DOKTOR SHARIFAH HALIMAH, PAKAR PEMBEDAHAN GINEKOLOGI INVASIF TERBAIK DI JOHOR

Sis Lin
12
DOKTOR SHARIFAH HALIMAH, PAKAR PEMBEDAHAN GINEKOLOGI INVASIF TERBAIK DI JOHOR | SETELAH 4 tahun Sis jalani pembedahan Laparoscopy buang fibroid di perut, masih juga ada yang bertanya 'sakit ke buat pembedahan laparoscopy tu?'.. Jujurnya Sis cakap masa di bedah memang tidak sakit, sebab kita di buis sepenuhnya, tapi selepas bedah yaa, Sis alami radang perut yang sakit. Tapi ni semua terpulang kepada kekuatan badan dan juga kepakaran Doktor yang membedah korang laa.. ada orang harini bedah, esok dah boleh jalan, tapi Sis warded 4 hari yaa hahahaha.. 

Bukan sebab salah kepakaran Doktor yang bedah Sis ke, tapi mungkin ianya sesuatu yang baru, so body Sis sendiri tak boleh nak menerima sakitnya macam mana. Tapi syukurlah, pembedahan yang Sis buat bukan jenis berjahit (open surgery) macam orang bersalin tu, tapi mereka guna kaedah pembedahan 'tebuk tiga lubang' yang lebih selamat dan cepat pulih. 

Masa Sis buat pembedahan Laparoscopy pada tahun 2018 tu, rasanya kaedah pembedahan ni terlalu baru dan Sis sendiri pun baru tau mengenai pembedahan laparoscopy ni. Pada mula Sis buat rawatan, masa Doktor kata nak kena bedah, Sis dah fikir dah, mungkin bedah 'kerat perut' dan mulalah fikir nak menjaga jahitan dan badan pulak lepas tu, tapi bila Doktor kata buat pembedahan tebuk tiga lobang tu, ermm Sis pestime dengar, so Sis redha jerr apa Doktor nak buat. 

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Tapi sekarang rata-rata ramai juga yang dah tau akan pembedahan Laparoscopy ni haa, dan normally di hospital-hospital pakar juga akan guna kaedah pembedahan begini untuk buang fibroid/cyst/appendix dan lain-lain termasuk pembedahan batriatic tu haaa.. pun sama guna kaedah laparoscopy. 

Cuma jika korang nak dapatkan pakar yang lebih profesional dalam bidang laparoscopy ni, korang kena bijaklah memilih dan juga banyakkan research. Bukan kata doktor-doktor pakar semua tak profesional, tapi profesional dari segi pengalaman yang kita mahukan, ye laa semua orang nak khidmat servis yang terbaik kann, so kenalah bijak memilih dalam kepakaran doktor yang kita nak. 

Baru-baru ni Sis ada ke Gleanegles Hospital dan bertemu dengan Doktor Sharifah Jaafaar, seorang doktor pakar sakit puan dan juga pakar pembedahan ginekologi invasif terbaik di Johor dan berpengalaman lebih dari 25 tahun menguruskan pesakit ginekologi dan isu kesihatan wanita daripada kes yang mudah hingga kepada yang kompleks.

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Selain dari pembedahan invasif, Doktor Sharifah juga menerima latihan praktikal dalam kesuburan & IVF CREST Centre, Vietnam pada tahun 2014. Dan kini Doktor Sharifah juga merupakan pengerusi bagi jawatankuasa kecil OGSM Gynae-Endoscopic untuk tahun 2021/2022 dan seumur hidup Persatuan Endoskopi Ginekologi Malaysia (GESM), dan juga beliau merupakan ahli Persatuan Endoskopi Ginekologi Asia Pasifik (APAGE) dan Akedemi MIS. 

Sewaktu Sis berbual bicara dengan Doktor Sharifah, beliau banyak mendedahkan tentang bahayanya penyakit dalaman wanita yang ramai tidak amik peduli dan tidak buat pemeriksaan lanjutan sehingga berlalu ke tahap yang paling teruk hingga terpaksa melakukan pembedahan. 

Salah satu sebabnya adalah wanita takut nak buat pembedahan, mereka membayangkan yang mereka akan di bedah secara 'open surgery' dan kesannya akan menjadi parut dan kesihatan juga lambat nak pulih, lebih-lebih lagi kepada surirumah yang ada anak dan menjaga rumahtangga. 

Tapi memang betul juga kata Doktor Sharifah tu, ikut pengalaman Sis, mulanya memang takut oii, mana taknya fikir nak bedah tu, mau-mau lambat baik kan, pastu nanti mestilah ada kesan parut di perut, walau orang tak nampak, tapi bagi seorang wanita/isteri, kita ada juga rasa malunya kan dengan Suami. So sebab itulah Doktor Sharifah banyak membantu wanita di luar sana yang ada sakit dalaman, agar segera berjumpa Doktor dan buat pemeriksaan lanjutan. 

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Jika sebelum ni Doktor Sharifah berkhidmat di Regency Hospital, kini beliau berada di Gleanegles Hospital dan punyai kliniknya sendiri yang menyediakan penjagaan tahap pakar untuk ibu antenal & bersalin, pemeriksaan genekologi dan pap smear, rawatan penyakit genekologi dan gangguan hormon seperti fibroid rahim, endomitriosis, sindrom ovari polikistik, pemeriksaan kemandulan dan rawatan kesuburan termasuk IVF. 

Dan rawatan kepakaran profesional pembedahan yang di jalankan oleh Doktor Sharifah adalah mengunakan kaedah ginekologi invasif minimum (lubang kunci) tanpa perlu jalani pembedahan perut terbuka. Korang yang rasa takut, ragu-ragu tentang pembedahan ni, datang berjumpa dengan Doktor Sharifah, dia akan menerangkan lebih details kepada korang nanti. 

Yang paling Sis suka akan Doktor Sharifah ni, beliau sangat ramah, dan open-minded, so korang jangan malu dan segan untuk bercerita mengenai masaalah kesihatan korang kepadanya. Sis sendiri pun sebelum ni di rawat oleh Doktor lelaki, memang rasa malu juga awalnya, tapi sebab dah sakit kan, so memang tadah jer laa.. sebab masa tu belum kenali lagi dengan Doktor Sharifah ni, now dah tau, memang terus berjumpa dengan dia aja laa.. 

Doktor Sharifah Jaafar, Pakar Pembedahan Ginekologi Invasif Terbaik Di Johor

Korang ada baca tak posting di blog Sis sebelum ni mengenai menu sihat H Gourmet Cafe tu? Haaa Doktor Sharifah ni laa foundernya. Bukan sahaja merawat pesakit, tapi Doktor Sha nak beri pesakit dia enjoy makan yang sedap tapi berkhasiat di cafenya. So makan banyak mana pun, tetap kekal sihat kalau kena cara dan gayanya. 

So korang yang ada masaalah kesihatan dalaman atau nak buat pemeriksaan buat pertama kalinya, atau pemeriksaan lanjutan, korang bolehlah buat temujanji di kliniknya dan dapatkan rawatan pakar dengan Doktor Sharifah ni, Sis memang rekemen sangat-sangat. Kalau rasa takut, haaa jumpa Doktor Sharifah sebut nama Sis Lin hahahaha.. hilanglah gemuruh tu nanti lalalalala.. 

Doktor Sharifah at Gleneagles Hospital
Obstetrics and Gynaecology (O&G)
609 & 610, Level 6, 
Specialist Clinics Complex (SCC)

Phone No : 075601000 ext 3064



P/S: Ingat nak juga buat pemeriksaan lanjutan dengan Doktor Sha.. rasa macam serasi dengannya.. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Insyallah nnt leh rekmen pd kawan2 yg memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Min, kasitau kengkawan mana yang nak buat pemeriksaan yaaa

      Delete
  2. Tq sharing sis..memang bagus doctor nie kan..boleh la buat check up lps nie dgn doc sharifah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Suzie, suka cara Doktor berinteraksi dengan pesakit, pesakit rasa tenang...

      Delete
  3. Doktor yang berpengalaman. Memang bagus lah gini. Eh, rasa macam nak Laparoscopy lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ko nak bedah apa GB, tapi serius, bedah cara laparoscopy tak meninggalkan parut luka yang besar..

      Delete
  4. Replies
    1. Yaa Wak.. kepakarannya memang terbaek setakat ni di Johor..

      Delete
  5. Untung la org2 Johor ada doktor pakar mcm Dr Sha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Karni, jumpa Doktor yang macam ni, sakit pun jadi tak sakit hehehehe

      Delete
  6. Lepas dengar doktor cerita, terbuka sikit pemikiran ni pasal laparascopic. Sebab tak pernah alami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Nur, ramai orang takut tau sakit dia sebab takut nak buat pembedahan, so dah tau laparoskopi ni, mudah kan...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!