MAKAN NASI PADANG KAMPUNG MELAYU MAJIDEE

MAKAN NASI PADANG KAMPUNG MELAYU MAJIDEE | BAGI korang yang selalu baca posting Sis keluar 'dating' dengan Suami Sis, mesti korang perasan, apa menu yang selalu Sis makan bersama Suami kan, hurmm yaa apalagi kalau bukan Nasi Padang. Jangan di tanya 'nak makan apa?', sebab memang dah tau dah, mesti Suami bawa pergi makan nasi padang punya hahaha.. 

Semalam seawal pagi Suami dah ajak bersiap keluar sarapan, tapi takde la awal sangat pun, sebab lepas Subuh, Suami tidur balik. Sebelum keluar tu sedang bersiap Suami dah tanya, 'nak makan kat mana?', Sis ni bab bila di tanya memang terus blurr, padahal banyak tempat Sis dah pergi makan. 

Dalam pada fikir nak makan mana, Sis kata, 'jom pi Kampung Melayu, makan sarapan warung depan Klinik', so Suami ikut aja laa.. hangin mood baik terus okay, kalau tak, takdenya dia nak ikut pi makan jejauh nuuuu.. balik-balik Kong Kong Laut ajaa.. so tengah okay tu, kita diam jerr, jangan banyak tanya hahahaa..

Makan Nasi Padang Kampung Melayu Majidee

Makan Nasi Padang Kampung Melayu Majidee

Kalau Ahad lepas, Sis makan di Nasi Padang Restoran Tepian Seroja di Johor Jaya sana, so semalam dalam pada nak makan sarapan roti canai, tau-tau ehhhh Suami kata, 'makan nasi padang jer laa'.. hahahaha memang dah agak dah bila Suami ternampak warung nasi padang depan Klinik Kampung Melayu tu.. 

Warung ni memang dah lama betul meniaga, dia memang jual beraneka menu nasi padang. Sis suka makan sini sebab banyak menu berlado dia. Paling the best, Ikan Keli berlado dan juga Paru Berlado dia. Parunya besar gilerrrr okay... sedap sambal lado dia, baik sambal hijau atau pun sambal merah. 

Makan Nasi Padang Kampung Melayu Majidee

Tapi yang paling tak boleh tahan kalau nampak, menu jering berlado dia, perghhhhh sama sedapnya Sis makan di Restoran Tepian Seroja tu. Banyak menu jering dia ada hidangkan. Yang selalu orang cari di warung nasi padang Kampung Melayu ni adalah menu Tauhu telur sumbat usus, tu memang lain dari yang lain. 

Suami ada amik seketul, Sis lupa nak amik gambarnya sebab tangan dah mula makan nasi hahahaha.. tak boleh tahan nengok, duduk terus makan.. Harga okay laa, padan lerr dengan lauk-pauknya.. Sis makan semalam berdua RM37.80 siap air. Lauk banyak yaa kami amik. Kira puashati laa.. 

Seawal jam 10am lebih dah siap hampir separuh lauk-pauk.. bayangkan kalau korang datang dalam jam 12pm makan tengahari, mesti dah penuh semua lauk-pauknya kan.. tu pun masa Sis duduk makan, sorang-sorang masuk beli makan bungkus dan dine-in.. Owner dia memang asal dari Indonesia Minang, dah bermastautin di Malaysia berpuluh tahun dan berbelas tahun dah meniaga di situ.. 

Mana-mana orang luar atau kawasan situ memang dah tau dah warung nasi padang dia. Korang kalau nak makan, cari jer Klinik Kesihatan Ibu dan anak Kampung Melayu sebelah Sekolah Agama Dato Abdullah Esa (sekolah agama Sis dari tahun satu hingga tahun enam di situ), warungnya betul depan Klinik tu haaa.. nostalgia betul kalau ke sana.. imbau kenangan zaman sekolah dulu.. 


P/S: Kalau gemok, salah Suami, sebab dia ajak makan nasi pagi-pagi hahahahaha.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aduhaiii....bila Lin sebut usus sumbat tauhu dengan telur tu..meleleh tau...
    Tengok jering berlado tu terus plan nak masak cuti hari.merdeka nanti..jering dah adoiii ..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Mama, situ femes dengan menu tu, sedap gilerr..

      Delete
  2. Fuhhh... meriah sungguh tengok lauk camtu. Berladoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, harini ingat nak pi makan lagi ni hahahahaha

      Delete
  3. Mak oiii...suka makan kat gerai nasi padang..selalu x lupa amik sambal ijo dia...dap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, yang ni banyak betul pilihan lauk berlado dia...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment