SELAMAT BERPUASA 10 MUHARRAM

SELAMAT BERPUASA 10 MUHARRAM | ALHAMDULILAH, selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa harini 10 Muharram. Moga korang semua sihat dan segala urusan dipermudahkan. Bestnya laa bagi mereka yang dapat berpuasa harini, takde rezeki Sis nak puasa semalam dan harini, takpelah tak puasa pun, kita boleh buat amalan-amalan yang baik di bulan Muharram ni kan. 

Dah berapa hari ni memang agak sibuk Sis. Kebetulan ada Geng Blogger dari KL turun JB, dan rezeki mereka juga, Sis ada masa untuk di luangkan bersama mereka dan dapatlah Sis bawa mereka pusing-pusing JB dan minum kopi bersama. Ikutkan nak je stay pillow talk sekali, tapi ishhh macam laa rumah jauh ekkk hahahahaha... 

Harini kawan-kawan tu balik ke KL, inshaallah kang sebelum mereka balik, nak jumpalah sekejap. Walau selalu berkomen-komen dalam FB ke IG, tapi lain bila jumpa face to face ni, meriah sokmo yaa.. yang baru jumpa pun, rasa macam dah lama nauu kenal, mesra lain macam, alhamdulilah, itulah nikmat persahabatan yang Allah berikan.. moga Allah jaga dan peliharan persahabatan kami..aamiinn..

Selamat Berpuasa 10 Muharram

Terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada 10 Muharram berdasarkan nas dan hadis yang sahih. Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata: 

Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura. [HR Bukhari 2006]

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Ini menunjukkan bahawa puasa ‘Asyura lebih afdal berbanding hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘Arafah lebih afdal berbanding puasa pada hari ‘Asyura.

Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa ‘Asyura dinisbahkan kepada Musa AS manakala puasa ‘Arafah pula dinisbahkan kepada Nabi Muhammad. Oleh yang demikian, puasa ‘Arafah lebih afdal. [Fath Al-Bari. Dar Al-Salam, 4/315]

Pada hari itu juga Nabi Musa AS diselamatkan manakala firaun dan pengikutnya ditenggelamkan. Dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:

Maksudnya: Rasulullah tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran.

Kata Rasulullah: 

Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut. [HR Bukhari 3397]

Kelebihan Puasa Pada 10 Muharram

Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda: 

Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi.

Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharram tetapi dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:

Maksudnya: Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: 

Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah telah wafat”. [HR Muslim 1916 ]

Selamat Berpuasa 10 Muharram

Cara Berpuasa Pada 10 Muharram

Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram seperti yang terdapat di dalam hadis. Kata Imam Syafie sunat juga berpuasa pada 9 Muharram kerana Baginda Rasulullah berniat untuk berpuasa pada tahun yang akan datang dengan berpuasa 9 dan 10 Muharram.

Dibenarkan berpuasa bagi mereka yang ingin puasa pada 10 Muharram sahaja. Yang paling baik adalah 9 dan 10 Muharram. Ini kerana kata Imam Nawawi puasa pada 9 Muharram adalah untuk membezakan puasa orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Semoga ganjaran yang begitu besar yang telah disediakan Allah kepada kita sama-sama kita kerjakan.


P/S: Alhamdulilah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku.. 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam 10 Muharam.. Moga yg bebaik tuk kita semua... Amin

    ReplyDelete
  2. Salam 10 muharam..insyaallah. Ida pun tak dapat nk berpuasa arini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Ida, banyak nanti akan ada puasa Sunat dalam bulan Muharram..

      Delete
  3. Salam Senin sislin. Niat dah ada tapi bulan ni lewat sikit bendera Jepun datang maka takde rezeki la nak puasa arinih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khamis Karni.. Sama laa kita, takde rezeki nak puasa..

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Allah masih rezekikan kita menemui 10 Muharram.

    ReplyDelete
  5. Tak dapat nak pose semalam... Btw salam 10.muharram jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Muharram Retna.. bizi nampak gayanya ko ekk

      Delete
  6. Alhamdulillah nice sharing. Semalam xde rezeki nak puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga bermanfaat Iena.. jom niat puasa sunat Muharram pulak..

      Delete
  7. Alhamdulillah, dapat berbuka puasa dengan mak di rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment