UMRAH AKU TANPA MAHRAM

UMRAH AKU TANPA MAHRAM | HARINI Sis nak berkongsi dengan korang semua mengenai Umrah Tanpa Mahram yang sekarang ni ramai yang bertanyakan soalan-solan ni dalam group Umrah. Banyak Sis baca dan Sis fahamkan. Bagi mereka yang benar faham dan memahami, mereka taulah situasi, rasa dan perasaan bagi seorang wanita termasuk Sis yang pergi Umrah tanpa mahram. 

Tapi bagi mereka yang tidak membaca atau main bercakap dan menulis, agak berkecil hati juga bagi kami wanita yang pergi tanpa mahram, hinggakan sehingga harini, jika Sis menceritakan pengalaman Sis mengerjakan Umrah tanpa mahram, akan ada yang bertanya, 'Kenapa tak pergi dengan Suami?'.. 

Beginilah... inilah luahan rasa Sis sebagai isteri yang pergi Umrah tanpa Mahram.. 

Setelah hampir 6 bulan berlalu Sis balik mengerjakan Umrah, dan bila Sis berkongsi cerita pengalaman Sis di sana, masih ada yang bertanya ‘Kenapa tak pergi dengan Suami?’.. Sis dah tak tau nak menjawab apa, sebab semuanya aturan Allah dan Allah beri ruang dan jalan buat Sis ke sana ketika itu tanpa Suami.. 

Sebelum Sis buat keputusan, banyak yang Sis baca, Sis tanya dan fikir. Bukan mudah nak buat keputusan, hati berbelah bagi untuk meninggalkan Suami (fikir tiada sapa urus makan pakainya) dan anak-anak (walau anak dah besar remaja).

Umrah aku Tanpa Mahram

Tapi alhamdulilah, Allah Maha berkuasa.  Dipermudahkan urusan Sis, tiba-tiba Sis di beritahu Suami, sepanjang date yang Sis pergi Umrah tu Suami masih outstation di Kerteh, Trengganu (dari sebelum Sis pergi sampai Sis balik Suami di sana). Ya! itulah peluang yang Allah beri pada Sis supaya sepanjang perjalanan Sis ke sana beribadat, aman tanpa fikir rasa beban bersalah meninggalkan Suami Sis dan Suami izinkan Sis pergi dan Sis bermahramkan Mutawif Sis yang Sis kenal bertahun-tahun lamanya. 

Subahanallah, Sis tak berkecil hati pada mereka yang pertikaikan niat Umrah Sis tanpa mahram bila Sis pergi tanpa Suami. Rezeki dan bahagian masing-masing .. tapi kita janganlah terus menjatuhkan hukum pada sesaorang itu. Pergi Umrah bukan ‘trend’, duit banyak macam mana pun, kalau bukan REZEKI kita, maka belum tiba masanya, tapi kita boleh usaha. Macam Sis, peluang dan ruang dah ada, Sis nekad, Sis usahakan ke arah itu, tawakkal jer, Allah beri jalan, jangan takut tiada kawan di sana, berserah pada Allah, di Sana nanti Allah sentiasa ada bersama kita.. 

Jika izin dari Suami tu ikhlas, di sana nanti semuanya menjadi mudah. Alhamdulilah, di sana mutawif dan jemaah yang sama-sama dengan Sis dah macam keluarga sendiri, mereka baik dan menjaga Sis di sana. Bohong kalau kata tak sedih sepanjang di sana tanpa Suami, tapi Sis banyakkan berdoa dan kena kuat! Dah itu jalan yang Sis pilih, makanya Sis fokus pada ibadah Sis dahulu, yang penting, doa Suami dan anak-anak sentiasa mengiringi Sis  sepanjang Sis di sana. 

Tidak menjadi dosa besar pergi Umrah tanpa Mahram. Sis pergi untuk beribadah, bukan enjoy-enjoy. Kenapa ketika Sis berME-time travel dengan kawan tanpa Suami Sis, tiada seorang pun bertanya, Tapi ketika Sis pergi Umrah untuk beribadah, ini yang mereka soalkan. Sedih dan stress juga Sis fikir, tapi takpe, niat kita tu Allah sahaja yang tahu.. 

Apa-apa pun, terima kasih juga buat mereka yang amik perhatian dan pertanyaan itu, sedikit sebanyak Sis banyak tau tentang perkara ini semua. Marilah kita sama-sama berdoa, moga Allah berikan kita rezeki sihat untuk pergi menunaikan ibadah Umrah/Haji bersama Suami dan keluarga kita, aamiinn .. 

Maaf jika ada kesilapan dalam penulisan.. Sekadar melepaskan pengalaman yang Sis rasa dan lalui ketika Sis Umrah tanpa Mahram .. jika salah mohon nasihat.. 

Umrah aku Tanpa Mahram

ILMU, IMAN, AMAL, IKHLAS

Umar Abdul Aziz menyatakan, 'Barang siapa beribadah kepada Allah tanpa ilmu niscaya akan merusak lebih banyak daripada memperbaiki' - Imam Ahmad

Ilmu tanpa amal = gila
Amal tanpa ilmu = sia sia
Imam Ghazali

Nabi SAW bersabda :
لا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تُسَافِرُ مَسِيرَةَ يَوْمٍ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
Maksudnya : “ Tidak boleh bagi seorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sejauh sehari perjalana kecuali bersamanya ada mahram [Riwayat Muslim (1339)]. 

Di antara alasan tidak membenarkan wanita untuk bermusafir tanpa mahram adalah untuk ; 
+ menjaga keselamatan, 
+ memelihara kehormatan 
+ serta menjauhkan para wanita daripada fitnah sekiranya tiada mahram yang menemaninya. 

Namun jika perjalanan tersebut aman dan selamat, maka sebahagian para ulama membenarkannya. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis tersebut (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/500)

Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah. Sebahagian ulama dari kalangan fuqaha mazhab Hanbali dan Hanafi menyebut bahawa disyaratkan bagi seorang wanita yang ingin menunaikan haji dan umrah untuk ditemani oleh suami atau mahram. Manakala ulama dari kalangan mazhab Syafi’i , Maliki, Al-Auza’i dan lain-lain tidak mensyaratkan mahram bahkan yang disyaratkan adalah aman dari segala ancaman. (Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/500).

Adapun bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah untuk kali kedua dan seterusnya, MAKA disyaratkan ada mahram bersamanya. Ini adalah pandangan jumhur para ulama. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 8/334 ; Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/104).

Kesimpulannya ; 

Ianya lebih mengatakan bahawa HARUS bagi seorang wanita untuk pergi menunaikan umrah tanpa mahram dengan SYARAT ditemani paling kurang oleh dua orang wanita yang boleh dipercayai. 
Adapun bagi mereka yang menunaikan UMRAH BAGI KALI KEDUA dan seterusnya maka mengikut jumhur para ulama PERLU UNTUK DITEMANI OLEH SUAMI ATAU MAHRAM. 

Info : Group Umrah


P/S: Belum ada kesempatan nak berkongsi perjalanan Umrah Sis... nanti yaaa.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tu la rsnya bila umur dah cecah 40an ni.. Dah x perlu mahram sgt kan klu nak buat umrah tu.. Ramai je kengkawan ako buat mcm ko.. Xde mslh pun... Dh nm pun rezeki.. Klu dh rezeki ko g dulu ke tanah suci.. Takkn nak ditolak plak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan aku semua sepanjang di sana..terima kasih juga buat ko yang selalu mendoakan aku..

      Delete
  2. Skrg ni dah boleh pegi umrah dan haji tanpa mahram ke Sislin? Teringat 10 tahun lepas kakak dah belikan tiket utk dia & mak pegi umrah, pegi dgn Andalusia klu tak silap. Tup2 keluar peraturan baru dari Arab Saudi kaum wanita tak dibenarkan pergi tanpa mahram. Sedih sangat masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, now dah di bolehkan, syarat umur 45 tahun ke-atas dah di benarkan pergi tanpa mahram. Itu yang terkini laaa, tu sebab Sis dapat pergi tu Karni.. alhamdulilah..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment