DUDUK RUMAH DAH TAK TAU NAK BUAT APA

DUDUK RUMAH DAH TAK TAU NAK BUAT APA | BIASANYA kalau Sis duduk rumah, macam-macam kerja rumah Sis buat, tapi minggu ni duduk rumah agak terhad sikit batas kerja rumah, tapi lebih banyak buat kerja pembersihan aja. Bersihkan apa? Yaa kalau korang sedia maklumkan, Suami Sis +VE Covid19, so kerja pembersihan (sanitise) rumah laa yang Sis banyak buat sekarang. 

Suami duduk kuarantin di bilik atas, anak bujang juga biliknya atas, Sis pula buat masa ni, stay di bawah aja, tapi Sis akan sanitise rumah dari atas sampai bawah. Dari hall atas, tangga hingga laa ke ruang bawah. Walaupun bilik Suami tu pintunya tutup, langkah berjaga-jaga sentiasa Sis amik, sepertimana Sis menjaga anak bujang dulu masa dia +VE Covid19 juga. 

Semua makanan atau bekas-bekas makanan, semua Sis guna pakai buang, dan ada Sis sediakan tempat khas untuk Suami membuang semua kegunaan yang dia dah guna pakai dalam biliknya, termasuk baju-bajunya. Kalau hantar makanan pun, Sis buka pintu dan letak di depan pintu, tidak terlalu rapat dan dekat dengan Suami. Lain masa anak bujang dulu, semua Sis letak je depan pintu. Ni Suami kita kan, takkan kita nak buat macamtu, tak sampai hati Sis. 

Duduk Rumah Dah Tak Tau Nak Buat Apa

Dah seminggu Sis duduk rumah dah tak tau nak buat apa. Kepala tu kadang blur. Risau dengan keadaan Suami pun ya. Kerja rumah semua Sis buat mana yang perlu, Kain baju jangan cakaplah, dah penuh sebakul tu tak lipat. Mood menjunam nak duduk melipat. Lagipun kain baju tu semua di atas, so memang Sis elak-elak laa duduk lelama di atas tu, banyak habiskan masa duduk di bawah aje menonton tv. Jika ada keperluan yang Suami nak, dia akan call Sis. 

Anak bujang tu jangan cakaplah. memang tak keluar bilik terus, duduk je dalam bilik main game. Time makan baru turun. Tapi eloklah dulu, tengah keadaan macam ni kan, biarlah memasing 'bawa diri' sekejap. 

Rutin biasa, masak semua macam biasalah, cuma now banyak kali turun dapur. Mana nak buat sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau tak sebelum ni, Sis masak satu kali jerr untuk Sis dan anak bujang. Suami biasa balik kerja tak makan dia. Ni dah sakit, haaa kena paksa laa makan, sebab nak makan ubat. 

Inai Nunha

Semalam Sis agak moody sikit, terlalu risaukan Suami. Tengok keadaan dia semalam Ya Allah sedih sangat Sis, tapi Sis kena kuat, taknak laa tunjuk depan dia kita ni sedih dan menangis, Sis beri dia semangat dan pujuk dia supaya sabar dan redha, anggap ni semua ujian Allah.. alhamdulilah, okay jer dah Suami tu.. Sis tau dia memang kuat melawan sakit. 

Anak Sis di Subang tu pun alhamdulilah, beransur okay, cuma still kuarantin lagi. 

Entahlah... Sis ni orangnya suka duduk rumah, cuma kali ni duduk rumah yang kita sendiri rasa 'cemas', so Sis tak suka perasaan tu.. nak hilangkan bosan semalam, Sis topup jari pakai inai Nunha, saki baki yang ada tu.. dah beli kan, sayang kalau tak pakai.. lantak lerr orang nak kata apa kan, inai tu tak bersalah pun kann.. 

Okaylah.. nanti sambung, nak masak.. bye..


P/S: Ya Allah sembuhkanlah Suami dan anakku Ya Allah.. 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sabar ye Sislin. Klu tak tau apa nak buat lagi, boleh la plan itinerari next travel ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sedang fikir-fikir ni, marilah kita mula planning...

      Delete
  2. semoga keduanya cepat sembuh...aamiin

    ReplyDelete
  3. faham sangat...moga Allah berikan kesembuhan segera tanpa bersisa lagi kat encik Sabar dan kakak..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Sunah, duduk rumah dalam keadaan cemas aku sekarang ni...

      Delete
  4. Teruskan berdoa... dan berzikir... Moga tenang dalam mengharungi semua ni ye..

    ReplyDelete
  5. Duduk rumah tanpa ada apa2 OK.. tapi macam ni hati risaukan sis.. selagi tak negatif.. midah-mudahan segera negatif. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, tu yang buat diri ni serba tak kena duduk rumah... aamiinn, makaseh PC ..

      Delete
  6. Semoga mereka cepat sembuh. Stay strong sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Huda, Sis masih bertahan ni.. thanks...

      Delete
  7. Semoga mereka cepat sembuh sis...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment