NAIK LOYA TEKAK AKU TENGOK GADIS TU MAKAN OYSTER HITAM!

NAIK LOYA TEKAK AKU TENGOK GADIS TU MAKAN OYSTER HITAM! | KORANG yang ada TikTok atau Twitter mesti dah tertengok dan terbaca kisah seorang gadis makan Oyster murah tu kan? Sis tau pun bila tengok TikTok SallyWhoo yang bercerita pasal gadis tu makan Oyster tu. Then Sis pun cari laaa video tu, sekali terjumpa di Twitter.. 

Bila dah tengok, Ya Rabbi... naik loya tekak Sis tengok oyster hitam tu oiii... eeee geli pun ada. Beriyer gadis tu makan kemain banyak katanya murah RM6 sebiji, tak habis-habis mulut dia bercakap fresh dan sedap, erkkkkkk betul ke fresh? ke dia sendiri nak telan pun terkemut-kemut, tapi sebab nak buat content punya pasal, sanggup telannn.. 

Atau... gadis tu tak tau macam mana nak beza oyster segar dengan oyster yang tak segar? Mungkin juga laa dia tak tau, sebab memang rata-rata juga tak tau nak bezakan oyster yang segar atau tidak. Dulu Sis pun tak tau, tapi bila kerap sangat pi sana sini makan hotel dan jumpa oyster, Sis mula belajar dan tau bila pihak hotel bagitau. 

Naik Loya Tekak Aku Tengok Gadis Tu Makan Oyster Hitam

Oyster fresh from NATIVE Restaurant

Selain hotel, kalau Sis nak makan oyster, Sis akan makan di Restoran Todak. Dia ada menjual oyster segar dalam aquarium. Korang bagitau dia nak berapa ketul dan owner tu akan tangkap secara segar hidup-hidup oyster tu. Bila korang makan, memang fresh dan tidak berbau hanyir langsung. Isinya pun putih bersih dan tidak berasa pasir. 

Tapi kalau yang gadis tu makan, dah hitam, pucat kecoklatan tu, aduiii nampak sangat weiii oyster tu tak segar, loya tekak tengok.. Dan harini pun Sis terbaca di kisah dunia, gadis tu keracunan makanan sampai muntah-muntah hitam. 

Yaa sedangkan kita makan segar tu pun kena hati-hati, inikan pulak bila oyster tu dah tak segar. Sebab oyster walau dalam keadaan baik segar sekalipun, ianya mempunyai pelbagai parasit yang boleh mengancam kesihatan jika tak kena gaya pemakannya. Sis sendiri pun tidak selalu laa makan. Tapi kalau ternampak, memang pantang .. hahahaha.. 

Naik Loya Tekak Aku Tengok Gadis Tu Makan Oyster Hitam

Oyster segar walau di masak atau tidak, tetap berwarna putih, kecualilah ko masak kicap hahaha.. ni setakat stim kukus, takkan laa terus jadi hitam coklat kann.. pelik kannn.. so korang hati-hatilah yaa.. Tapi kalau ada memang jenis oyster yang hitam.. ermmm tak tau laaa, so far Sis makan oyster segar semuanya warna putih.. kalau dapat hitam, geli gakkk nak telann oiii.. 

Harga oyster memang kalau betul segar memang mahal.. Restoran Todak tu jual ajer seketul RM15 tak silap Sis, ikut saiz.. so kalau besar macam gadis tu makan dia jual RM6 ermm memang tak munasabah betul harganya. Walau kedai viral sekalipun, mana ada untung oii jual oyster semurah tu.. 

Nak makan gaya rare pun berhati-hati laaa yaa.. jangan sampai menjejaskan kesihatan.. akibatnya diri sendiri yang tanggung. Korang yang nak sangat makan oyster sehar tu, boleh jer pi makan Buffet Discover Malaysia Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru tu, setiap Jumaat dan Sabtu, ada di hidangkan oyster besar., makanlah sampai terbelahakkk.. hahahaha.. biar bayar mahal, janji puashati.. 

Sekian, khidmat pesanan ringkas dari pecinta Seafood On Ice.. 


P/S: Update sambil goreng cekodok bilis buat Suami... 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak ada tiktok, tak ambil sgt isu viral ni.. pelik2 betul orang sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, elok takde dari ada.. kalau nengok, loya tekakkk..

      Delete
  2. tengok tiktok influencer yg kata sedap tu, tp dia mostly puji harga dan rasa sos je. tu dah fishy sbb tak banyak komen pasal isi oyster. check tiktok orang lain, katanya owner (kedai sama) bagitahu tu oyster dari perairan Sepang sbb tu warna gelap sikit

    tp kalau saya, nak makan raw seafood ni elok dari sumber segar terus la. kedai tepi laut atau ada akuarium khas, borong direct dari nelayan, atau restoran yg certified ada chef pakar. ni makan kat food court? jadi was-was pula cara dia handle oyster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa tu yang ramai kata, mesti dia tau rasa oyster tu pelik erkkk loya tekak Sis bila ingat-ingat.. memang kalau nak makan, makan je laa di restaurant seafood..

      Delete
  3. eeeeiiii... tak sakit perut ke nnt? first time makan oyster mentah masa jalan2 kat paris dulu-duluuuuuuuu... haa punya lama citer makan oyster ni kan. Tapi kat sana mmg segar & manis2 isi oyster nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni kalau kena fresh, memang tak sakit perut, tapi kena yang tak fresh, haa tu yang kena keracunan makanan budak tu...

      Delete
  4. SA suka oyster tapi akan tengok betul2 fresh ke tak..kadang kena rajin mulut tanya petugas kan...selalunya makan kat hotel la...x pernah lagi jumpanyang x fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa tu mesti SA, Kalau tekstur dah hitam pucat kecut, janganlah makan, memang tak fresh..

      Delete
  5. itu pun sanggup makan demi sebuah content kan..apo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko tengok video dia, eee tak sanggup aku nak telan hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment