DIDIK ANAK KORANG MINAT MATEMATIK MELALUI BOARD GAMES

DIDIK ANAK KORANG MINAT MATEMATIK MELALUI BOARD GAMES | SEBUT aja Matematik, rata-rata ibu bapa memang mengeluh, salah satu sebabnya, subjek ini agak sukar untuk mengajar anak-anak tanpa ada guru yang membantu. Tak payah kata orang lain, Sis pun sama juga. Subjek matematik ni kira pilihan terakhir kalau di beri pilihan hahaha.. 

Tapi sebab subjek matematik adalah subjek penting yang kena lulus dalam peperiksaan, makanya memang ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka tuisyen untuk menambah baik dan meningkatkan tahap daya pemikiran belajar dalam subjek matematik ni. Sis dulu pun hantar anak tusiyen gak subjek matematik ni. Nak ajar sendiri memang tak pandai sangat huhuhu.. 

Boleh jadi stress tau kalau belajar matematik ni. Bab nak mengira tambah, bahagi, darab dan tolak ni, kalau tak pandai memang boleh jadi bosan belajar. Kalau sekolah rendah bolehlah lagi layan, naik menengah, dan sampai peringkat yang atas lagi, lagi susah subjek matematik ni. Anak-anak Sis pun ada yang mengeluh sama, nak taknak kena jugalah hadap semua. 

Didik Anak Korang Minat Matematik Melalui Board Games

Walaupun anak-anak Sis ni dah besar panjang, tapi Sis ada anak-anak sedara yang bersekolah tadika dan sekolah rendah, juga menengah, so memang tau laa rungutan adik-adik tentang pembelajaran matematik anak memasing. Macam Sis cakap laa, Maknya nak ajar pun silibus dah tak sama dengan zaman kita dulu. 

So selain menghantar anak-anak ke tuisyen, sebenarnya ada cara lain untuk kita didik minat anak belajar matematik. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, so dari anak-anak masih kecil ni laa kita ajar mereka minat belajar matematik melalui permainan game online. 

Bila anak-anak sedara datang rumah, memang mereka sibuk dengan gadjet memasing, entah apa-apa yang mereka tengok kan, so dari buang masa nengok video online yang bebukan tu, Sis bagi mereka bermain game online di board game yang ada game matematik untuk anak-anak asah bakat mereka dalam pengiraan nombor. 

Didik Anak Korang Minat Matematik Melalui Board Games

Seronok juga bila tengok anak-anak sedara main game gini. Dengan Sis sekali pun sambil tengok mereka bermain sambil mengajar dan terangkan satu-persatu. Sebab gamenya mudah aja, tak susah, budak kecil seumur 5 hingga 7 tahun pun boleh bermain sendiri. Dan korang jangan risau, dalam game ni mereka bermain tanpa iklan yang menganggu, so lebih selamat laa kan..

Ada banyak pilihan game yang ada dalam board game ni, dari jenis game paling mudah sampai laa game yang agak struggle, pun ada gak, kalau anak-anak sedara Sis, mereka lebih suka bermain game jenis ada emoji kartun dan gamenya berteka-teki. Memang fokus melayan gamenya. 

Anak-anak ni jangan di paksa sangat dalam pembelajaran, kena ada waktu rehatnya. Juga kena pandai bahagi masa, waktu belajar dan waktu bermain. Sesekali tu nak juga rehat dari buka buku kan, kena cuba sesuatu game yang hilang stress.. barulah semangat sikit anak-anak. 

Didik Anak Korang Minat Matematik Melalui Board Games

Lagi satu, nak bagi anak main game ni pun, jangan sembarang bagi, salah game jadi ketagih, tapi satu ilmu takde, better bagi game pendidikan macam ni kan, so sambil bermain otak pun berkembang. At least ada juga ilmu bebudak ni dapat, dari bermain game yang perabis masa dan tenaga jer. 

Dari sekaranglah nak didik anak-anak tu dari melakukan hobi dan perkara yang boleh jadikan mereka lalai. Memang laa main game pun kalau tak di kawal boleh jadi leka, tapi tengok juga pada game apa anak-anak tu main. Kalau beri game pembelajaran matematik macam ni, rasanya ada faedahnya dalam permainan tu kan. Bermula dari sekarang, didik anak korang minat matematik melalui board game. 

Korang pulak macam mana? Ada bagi anak korang main game?


P/S: Untung budak sekarang kann.. zaman Sis besarkan anak, anak-anak tengok TV jerr hahahahaha.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagus juga permainan macam ni. Belajar secara interaktif, sambil main sambil belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan GB, tak sangka ada game macam ni, sambil bermain dapat juga minda anak tu berkembang...

      Delete
  2. Wah, bagus sgt ni suruh Khayla & Khadeeja praktis maths sambil main game

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, kasi kat anak sedara, sakan mereka bermain...

      Delete
  3. Wak memang tak pandai matematik
    Bila berniaga pasar tani dulu baru terror kira duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe pandai laa juga Wak.. Saya lagi fail hahahaha

      Delete
  4. Bagus ni. Tak ngadap gajet kosong je.. bila macam ni ada isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PC, dengan kita sekali sangkut main gamenya hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment