SUAMI DAN ANAK SULUNG AKU PULAK +VE COVID19

SUAMI DAN ANAK SULUNG AKU PULAK +VE COVID19 | ALLAHUAKBAR, orang yang paling Sis takut terkena +VE COVID19, akhirnya kami sekeluarga pasrah juga, siapa lagi kalau bukan Suami Sis. Yaaa Sis memang elakkan Suami dari +ve, sebabnya Suami orang berisiko tinggi sebab ada komplikasi jantung. Tapi itu laaa, 'Kun Fa Ya Kun', jika Allah dah berkehendak nak beri ujian kepadanya, maka redha ajer laa. 

Awal bulan ramadhan lalu, anak bujang Sis dulu yang +VE COVID19, Sis jaga dia selama dia kuarantin, Sis elakkan anak bujang dari keluar dan bertembung dengan Ayahnya, alhamdulilah anak bujang sihat sepenuhnya. 

Kemudian, 3 hari lepas, anak sulung Sis pula yang tinggal di Subang tu kata dia demam, batuk, sakit tekak dan sakit badan, bila buat ujian selfkit saliva, dua kali resultnya -VE, kemudian sebab suhu demamnya tinggi dia ke klinik, kemudian katanya Doktor suruh beli selfkit Nasal dan test lagi. Akhirnya result dia memang +VE COVID19. Makanya kenalah anak sulung Sis tu kuarantin sampai 18/8 ni.. 

Suami Dan Anak Sulung Aku Pulak +VE COVID19

Dan semalam, Suami pergi memancing, balik mancing katanya, badan rasa tak sedap, macam demam, batuk-batuk, sakit tekak dan lenguh badan. Dia buat test selfkit, Sis tengok resultnya satu line clear, satu lagi line blur. Tapi dalam hati Sis ni berkata, 'Laki aku mesti +VE COVID19 ni'.. so takpe, esok pagi bangun tido terus buat lagi sekali ujian selfkit. 

Pagi ni, bangun ajer tido, terus Suami buat sekali lagi ujian selfkit.. dan akhirnyaaaa... result yang keluar dua line clear +VE COVID19.. allahuakbar.. nak taknak hadap jer laaa.. Sis updatekan MySejahtera Suami, dan Suami kena kuarantin sampai 20/8 ni.. beza dua hari dengan anaknya. 

Sis buat juga ujian selfkit, alhamdulilah, buat masa ni Sis -VE. Moga Allah lindungi Sis dari sakit, supaya Sis dapat menjaga Suami yang sedang sakit. Sis risau juga keadaan anak sulung tu di sana, tapi so far katanya dia okay. 

Doa Orang Sakit

Astaghfiruallah, inilah ujian dari Allah, 'Sakit itu Penghapus Dosa-Dosa Kecil'.. COVID19 ni masih ada yaa korang, masih ada.. janganlah kita leka, jagalah SOP dan amalkan 3S. Buat masa ni memang Sis belum lagi kena COVID19 ni, tapi bila orang terdekat Sis semua dah kena, Sis tengok sendiri macam mana mereka menanggung sakit, Sis sendiri jadi takut, memamg berdoa di jauhkan laaaa... 

Sis mohon korang doakan moga Suami dan anak sulung Sis sihat-sihat aja dan beransur sihat yaa..Sis juga doakan moga Allah pelihara korang dan sentiasa sihat selalu, aamiinn.. 

Now Sis dah order buah kelapa dari kawan Sis minta hantar ke rumah, bolehlah beri Suami minum hari-hari nanti.. inshaallah Suami Sis kuat, dia pasti boleh melawan sakitnya. Korang jaga diri semua ya.. 


P/S: Suami minta masakkan Lemak Jengkol.. hohohoho.. 

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya Allah
    Kau anugerahilah keafiatan daripada wabak c19 ini kepada suami dan anak SL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, alhamdulilah... makaseh Wak ...

      Delete
  2. Semoga suami dan anak sis cepat sembuh. Insya Allah dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, mudah-mudahan Allah angkat doa Yaya...

      Delete
  3. Semoga cepat sembuh suami dan anak Sis Lin. Dan semoga sis pun dijauhkan daripada penyakit. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, makasih Nasa, begitu juga buat Nasa ya...

      Delete
  4. Syafakillah buat Abg Sabar & Naz. Sislin pun kena jaga jarak, pastikan semua permukaan kat rumah tu lap dgn Dettol. Kalau boleh time2 ni bukak semua tingkap kat rumah kasi angin keluar masuk, jgn pakai aircond sgt sbb covid ni cepat nau berjangkit melalui udara. Take care ye.

    pstt.. abg sabar ada selera lagi tu elok la. selalunya kena covid ni hilang terus selera makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, sekarang memang berjaga-jaga ni. Janganlah sampai Sis juga kena dalam kedaan gini, nanti susah anak-anak.. so far masih under control ni..

      Delete
  5. Moga suami dan anak sis kuat semangat. Segera pulih kesihatannya ya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. makaseh PC.. mohon doakan yaa..

      Delete
  6. Allahuakbar, take care too sis.. Semoga anak dan suami sis segera sembuh dari Covid 19! Amin ya Rabb! Stay strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Nona.. jaga diri Non.. aamiinn..

      Delete
  7. Moga lekas sembuh ya abang Sabar

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh ye. take care sis :)

    ReplyDelete
  9. allahu akhbar... semoga naz ngan abg sabar cepat sembuh.. ko pun jaga diri nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, makaseh Ret, alhamdulilah, semakin membaik..

      Delete
  10. insya'Allah mereka akan berjaya laluinya...ameen

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment