LAMA TAK PERGI MEMANCING DENGAN SUAMI

LAMA TAK PERGI MEMANCING DENGAN SUAMI | TIBA-TIBA tengah duk menulis draft, tengah nak belek gambar untuk posting, terbukak pulak video pergi memancing dengan Suami. Lama tak pergi memancing dengan Suami. Bukannya apa, lately ni Suami memang taknak bawak Sis, sebab keadaan angin dan ombak agak kuat beberapa bulan ni. 

Kadang tu dah tengok keadaan air dan angin, semuanya okay, tapi bila dah naik ke-laut, cuaca bertukar, angin kadang kuat kata Suami, ada masa ribut, jadi dia tak berani nak bawa Sis, takut apa-apa berlaku, lagipun Sis ni tak pandai berenang yaa, tak memasal kang lemas pulak dalam laut tu hahahaha..

Ye laa walau pakai safety pun, kita mana nak tau kan, jangan memain dengan ombak di laut... tapi bak kata Suami, 'kalau tak sanggup di lambung ombak, jangan turun memancing' ehhh tiberrr hahahaha.. 

[Baca Juga] : 

Lama Tak Pergi Memancing Dengan Suami

Seronok pergi memancing ni tau, kadang tak dapat ikan pun, Sis okay jerr, janji dapat lihat ketenangan air laut yang luas, cuma beza dengan Suami, kalau pergi memancing tak dapat ikan, memang tak puashati lerrr.. silap-silap, Sabtu pergi tangan kosong, esoknya Ahad, ehhhh dia turun lagi balas dendam hahahahaha..

Rezeki tu ikut nasiblah, ada masa rezekinya banyakk, ada masa ermmm 'kumpau' hehehehe.. so far kalau Sis ikut Suami, alhamdulilah, dapat ikan okayy.. ikan merah lagi, tu laa namanya 'ada Ong' bawa Bini maaaa lalalala..

Tapi satu jer laa nak kena tahan kalau pi memancing ni, dia punya panas laut, kus semangat, bikin hitam kulit okay... kalau kau tak sanggup nak menghitamkan kulit, janganlah ikut pergi memancing.. macam Sis okay-okay jerr, hitam pun hitam laaa, janji dapat ikut pergi mancing.. release tension di laut bersama Suami, syokkk wooo.. 

Lama Tak Pergi Memancing Dengan Suami

Kalau di Pasir Gudang ni banyak tempat yang boleh korang mancing, Samaada di laut atau mancing di kolam. Terpulanglah ikut minat memasing. Dulu Suami rajin gak memancing di kolam, tapi lepas satu kejadian berlaku 'menumpang letak kereta di rumah orang', then lepas tu haaa dah serik dah pi mancing kolam, takut kena 'bahan'... 

Now kalau nak mancing, Suami lebih suka mancing di laut, lagi pulak dah ada bot sendiri, memang ke-laut aja laa dia memancing. Tempat yang selalu Suami turun memancing, dari jetty rakit Ujang Kong Kong Laut. Di situlah Suami letak botnya dan di situlah port dia melepak tengok para pemancing naik darat bawa hasil tangkapan. Seronok tau.. 

Kena yang balik tangan kosong, sian nengok wajah mereka.. dapat yang naik darat penuh setong, perghhh bertambah geramm dan gian laa Suami Sis nak turun memancing. Tapi tak setiap minggu laa, sebab semuanya bergantung pada keadaan air dan juga angin. Kalau air cantik, haa memang Suami pi mancing punya, kalau air tak cantik, ermm better tak payah laa, buat penat jerr.. 

Korang ada ke yang minat memancing? Kalau korang nak memancing, dan tak tau tempat mana nak naik bot mancing ke-laut, korang bolehlah ke Jetty Ujang Kong Kong laut ni.. ada bot untuk di sewa beserta tekongnya dan kalau nak bawa drive sendiri bot pun boleh.. nak mancing rakit pun ada. 

Korang boleh contact UJANG +60 12 742 4036 untuk sewa bot dan juga boleh walk-in terus untuk memancing di rakit. Cuti-cuti ni jom laa memancing.. 


P/S: Dalam freezer penuh dengan ikan hasil tangkapan Suami aja.. tak payah pergi pasar dah, alhamdulilah.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nak ikut gi mancing boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuhlah kita... bermain ombak di lautan sambil menhirup udara segar di udara...

      Delete
  2. Waak tak pernah mancing kat laut
    mancing kat sungai selalulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun seronok gak Wak.. dapat ikan sungai masak asam, sedapnyaaa

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment