JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA BLOGGER CIK MIN, MOMI, MOKA DAN DIKBEE

JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA BLOGGER CIK MIN, MOMI, MOKA DAN DIKBEE | BELEK handphone ternampak gambar-gambar Sis bersama geng blogger KL 4 orang ni haa.. Minggu lepas mereka turun ke JB atas urusan 'kerja' sambil staycation di Renaissance Johor Bahru Hotel 3H 2M . Memang dah dekat sangat dengan rumah Sis, so apalagi, amik kesempatan laa bertemu mereka di sana. 

Terujanya sebab ini kali pertama Sis akan berjumpa dengan blogger Cik Min, nak tengok gak, kuat ke dia membebel ekk hahahaha.. kalau Moka, Momi dan DikBee, Sis dah pernah jumpa dah, tapi tetap teruja nak jumpa kali ni, sebab kami memasing lama gilerr tak jumpa, kena pulak ini kali mereka di Johor, lagi laa Sis excited kan. 

Mereka sampai Sabtu lepas check-in di Renaisance, dan kebetulan Sis memang free masa tu, Suami outstation, makanya dapatlah makan malam dan lepak bersama mereka di hotel. Nyaris-nyaris yaa nak tido sekali hahahahaha.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Blogger Cik Min, Momi, Moka Dan DikBee

Yehaaa... inilah pertemuan pertama kami malam tu, kami makan malam bersama di Cafe BLD Discover Malaysia Dinner Buffet. Korang tengok je laa aksi mereka, memang ceria riang gembira hokayy.. tak putus-putus kami gelak tawa bila memasing bercerita. Pandai bergurau yaa, lagi-lagi Momi, suka buat lawak hahahaha.. 

Dan ini kali pertama juga Sis bertemu Cik Min tu haaa, alaa comel jerr Cik Min, macam mana kami bergurau senda dalam komen FB dan IG, macamtu jugalah Cik Min, humble jerr orangnya. Bila duduk bersama dengan mereka, memang banyaklah ceritanya, tapi semua hal kerja memasing jerr.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Blogger Cik Min, Momi, Moka Dan DikBee

Esoknya pulak, mereka ni mengajak siap ugut Sis follow mereka ke Restoran Zaituna yang sebelum ni Sis dah pergi makan tu. Kalau dah rezeki kann, Sis ON ajerr, kebetulan memang ada masa. Call Suami minta izin, katanya, petang dia gerak ke JB, so malam baru sampai, makanya dapatlah Sis ikut mereka ni makan di Zaituna. 

Yang bestnya... dapatlah Sis lihat cara mereka ni bekerja, tang amik gambar, amik video, woww semua ada skill okay, dapat juga Sis belajar selok belok macam mana nak amik gambar makanan bila pi food review nanti. Derang ni tak lokek ilmu dan takde nak sorok idea, semua mereka share jerr bila Sis tanya, baguskan.. Alhamdulilah berkat Sis ikut mereka makan, licin semua makanan hahahahaha.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Blogger Cik Min, Momi, Moka Dan DikBee

Lepas habis makan Nasi Arab tu, Sis dah bagitau mereka, Sis nak bawa mereka mengopi. Yaa laa takde apa nak belanja mereka, so ajak aje laa mereka mengopi. Mula pergi dah Puteri Harbour, nak minum kopi di Pak Din Cafe, takde rezeki, tutup pulak kedainya.. Nasib baik awal-awal dah tanya admin Visit Johor kedai kopi mana yang best nak lepak, so Sis terus ke Eko Botanic sana. 

Mulanya nak lepak kedai kopi lain, sampai je sana, Momi ternampak kedai kopi Miyakori ni. Katanya, 'kenapa cute sangat tu' hahahaha rupanya Momi ternampak emoji Bear tu haa depan kedai hehehe, so kita lepak dan minum kopi di Miyakori. Lama juga kami lepak sini, pakkal Suami nak balik dah tu, kalau tak, lagi banyak hal di bincangkan. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Blogger Cik Min, Momi, Moka Dan DikBee

Dan esoknya pulak, kami nak ke Sedenak berjumpa Mat Gebu. Sis ajak Sunah sekali, so pepagi tu Sunah dah sampai rumah Sis. Berjanji dengan mereka jumpa di hotel dalam jam 3pm, sebab mereka ada lunch makan Dim Sum tengahari tu. Bila Sis sampai, ehh tak siap lagi mereka makan, Sis dan Sunah terus turun masuk hotel skodeng mereka hahahaha.. 

Tunggu mereka check-out dulu, barulah kami gerak ke Sedenak, Mat Gebu dah menunggu kami dengan hidangan Laksa Johor.. Dah pesan jangan masak macam-macam, ehh Mat Gebu masak juga Laksa Johor. Rezeki orang KL laa namanya, datang Johor dapat juga makan Laksa Johor kannn.. 

Bila dah sampai Sedenak ni, apalagi, mulalah malas nak balik hahahaha..  berborak dengan mereka ni jadi leka oii, ada jerr bahan gurau dan cerita.. tu nasib baik nak balik KL, kalau masih stay kat JB, mau kami sampai ke malam lepak makan hehehe.. 

Apa-apa pun, alhamdulilah, persahabatan dunia maya memabawa kami ke dunia realiti, face to face, yang penting, saling keep in touch dan saling bersaing sihat dalam dunia blogger. Terima kasih buat Cik Min, Moka, Momi dan DikBee yang banyak memberi inspirasi buat Sis sebagai blogger.. ada rezeki kita jumpa lagi.. 


P/S: Badan dah mula sakit kesan dari cucuk booster Dos-2 adeiii... 

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kita dok KL dah pernah la jumpa dengan diorang kecuali blogger dikbee kot. Bila agaknya dapat jumpa kak lin dengan blogger johor lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe biasa begitulah, dekat susah nak jumpa, yang jauh jumpa dulu.. mai laa JB ...

      Delete
  2. Bestnya jalan-jalan cari makan bersama sahabat blogger

    ReplyDelete
  3. Dapat bayangkan kemeriahan tu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dipermudahkan urusan ke Johor dan dapat jumpa sis.. Alaaaa, rindu nak borak2 lagi. Next time kita plan travel sesama plak ekk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jangan serik datang Johor... mai datang lagi tau...

      Delete
  5. Wah meriah sungguh laaa... kalo kita jadi krik2 jugak sebab introvert punya pasal. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Sis ni jenis ramah, walau sekali jumpa Aien..

      Delete
  6. Wahh bestnya gathering orang yg sama minat

    ReplyDelete
  7. hahahah best betul tekaan aku betul untuk laksa johor tu...wakakakaka

    rindu pulak nak lepak lagi dengan diorang...jommm nanti kita pulak pergi KL sis!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn jom laa nanti kita plan pulak ke KL kannn...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment