SET MINUM PETANG DI GBW HOTEL HANYA RM35 SAHAJA!

SET MINUM PETANG DI GBW HOTEL HANYA RM35 SAHAJA! | MURAH dan berbaloi, malah kenyang lagi. Mana taknya set minum petang di GBW Hotel ni hanya RM35nett sahaja tanpa caj tersembunyi, dan korang boleh nikmatinya dah macam makan tengahari, sangat-sangat berbaloi.

Sis kongsi ni sebab Sis dah mencubanya. Dan RM35nett tu, korang boleh makan untuk 2 orang, tapi kalau tengok pada makanan yang di sediakan, korang boleh makan sampai 3 orang kalau jenis tak kuat makan. Atau korang bawa 3 orang, then order menu add-on yang tersedia tu, memang puas laa makan reramai. 

Yaa biasa menu minum petang ni, tersedia hanya pencuci mulut je kan? Contoh; kek, roti, puding, aneka kuih-muih atau bubur dan minuman, tapi... untuk set minum petang di GBW Hotel ni, mereka menghidangkan menu tambahan untuk korang yang datang pada petang tu dalam keadaan kelaparan, atau nak dinner awal ke, haa so bolehlah order menu add-on tu. 



Petang tu Sis ajak kawan Sis teman Sis minum petang di sini. Siapa lagi kalau bukan Nas. Sis memang suka bawa Nas ni sebab dia memang pengemar makanan 'dessert', senang cakap kalau bahagian pencuci mulut tu, kalau Nas nampak ke, memang tu laa dia serbu dulu. Pernah bawa dia makan #buffetRamadan, apalagi terbuntang mata dia nengok menu-menu pencuci mulut hahahaha..

Korang nampak kan set minum petang tu? Yerr semua tu hanya RM35 sahaja, termasuk Lasagna tu haa sebekas. Kuih-muih pun banyak pilihan, termasuk kek dan juga puding. Minuman panas juga di sediakan, samaada kopi atau teh. Dan satu lagi, air suam juga, non stop refill, pantang cawan kosong, staff akan tuang, tuang dan tuang hahahaha.. 


Dan yang Sis kata tadi tu, kalau korang datang time kelaparan, haaa korang bolehlah order juga menu add-on yang tersedia. Ada 3 menu add-on yang boleh korang pilih, iaitu Set Nasi Goreng Kampung, Spageti Bolognese dan juga Set Kepak Ayam Goreng. 

3 menu add-on tu jika korang oder, hanya RM10 sahaja untuk sepinggan. Yaaa RM10 sahaja yaaaa.. Percayalah, menu-menu tu semuanya sedap di makan. Kawan Sis pun sukakannya. Lagi-lagi kepak ayam goreng tu, sedapnya lahaiii, crispy dan besar saiznya.. puas makan berdua. 


Jap-jap sabar... bukan tu jerr tau, rupanya set minum petang tu tersedia sekali dengan semangkuk aiskrim macam dalam gambar di atas. Sis pun tak tau ada aiskrim. Masa dah hampir habis Sis dan kawan makan, tiba-tiba... staff dia tanya, 'Nak hidang aiskrimnya sekarang?'.. ehhhh ada aiskrim hahahahaha.. 

Yaa tu laa sebab Sis kata berbaloi-baloi.. dah makan kenyang, ehh ada lagi pulak pencuci mulut terakhir.. siap aiskrim lagi. Nampak biasa-biasa, sekali suap, kus semangat, kemain sedap aiskrim coklat dia oiiiii.. piorr choc.. 


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke facebook page akusislin di atas, atau korang boleh klik SINI untuk lihat kesemua gambar. 

Korang kalau nak mencubanya kena call in advance untuk buat tempahan, kalau tak memang fullhouse ya! Kalau walk-in tu ikut nasib lerr kalau ada table. Nak selamat booking awal. 

Set Minum Petang GBW Hotel 
Hi-Tea Set RM35
Pada SETIAP HARI 

Bermula jam 2pm hingga 6pm
Dari 1 Julai - 30 September 2022 
Tempat : Coffee House Lobby 

GBW Hotel 
9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 
80300 Johor Bahru, Johor

Contact no di bawah untuk tempahan: 
πŸ“ž Mr. Syahmi : +6016 710 0048
πŸ“ž Ms. Aiza : +6016 723 3558
πŸ“ž Ms. Urfa : +6016 710 0073


P/S: Orang kata makan hotel ni orang have-have, habis tu, RM35 tu orang have-have jer ke mampu makan?.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Apsal la semua yg berbaloi2 ni takde kat KL jugak? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan, Johor ni semuanya murah dan berbaloi Karni hehehehe

      Delete
  2. Apesal yang berbaloi, murah dan menarik xde kat KL erk..kena pindah JB and jadi orang JB ke apa ni.....hehehehe...okbai..jeles...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah rumah ni ada kosong, meh laa pindah JB SA hahahaha

      Delete
  3. murahnya..makanan pun banyak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cik Nor, puashati makan, murah tapi kenyang...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment