JUMAAT YANG SEJUK, ALHAMDULILAH

JUMAAT YANG SEJUK, ALHAMDULILAH | SEAWAL pagi tadi dalam jam 3am lebih Sis tersedar, hujan turun dengan lebatnya, duk jengah tingkap kemain kabus hujannya. Terus tutup ekon dan buka kipas aja. Suami lena betul tidur sampai tak sedar. Bila dah bangun, aaaa mulalah susahnya nak sambung tidur. Kalaulah tak keuzuran, boleh juga solat tahajaud, tapi hanya mampu baring then berdoa ajaa laa ketika hujan, tau-tau tertido. 

Hingga ke Subuh hujannya. Alhamdulilah Jumaat yang sejuk hari ini. Mudah-mudahan limpahan air hujan yang turun membawa rezeki yang melimpah ruah buat keluargaku dan juga korang semua, inshaallah.. 

Harini agak sibuk sikit. Ni pun update sambil menunggu Sunah sampai. Harini ada event di HolidayInn JBCC dan juga event di Legoland. Makanya sampai ke petang laa kang sibuknya. Kadang tu memang saja menyibukkan diri, bukannya apa, keluar tu sebab nak jumpa kengkawan jerr, seronok dapat jumpa. Kadang tak sempat nak borak pun, dapat hai hai bye bye pun dah meriah uiii.. 

Jumaat Yang Sejuk, Alhamdulilah

Fuhhh lega gilerr bila settle melipat baju wooo.. 

Dan harini pun cuti memasak laaa.. anak bujang pun nak keluar tu, so memang takde orang nak makan laa kalau masak. Sunah tidur di rumah, so nanti baru fikir laa nak makan apa. Suami pun tak tau laa balik jam berapa kang, semalam balik, makan macam orang lapar, ke sebab Sambal Udang Petai tu haaa yang sedap hahahaha.. 

Asyiklah beli petai jerr, so semalam sebelum keluar ke event di Grand Paragon, Sis masak Sambal Udang Petai, dah bagitau Suami ada masak, tu yang dia balik semalam makan kemain banyak, alhamdulilah. 

Harap-harap harini tak laa hujan, bukan menolak rezeki hujan tapi bila ada urusan di luar, agak sukar nak bergerak kalau hujan, tapi kang kalau panas kemain terikk pulakk.. Cuaca pun tak menentu sekarang ni, time hujan memang hujan terus, time panas, panasnya tu tak boleh bawak bincang.. so biarlah sederhana redup-redup je kann.. apa-apa pun bersyukur je laa.. 

Jumaat Yang Sejuk, Alhamdulilah

Di hari Jumaat ni, walaupun sedang uzur/haid, tapi kita masih buat amalan-amalan yang dibolehkan. Sambil-sambil buat kerja, kita amik sedikit masa beristighfar untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkan memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ ).

Terdapat banyak kelebihan istighfar bagi seorang hamba. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ataupun ketika duduk tanpa ada sebarang kerja, banyakkan berselawat. Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang berdasarkan dalil sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (Dari hadis: An-Nasae’i: 1292, Sahih)

Dan jangan lupa perbanyakkan berdoa, Doa adalah antara amalan ketika haid yang paling mudah dilakukan. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa. Dalam keadaan haid, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa. Tiada alasan lagi untuk berasa ‘kosong’. Tiada alasan lagi untuk berasa was-was membuat amalan.

Jangan lupa, waktu haid ini juga adalah masa untuk kita mencuci telekung serta sejadah sebelum menggunakannya semula. Biar harum dan semerbak baunya. Tentu bersemangat untuk kembali bersolat nanti! Inshaallah.. 


P/S: Sedapnya kalau dapat makan durian time hujan kannnn, yumsssss ...

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. otak ni selalu jahat..bila takleh solat je auto lupa zikir. padahal itulah yg sepatutnya dibuatkan?

    kat KL ni...pagi petang sejuk minggu ni. Kat office ammi siap tutup ekon lagi..ingatkan ammi je boss yg besau tu pun sama tutup ekon bilik dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, gitulah selalunyaa.. kadang kena letak buku agama tu depan mata baru laa nak bukak baca..

      Delete
  2. wowww dia lipat baju laa.. impresif!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau dah segunung kinabalu, mau tak sakit mata oiii

      Delete
  3. Terus rasa bersalah sbb kain baju tgh menimbun belum dilipat lagi haha! Kat KL pagi tadi pun sejuk sbb hujan malam semalam. Dah 2 hari tido tak on aircond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. dah siap lipat ke belum tu haaaaa

      Delete
  4. Dah mula hujan je ni Sis. Sekali angin. Betullah, waktu uzur banyak boleh buat. Cuma kadang terlajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa JB dah berapa hari hujan, harini redup panas ni... alhamdulilah..

      Delete
  5. Nampaknya dah hampir setiap hari hujan
    Wak pun setiap hari bermandi hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, sekarang ni pun tengah hujan ni di Pasir Gudang..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment