SEMALAM AKU MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI

SEMALAM AKU MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI | ENTAH macam mana, air tangan Sis masak asam pedas ikan duri semalam tersedap laaa pulak hahaha.. sendiri masak sendiri puji, okaylah kann, siapa lagi nak puji, selain Suami diri sendiri. Tapi betullah, semalam Sis masak asam pedas ikan duri memang sedap betul hohoho..

Tanya anak bujang, dia pun kata, 'Ye', so apalagi nak di bohongkan, cuma nak rakam, tak boleh pulak hahaha. Ceh, kemain berlagak ekk Sis Lin ni, baru masak asam pedas lalalalala.. Eh, sukahati i laa, kita yang masak kan, takkan nak paksa orang rasa dan puji sedap pulak, ye dakkk.. 

Menu asam pedas ni, kalau ikutkan, memang jadi bebelan Cik Min anak-anak juga, sebabnya.. balik-balik asam pedas, asyik-asyik ikan, adeiii tu jerr laa kalau keluar dari mulut anak bujang tu, tapi semalam, senyap pulak, takde pulak dia bising dan merungut, elok je makan, agaknya tu laa Sis kata, semalam asam pedas Sis sedap hahahaha.. 

Semalam Aku Masak Asam Pedas Ikan Duri

Pagi ni ada dua ketul baki asam pedas ikan duri tu, buatkan Suami lempeng, sarapan dia pergi kerja, dia makan cecah dengan kuah asam pedasnya. Suami tak makan ikan duri, so ikannya Sis tak ceduk lerr.. Bila di tanya, 'sedap tak?', orang lelaki kann, nak puji depan memang tak lerr, so dia jawab jer, 'Boleh laa' hahahahaha.. 

Semalam pun takde menu lain Sis masak, kebetulan sayur pun takde stok, nak order PandaMart malas laa pulak, so masak jer laa asam pedas. Masukkan tomato jer. Nasib baik ada baki ulam raja dan petai tu, so Sis makan asam pedas berulamkan raja dan petai.. anak bujang dia goreng telur mata untuk dia. 

Semalam Aku Masak Asam Pedas Ikan Duri

Masak dua ekor semalam, tapi saiz tidaklah besar sangat, so dapatlah makan dari tengahari tu membawa ke malam sampai laa pagi ni haaa.. malas Sis nak masak banyak kali, sebab bila Suami dah mula bekerja, dia memang balik rumah malam, dan jarang sekali nak makan nasi. 

Ikan duri tu Suami yang beli, elok fresh lagi, tu yang tak boleh tunggu Sis terus masak. Geram nengok ikannya. Alhamdulilah masak penuh kasih sayang, Allah beri sedap asam pedasnya... Ni kalau anak Sis,Yana ada, dia pun suka. Nak suruh dia datang, malas pulak menyusahkan si Mak Buyung tu, terlengong-lenggong dengan perut dia hahahaha.. 

Harini pagi tanya Suami nak makan tak, dia kata tak payah, so apalagi, harini Sis order Nasi Arab daaa dengan jiran belakang rumah hahahaha.. kebetulan jiran open order, kita belilah, support kengkawan kann.. tengah meniap ni pun hujann lebat ni.. sejukkkk.. 


P/S: Baru hajat nak cuci kereta, hujann laa pulakkk, ermmmm ..

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SA suka gak ikan duri masak asam pedas....sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan duri memang sedap masak asam pedas jerr SA..

      Delete
  2. Replies
    1. Ooo nak resepi ke? Nanti tunggu sekali lagi Sis share okay.. yang ni lupa amik gambar bahan..

      Delete
  3. menu wajib bila pc balik kampung ni Sis. babah tak makan, tapi akan tetap beli sebab tahu anak dengan menantu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dulu arwah Mak pun sama, suka masak asam pedas duri time Sis balik rumahnya...

      Delete
  4. Shedappp nampakkk.. i likeeee lahhh 😍 Teringattt asam pedas haritu sisss 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulilah, nanti masak lagi, Sis beri yaaa

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment