JERING MASAK LEMAK UDANG BERSAMA KELADI

JERING MASAK LEMAK UDANG BERSAMA KELADI | MENU jering atau jengkol ni adalah menu permintaan Suami yang sedang sakit +VE Covid19 tu, harini masuk hari ke-dua Suami bertarung, dan semalam keadaannya sangat membimbangkan Sis. Katanya badan sakit sangat, tekak perit, badan panas dan kepala berat. Sis tengok dia pun dari jauh pintu bilik, Sis menangis sedih..

Nak datang dekat bantu sapukan minyak angin, tuamkan dahi dengan tuala basah, nak urut, tapi apakan daya, kuman Covid19 pada Suami, kita kena jauhkan, time ni la 'ego' kita datang, 'Janganlah sampai aku yang kena'.. bukannya apa, kalau dah Sis juga kena sakit, so sapa pulak nak menjaga Suami dan Sis? Kesian nanti kat anak-anak.. so takpelah, selagi Allah beri Sis kekuatan, Sis akan terus bertahan dan kuat untuk menjaga Suami. 

Dan sehari sebelum sakit tu, Suami ada beli jering dan dia minta Sis buat jering masak lemak udang. Memang kebetulan udang pun ada, keladi pun ada, so dapatlah Sis masakkan Suami semalam menu yang dia nak makan. Walau tengah sakit, tapi bersyukur juga sebab deria rasa, deria bau juga selera Suami masih ada, alhamdulilah.. 

Jering Masak Lemak Udang Bersama Keladi

Resepi Jering Masak Lemak Udang

Bahan-bahannya ; 
  • Setengah kilo jering tua
  • Segenggam Cili api merah
  • Udang basah
  • Keladi jeruk 
  • 3 helai daun salam 
  • Bawang kecil 3 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Kunyit hidup 
  • Sekotak kecil santan pekat
  • 1 keping asam keping

**Keladi jeruk tu cuci bersih dan toskan airnya. (taknak letak pun takpe)

Jering Masak Lemak Udang Bersama Keladi

Cara memasaknya ; 
1. Rebus jering sampai empuk. Kemudian di ketuk dengan lesung. 
2. Tumbuk cili api bersama bawang kecil, bawang putih dan kunyit hidup beserta sedikit garam
3. Panaskan peiuk, dan tumis bahan tumbuk tadi. 
4. Masukkan santan dan jering, keladi jeruk dan tunggu mendidih. Kacau-kacau jangan sampai santan pecah.
5. Apabila sudah mendidih, perlahankan api, dan masukkan asam keping, daun salam dan masuk bahan perasa. 
6. Masukkan udang. Didihkan hingga udang masak.
7. Tutup api dan hidangkan. 

Selamat mencuba.. 


P/S: Pagi ni, tiba-tiba hidung Suami berdarah pulak, allahuakbar.. 

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Moga suami Sis Lin cepat sembuh. Alhamdulillah masih ada deria rasanya. Memang dugaan betul berhadapan dengan covid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, makaseh Amie.. alhamdulilah masih ada selera...

      Delete
  2. Harap2 suami SL kuat melawan kobit 19 ni
    Semoga cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, beransur baik Wak... makaseh Wak..

      Delete
  3. semoga suami cepat sembuh. keladi tu sedap. tapi kalau mkn rasa gatal tercekik tekak. tatau kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh As.. oo alah yaa makan keladi..

      Delete
  4. Hidung berdarah tu sebabb panas sis...SA pun sama...jangan risau ok...insyaallah semua will be ok..SA hari ke 3 dah kurang demam cuma dibantainya sakit2 badan mencucuk...kalau boleh x nak kena lagi dah covid ni...sakit dia cuma kita yang rasa..x boleh nak explain macam mana sakitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, panik sekejap Sis bila tengok dari jauh hidungnya berdarah,. aduii tak tau nak kata apa dah.. kita tengok pun seksa SA, lagi yang merasainya..

      Delete
  5. allahu..semoga cepat sihat hendaknya..cuaca panas kot sis tu darah hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, alhamdulilah semakin baik kesihatannya...

      Delete
  6. Kalau badan panas cepat2 telan panadol. Strepsil tu standby je hisap 2-3 jam sekali. Syukur la Sislin sihat, mintak dijauhkan dari Covid19 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua cukup dah dalam bilik tu Karni, kadang Sis masuk, Sis pasangkan juga diffuser... makaseh Karni...

      Delete
  7. Sejukkan badan. Nak udang sekilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe udang dah habis, esok ketam pulak..

      Delete
  8. wow udang nampak besar hehehe... eh nape ngan abg sabar? penat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar Ret, udang harimau, dah tu je ado, campak aje laaa

      Delete
  9. mesti sedap tu kak, lagilah ada udang dan keladi... jering tu je dana tak pernah makan masak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kebetulan ada, Sis masukkan sekali semua..

      Delete
  10. Allahu, macam Ady hari tu sis...sampai berdarah hidung dia sebab badan terlalu panas..banyak2kan minum air, pesan kat encik sabar..jangan dehydrated ya..

    nampak sedap menu tu, rezeki orang sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Sunah, panas sangat lately ni.. bukak ekon tak elok pulak..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment