti suap berkali-kali, tau-tau dah licin di bedal oleh anak, ermmm...Sis ko order lagi hahahaha. Dan air thai green tea dia, perghhh piawww sekali bak kata ayat hipster, terbaekk bak hang! bukan biasher-biasher.. 

Selalunya kalau minum thai green tea, kalau tak kena dek tekak, ada rasa kuat sangat green tea dia kan, wangi jasmine dia pekat, tapi kat sini, rasa dia balance sangat, sekali hirup, memang sedap! Baik minum panas (anak Sis) ataupun minum sejuk (sis punya)..

Di Restoran Kome Thai ni, ramai orang datang makan, tak henti-henti orang keluar masuk, Sis duk perhati je, servis pun cepat, menu dia hebat-hebat semua, dah macam ko kat Thailand gitu. Yerr restoran ni ala kedai tomyam gitu cuma menu dia ada up sikit, apa ko nak makan, semua ada di jual. Korang try tomyam dia, perghh terangkat seyyy, sedap oii..


Pulut Mangga 


Green Tea (Sejuk dan Panas) 


Tomyam Seafood 

Pekat, isi banyak, rasa dia betul-betul puashati, Sis ko tak reti nak cakap macam mana. Ini bukan review berbayar yer, ni review Sis sendiri, sedap Sis kata sedap, tak sedap, Sis ko takdenya nak buat entri hahahaha..Kenalah cuba sendiri barulah tau, lain orang lain rasa tekaknya. 

Kalau dah lepas makan, nak pencuci mulut ke apa, korang jangan risau, kat sini kan sampai Sis ko nengok menu aiskrim dia pun Sis ko tercenggang, kemain banyak gileeee aiskrim dia hahahaha..blur dan termenung sekejap nak pilih yang mana satu oiii hahahaha..
Tak caya, meh nengok gambo. 


Haaa amekkawww, pilihlah nak yang mana ikut nafsu tekak ko hahahahaha. Sis masa tu tak order sebab dah order pulut mangga, next time nanti nak try juga . Puashati makan kat sini, semua ada. Harga pun tidak terlalu mahal, biasa-biasa aje, tengok pada apa yang ko makan laaa..

Korang pergilah cuba, guna waze aje pun sampai yo. Yang bestnya jam 11am dah bukak, ada menu makan tengah hari di sana, sampailah ke malam jam 1am. 

Alamatnya : 28, Jalan Setia Tropika 1/27, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Kot kalau nak booking, boleh call nombor 07-244 2346 . 

Jangan lupa cuba pulut mangga dan green tea tu yer ..






P/S: Sekali nengok terliur pulak, macam nak pegi aje ini malam hehehehe...nak makan aiskrim wafer tu..


4 comments:

  1. Ya allah terliurnya saya sis. belanja please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe kannnn @Mawardi, Sis ko menaip pun jadi terliur hahahaha

      Delete
  2. Tu dia, terliur.. Nasib kat Johor.. Klu x, boleh pi terjah gak.. Tapi mana la tau kot tersesat ke Johor nnti, boleh singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mai mai kalau ke Johor, roger-rogerlah yaaa @Fieza ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.