MENANTU AKU PULAK POSITIF COVID19

Sis Lin
16
MENANTU AKU PULAK POSITIF COVID19 | MEMANG Sis dah jangka dah dan memang dah dapat rasa, pasti menantu Sis juga akan +VE Covid19 ni, ye laa dah dia bersama-sama dengan anak Sis Yana kan, lagi pulak masa Yana teruk sakit awal tu, dialah yang menjaga sampai ke emergency hospital tu, memang tak dapat nak elak laa kan. 

Tapi takpelah, janji dapat kesan awal, apa-apa hal boleh laaa kita ubati. Dan now menantu kuarantin laa sebilik dengan Yana. Gelihati pun yaa masa mula nengok. Sebelum ni Yana kuarantin di bilik bawah, supaya senang Sis nak pantau, tapi bila kata menantu pulak dah +VE, Sis pindahkan Yana ke bilik atas, so dia berdua kuarantin laa di atas, sebab ada Suami dia boleh tengok-tengokkan sekali. 

Ye laa sebab Sis banyak habiskan masa di bawah, kang Yana duduk atas, susah pulak Sis, ni dah ada menantu, takde laa bimbang kalau mereka di atas. 

Bila dah berpindah ke atas, apalagi, bizi laa Sis dengan mengemas bilik bawah tu. Bukak semua cadar dan sarung bantal, segala barang-barang dan mula sanitise guna mesin foging tu. Alhamdulilah berguna juga mesin foging tu yaaa.. lebih mudah Sis nak sanitise rumah.

Menantu Aku Pulak Positif Covid19

So far alhamdulilah, pagi tadi Sis test, still -VE, risau juga kann, sebab kita menjaga orang +VE ni, kena banyak hati-hati dan alert segala hal. Sis rajin cuci tangan dan basuh muka dan juga pakai facemask bila perlu. Tak boleh lalai, silap-silap boleh terkena. 

Kalau boleh janganlah, buat masa ni janganlah Allah beri virus ni pada Sis, biarlah Sis sihat dapat menjaga anak menantu sampai sihat. Then bulan depan pulak banyak perancangan dah di atur, so janganlah virus tu dekat dengan Sis.. mohon doa kalian semua yaa.. 

VitaminC memang tak pernah Sis tinggal makan setiap hari, gula-gula difflam pun Sis makan, satu biji sehari supaya boleh cuci dan elak dari bakteria masuk dalam rongga semua. Ye ke tak, tak apa, kita usaha, yang penting yakin dan percaya, apa sahaja kita buat semuanya dengan izinNya.. 

Inilah pengalaman yang membuatkan Sis percaya Covid19 tu masih ada yaa.. dari anak bujang orang pertama yang kena, kemudian kakaknya (kuarantin di KL), kemudian Suami Sis pulak, then anak Sis,Yana dan now menantu Sis pulak, adalah satu pengalaman yang betul menjadikan Sis kuat semangat. Tak boleh takut, gentar dan kelam kabut, kena relax dan bawa bertenang aja. 

Tapi perasaan bimbang tu yang paling cuak sekali Sis hadapi. Lebih-lebih lagi masa Suami Sis kena, teruk simptom dia sampai menangis Sis tengok dia. Ye laa Suami kita kan, nak dekat tolong sapu ubat ke minyak ke tak boleh, time tu kena pentingkan diri sendiri sebab nak elak kita di jangkiti, so tengok dari jauh aja laa. 

Apa-apa pun, alhamdulilah, Allah bantu Sis untuk tunaikan tanggungjawab Sis menjaga, memasak dan mendoakan Suami dan anak-anak juga menantu yang sedang di uji dengan kesakitan. Sis doa bebanyak, moga Allah sihatkan Sis dan kuatkan semangat Sis dalam tempoh menjaga anak menantu yang sedang kuarantin ni. 

Paling Sis risau, Yana laa, sebab dia tengah preggy 6 bulan..so far alhamdulilah, dia sihat, baby pun okay, cuma malam semalam deria bau dan rasa dah hilang, sian laa tengok dia makan minum dah takde rasa.. moga cepat sihat ye anak.. 

Menantu Aku Pulak Positif Covid19

Doa Untuk Orang Sakit

Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Artinya,: "Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,"

Allah menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan. Tidak hanya sebagai ikhtiar agar segera diangkat penyakitnya, tetapi juga untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan agar dosa-dosa diampuni olehNya.

Moga Allah melindungi kita semua dari penyakit yang berbahaya ini dengan izinNya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW jua. Aamiinn ..


P/S: Ingatlah... sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita... 
Tags

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga Allah beri kesembuhan buat anak & menantu sis Lin.
    Dan moga Allah permudahkan segala urusan sis sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Semoga semua nya cepat sembuh k... Kita pun kena hati2 ni smp hujung bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah Ret, kena berjaga-jaga ni haaaa

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga. Moga sihat selalu

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah beri kesembuhan. Banyakkan minum air dan jangan bagi mereka stress dan banyakkan rehat.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah berikan kesembuhan pawa ank menantu sis Lin. serta kekuatan untuk sis lin dan keluarga menghadapi ujian kesehatan ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far baik-baik aja berdua tu.. makaseh Aein ..

      Delete
  6. Semoga diberi kesembuhan buat anak dan menantu sis Lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn.. thanks Dana.. take care juga yaaa

      Delete
  7. Allahuakbar. Semoga anak menantu sislin kuat melawan virus dan sabar hadapi ujian ni. Sislin pun jaga diri. Semoga semuanya baik baik dan Allah permudah segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, keduanya dah sihat Fizah, makaseh atas doanya...

      Delete
  8. Benda yang kita tak boleh nak elak sebab tak nampak kan.Tapi benda boleh elak kita elak.Jaga peraturan dan yang penting jaga diri bila di tempat awam.Haish! masa mula kena rasa dunia ni gelap dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Eda, memang tak jangka, detik cemas masa Yana kena tu dah buat Sis tak tau nak buat apa daaa.. Allahuakbar.. semuanya sihat-sihat dah...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!