TOPPEN LANCAR PUSAT KITAR SEMULA DAN BELI-BALIK (RBBC) PERTAMA DI SELATAN MALAYSIA

TOPPEN LANCAR PUSAT KITAR SEMULA DAN BELI-BALIK (RBBC) PERTAMA DI SELATAN MALAYSIA | PUSAT beli-belah Toppen telah melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) yang pertama di Selatan Malaysia semalam. Program ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri Johor khususya, memupuk budaya kitar semula yang lebih kukuh dengan menyediakan ruang yang mudah dan boleh diakses untuk membuang barangan kitar semula. 

Program ini bertujuan untuk menjadikan kitar semula lebih mudah diakses oleh rakyat Johor dan memberikan aspirasi kepada gaya hidup dan persekitaran yang lebih sihat. Pusat ini terletak di Pintu Masuk Hijau, Aras P2 Pusat Beli Belah Toppen. Lokasi strategik ini akan memudahkan pengunjung dan penyewa kedai untuk mengakses ke pusat dengan barangan kitar semula mereka. 

Toppen Lancar Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBBC) Pertama Di Selatan Malaysia

Toppen Lancar Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBBC) Pertama Di Selatan Malaysia

Dan semalam, Sis sempat juga berada di majlis perlancarannya di Toppen dan melihat sendiri RBBC yang di sediakan. Yang menarik perhatian Sis adalah, stesen layan diri turut disediakan, di mana barangan yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan manakala barangan yang boleh dikitar semula akan diasingkan oleh petugas mengikut kumpulan masing-masing.

Jika korang ada barangan yang tidak di gunakan lagi di rumah atau di pejabat, korang boleh bawa ke Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) dan korang boleh menukarnya dengan wang ringgit atau hanya drop-off sahaja,  Barangan yang boleh dikitar semula termasuk tin aluminium, kotak, kertas, plastik, tekstil, alat elektronik dan kaca. Setiap barangan yang dihantar ke pusat ini akan ditukarkan kepada wang ringgit berdasarkan berat minima sekurang-kurangnya 1kilogram bergantung pada kategori dan jenis barangan.

Jadual Beli Balik Bahan Kitar Semula:

Toppen Lancar Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBBC) Pertama Di Selatan Malaysia


Pelancaran Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) ini adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan komitmen kami dengan memberikan impak yang positif terhadap manusia dan planet, sekaligus menggalakkan kesemua rakyat Malaysia untuk turut menyertai kami. Pusat beli-belah Toppen adalah yang pertama di Malaysia menerima anugerah Pensijilan Kepimpinan Platinum dalam Tenaga dan Reka Bentuk Alam Sekitar baru-baru ini.  

Dalam pada itu, Toppen  juga telah dibangunkan dengan penumpuan kepada tenaga boleh dibaharui dengan penggunaan panel PV solar yang dipasang berserta sistem penuaian air hujan bagi mengurangkan penggunaan air yang boleh diminum.

Toppen Lancar Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBBC) Pertama Di Selatan Malaysia

Toppen Lancar Pusat Kitar Semula Dan Beli-Balik (RBBC) Pertama Di Selatan Malaysia

Dengan kerjasama bersama badan bukan kerajaan ini, Toppen sedang dalam perancangan bagi menjalankan aktiviti di masa akan datang seperti gotong-royong dan pertandingan antara sekolah melibatkan kanak-kanak secara aktif di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru. Ini bagi memastikan visi dan misi menyemai tabiat kitar semula melalui pendidikan mampu dipupuk di kalangan generasi muda di awal usia.

Untuk lihat gambar dan video sekitar majlis perlancaran semalam, korang boleh facebook pages akusislin ni okay. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) di: https://toppen.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/ToppenMY 

So apalagi, jom kumpul barangan terpakai semua, dan kita bawa ke Pusat Kitar Semula dan Beli-balik (RBBC) di Toppen ni yaa.. AWAS, jangan buang BAYI di sini okay.. 


P/S: Kat rumah ni baju yang banyak, dan juga majalah lama, memang nak kena kemas-kemas ni.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagusnya kannn..aku suka benda2 gini..cuba la dari dulu diorang buat..masa aku buat kek lapis, banyak tin susu aku kumpul..haha

    ReplyDelete
  2. Menarikk, boleh cari apa yang nak diberi... Sayangi alam sekitar.. sy ada kumpul botol botol plastik.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa ko kemas barang apa tak pakai hantar ke sana Non..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment