NIKMATI KACANG PANGGANG AYAM BRAND™ BERSAMA SETIAP HIDANGAN, SETIAP MASA

NIKMATI KACANG PANGGANG AYAM BRAND™ BERSAMA SETIAP HIDANGAN, SETIAP MASA | Di Malaysia, kacang panggang biasanya dihidangkan sewaktu sarapan pagi ala sarapan Amerika atau sarapan Inggeris yang termasuk telur, sosej, daging salai dan cendawan. Bukan itu sahaja, kacang panggang boleh dinikmati dalam pelbagai cara masakan yang lazat dan bernutrisi selain daripada waktu sarapan pagi.

Ingin cuba? Ayam Brand™ telah menyenaraikan pelbagai resipi kacang panggang yang sesuai bukan untuk sarapan pagi sahaja, tetapi juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam, serta sebagai snek harian supaya pengguna generasi baru boleh menikmati kelazatan kacang panggang yang kaya dengan protein dan serat bila-bila masa.

Kacang Panggang Ayam Brand™ menggunakan kacang Haricot utara yang berkualiti tinggi yang dipilih khas untuk rasa dan teksturnya. Disediakan dengan resipi yang telah diuji, ia bebas bahan pengawet makanan dan MSG, serta rendah dalam kandungan garam dan gula. Sedia untuk dimakan terus dari tin, ia menjimatkan masa merendam dan memasak kacang panggang di rumah.

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Mengapa kacang panggang harus menjadi pilihan korang?

Kacang pangang mengandungi protein tumbuhan dan serat yang tinggi, menjadikannya sumber protein terbaik untuk dimakan oleh golongan vegetarian dan bukan vegetarian. Kandungan protein dalam kacang panggang membina, menguatkan dan memulihkan otot selepas bersenam. Disebabkan kandungan protein yang tinggi, kacang panggang boleh menjadi alternatif untuk daging bagi golongan vegetarian. 

Kandungan serat yang tinggi dalam kacang panggang membantu melambatkan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan menjana tenaga yang cukup sepanjang hari. Ia juga mengandungi zat besi, likopena dan folat. Kacang panggang dalam sos tomato diperkaya dengan sumber zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa letih, kurang fokus, tahap tenaga yang rendah dan dalam paling bahaya boleh mengakibatkan anemia.

Dengan adanya kandungan likopena yang tinggi, merupakan antioksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan kerosakan sel melalui sifat antioksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah kacang panggang dalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh bantu menambahkan folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semula jadi. Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan kerosakan tiub saraf pada bayi. 

Kacang panggang yang bebas daripada lemak tepu, pengambilannya secara lazat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Jelas sekali, diet yang merangkumi kacang panggang boleh memberi banyak manfaat kepada korang! Untuk idea selain sarapan pagi, cuba resipi ini yang menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand™!

Lempeng Sardin dan Kacang Panggang

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Lempeng adalah pankek popular di Malaysia yang sentiasa dijamu sebagai menu utama atau sampingan. Hidangkan bersama resipi yang cepat dan mudah ini, kari ikan sardin dan kacang panggang untuk sajian yang berprotein tinggi.

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar yang dihiris, bawang putih yang dikisar dan jika suka pedas, masukkan sedikit cili hijau yang dihiris halus ke dalam kuali. Tumis sampai naik bau. Masukkan pek Tomato Cincang Ayam Brand™ dan sedikit cili giling, masak seketika menggunakan api kecil. Kemudian masukkan satu tin Ikan Sardin Ayam Brand™ dan satu tin Kacang Panggang Ayam Brand™. Biarkan panas, kacau hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak: 15 minit, hidangan: 4 orang

Kentang Jaket Mini dengan Kacang Panggang (Sesuai untuk Vegetarian)

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Kentang jaket di restoran stik dan restoran mewah menjadi kegemaran ramai, tetapi harganya tidak berpatutan! Jadi, sediakanlah kentang jaket sendiri di rumah anda. Ianya sangat mudah untuk disediakan, walaupun memerlukan sedikit masa untuk dibakar.

Panaskan ketuhar korang hingga 180°C. Basuh 150g kentang mini (kentang biasa boleh digunakan, ingat untuk bersihkan kentang dan biarkan lebih masa di dalam ketuhar). Lap hingga kering dan cucuk permukaan dengan garpu. Salut dengan minyak zaitun dan toskan dengan garam. Susun kentang di atas loyang dalam satu lapisan dan bakar di dalam ketuhar selama 40 minit. 

Sejukkan selama 10 minit. Pangkah kecil dengan pisau atas setiap kentang, kemudian cubit sedikit dipangkal ubi untuk membuat pembukaan. Siapkan setiap kentang dengan satu sudu teh Kacang Panggang Ayam Brand™ di atasnya, taburkan emping cili dan daun bawang yang dicincang. Untuk tambah rasa, perahkan jus limau kuning. Hidang dengan segera.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak: 50 minit, hidangan: 4 orang

Spageti dengan Sos Kacang Panggang (Sesuai untuk Vegetarian)

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Berikut adalah hidangan pasta untuk makan malam atau tengah hari menggunakan kacang panggang dan bukannya sos pasta yang telah diproses.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar, tumis sampai naik bau. Masukkan setengah tin Puri Tomato Ayam Brand™ dan serbuk lada, masak selama dua minit. Seterusnya masukkan dua tin Kacang Panggang Ayam Brand™, panaskan dan kacau hingga sebati. Gunakan pengisar rendaman untuk persiapan pes. 

Jika tiada pengisar rendaman? Gunakan bahagian belakang senduk untuk tumbuk atau tuangkan
sos ke dalam mesin pengisar untuk mengisar. Semasa memasak sos, rebus pasta mengikut arahan pada pek. Simpan satu cawan air pasta untuk sos. Masukkan pasta rebus ke dalam sos yang telah siap. Gaul rata, masukkan sedikit air pasta sehingga sos mencapai kepekatan yang anda suka.

Untuk hidangan, hiaskan dengan pasli yang telah dicincang. Korang boleh menggantikan Kacang Panggang Ayam Brand™ dengan Kacang Panggang Keju Ayam Brand™ jika anak korang lebih suka pada tekstur yang lebih berkrim dan rasa pasta yang lebih berkeju.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak: 15 minit, hidangan: 4 orang

Roti Kacang Panggang (Sesuai untuk Vegetarian)

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Hidangan ini merupakan hasil inspirasi daripada vadai India Selatan dan falafel Timur Tengah. Adaptasikan hidangan ini menjadi roti sandwic atau ‘wraps’, sama seperti sandwic falafel, dihidangkan sebagai menu sampingan untuk hidangan utama atau hidangkan untuk minum petang.

Tumis lobak merah yang dicincang halus, cili hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ bersama secubit garam sehingga lembut. Gunakan mangkuk besar, masukkan kandungan yang telah ditumis tadi bersama Kacang Panggang Ringan Ayam Brand™ yang kurang 48% kandungan gula. Kemudian, tumbuk semua bahan hingga sebati. Masukkan sedikit tepung jagung ke dalam adunan tersebut untuk menghasilkan doh. 

Masukkan sedikit halia, bawang besar dan daun ketumbar yang dipotong halus ke dalam adunan tadi dan gaul sebati dengan tangan. Pastikan kandungan garam dan serbuk cili sudah mencukupi. Bentukkan doh dalam saiz sederhana. Salutkan doh dalam serbuk roti dan susun di atas pinggan. Panaskan minyak dalam kuali cetek. Goreng sebelah sehingga garing, kemudian terbalik dan garingkan sebelah lagi. Goreng dalam kumpulan dan jangan penuhkan kuali.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak: 20 minit, hidangan: 4 orang

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ bersama Setiap Hidangan, Setiap Masa

Produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas di Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave, Matahari
atau kunjungi kedai Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.

Cari semua resipi penuh di pautan INI (korang gunakan akaun Gmail untuk mengakses) dan untuk lebih banyak resipi, layari www.ayambrand.com.my


P/S: Kat rumah Sis mesti simpan stok kacang panggang ni, anak bujang suka makan dengan telur hancur, sedap... 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Last year dapat review rasanya..ada lagi stok dalam almari...lambat lagi expiry date dia..selalu suka makan ngan english breakfast..x pernah lagi masukkan dalam sambal sardine..nampak mcm best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uitt lamanyaaa, tengok tak due date tu, rumah ni kalau ada stok, sekejap je licinn SA...

      Delete
  2. Macam2 pilhan ada kan ayam brand ni...?

    ReplyDelete
  3. Roti kacang panggang tu nampak menarik la..

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera dan menjamu jiran tetangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum try lagi, nanti siap boleh bagi jiran hehehe

      Delete
  5. Sedapnya.. kalau PC mahu kutip kacangnya je.. kuah tinggal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment