CARA PAKAI INNAI NUNHA YANG BETUL UNTUK DAPATKAN WARNA YANG CANTIK

CARA PAKAI INNAI NUNHA YANG BETUL UNTUK DAPATKAN WARNA YANG CANTIK | VIRAL sungguh inai Nunha lately ni ya.. mana yang pakai menjadi, mana plak yang pakai tak menjadi, tak tau laa mana silapnya dan betulnya cara memakainya.. nak tau betul ke tidak boleh dapatkan warna yang seperti Neelofa pakai tu, kenalah cuba sendiri yaa.. 

Dan yaa, Sis ni pantang benda yang jadi kesukaan, terutamanya inai, lagi pulak produk dari keluaran brand Naelofar, memang Sis ko tak boleh tahan tengok hahahaha.. walau harganya kadang orang kata harga 'kayangan', tapi gigih kumpul duit nak dapatkannya.. jujurnya bukan fans sangat dengan tuan punya badan, tapi Sis suka dengan Lofar tu dari dulu lagi, cara dia, gaya dia, dan apa saje laa dia pakai dan guna produk jualan dia, semua Sis beli.. 

Dan terkini Sis beli innai Nunha dia ni.. yang buat Sis geram nak beli, sebab warna inainya, lain macam dan lain dari yang lain kan?.. harga memang mahal, sekotak inai Nunha harganya RM35.. nasib baik jiran belakang rumah ni ada menjual, so takde la duit caj penghantarannya.. 

Cara Pakai Inai Nunha Yang Betul Untuk Dapatkan Warna Yang Cantik

Cara Pakai Inai Nunha Yang Betul Untuk Dapatkan Warna Yang Cantik

Dan kebetulan Hari Raya Haji baru ni, adik-adik datang, so memasing sibuk nak mencuba, Sis memang tak dan laa nak pakai, mana nak masaknya, nak mengemasnya, so kena tunggu dulu laa free time betul, baru nak cuba pakai.. Makanya si testimoni pertama memakai inai Nunha ni sapa lagi kalau bukan Mama Mia hahahaha.. 

Ramai pakai tak menjadi untuk mendapatkan hasil warna yang di katanya seperti merah hitam tu.. tapi bila adik Sis pakai menjadi, wowwwww giler teuja ko.. kemain lawa warnanyaaa... 

Ramai kata susah sebab banyak nau pantang larangnya.. yang pertamanya tak boleh pakai di bawah kipas, tapi memang yaa, adik Sis pakai tanpa bukak kipas, dan hasilnya, dapatlah warna seperti yang di janjikan.. 

Cara Pakai Inai Nunha Yang Betul Untuk Dapatkan Warna Yang Cantik

Cara pakai Inai Nunha Yang Betul (Cara Sis la)
  • Jangan pakai di bawah kipas
  • Kuku kena buffer (ada di sediakan dalam kotak) dulu sebelum pakai inainya
  • Bancuh inai Nunha mengikut cara yang di sediakan (jangan terlalu cair)
  • Lepas dah bancuh jangan tunggu, terus pakai inainya serta merta
  • Tunggu kering dalam satu jam sebelum di cuci. 

Dan hasilnya akan dapat seperti yang di janjikan ... TAPI kalau tak dapat, mesti ada silap mana tu.. yang penting, pastikan kuku kita tu takde lapisan pewarna pengilat kuku, kalau tak memang tak jadi.. sebab tu dia suruh kita buffer kuku tu dulu kasi bersih macam berhabuk dan kasar gitu, then terus pakai.. 

Lepas tu nak pakai pengilat kuku ke barulah pakai.. selagi belum pakai inai Nunha tu jangan kasi kilatkan kuku.. memang tak menjadi.. so kasi buffer kuku tu dulu yaaa.. 

Cara Pakai Inai Nunha Yang Betul Untuk Dapatkan Warna Yang Cantik

Cara Pakai Inai Nunha Yang Betul Untuk Dapatkan Warna Yang Cantik

Sekotak ni RM35. Siap dengan semua cara dan tunjuk ajar macam mana nak pakainya.. pun ada yang tak faham, so tak faham, korang baca laa yang Sis tunjukkan cara pakainya tu yaa.. Tapi biasa kalau korang beli dengan seller, seller tu akan bagi ko video cara memakai inai Nunha ni.. 

Memang mudah jerr.. cuma harganya jerr memang orang kata mahal, tapi hasil warnanya memang lain dari lain.. cantik gilerr kuku bila dah menjadi warnanya.. sampaikan malam tu juga adik Sis beli sekotak nak bawa balik, nasib baik jiran tu ada simpan stok, kalau tak habis Sis ko punya dia bedal hahahaha.. 

Sis belum pakai lagi, tunggu masa sesuai.. cuma buktinya memang menjadi dan cantik warnanya, sebab adik Sis dah pakainya... so korang nak, bolehlah beli yaa.. 


P/S: Orang kuku gelas cantik pakai, kuku cawan pakai? Lagi cantikkk hahahahaha

42 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kalau ikut step betul insyallah memang menjadi..memacam kan cerita tak sedap didengar pasal innai Nunha ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Eda, kalau ikut stepnya, memang menjadilah warna dia tu..

      Delete
  2. hahahha kuku cawan mmg lagi cantek muahahah

    ReplyDelete
  3. Pokok inai yang wak tanam dah tak bergunalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Wak buat, pastu boleh niaga inai Wak hehehe

      Delete
  4. #teamkukucawan nak pakai tunggu geng JDTB semua pakai dulu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis dah pakai Hernee, lagi lawa kuku cawan pakai okay hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau dah durhaka, jadi tak warnanya? Hehehehe

      Delete
  6. renyah juga nak pakai inai nun ha ni tapi cantik betul kejadiannya bila dah pakai dekat kuku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Farhana, renyah dan banyak pantang larang, nak taknak follow jer leee

      Delete
  7. Renyah ye nak pakai? Tapi senangla ada inai camni. Takyah tumbuk daun dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, renyah tapi mudah dan senang nak pakai..

      Delete
  8. Tengah panas isu inai nun ha ni... 😆 Tapi sebenarnya ikut preference masing2 lah kan, ada yg suka color camtu, ada yg tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, isu tu tolak tepi, yang Sis suka sebab warnanya aja..

      Delete
  9. Lawa juga bawah pencahayaan dan jari comel dan kulit putih dan kuku jenis cawan. Kikiki kita kan geng jari comel. ok esok saya beli. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa Ruby, ikutlah pandangan mata memasing, ada yang suka, ada yang tak suka kan...

      Delete
  10. tak faham bila org kata warna inai neelofa buruk.. pd pandangan mata saya..cantik jer... suka jer tgk warna lain drpd yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa bagi Sis cantik jer, harga je memang mahal, tapi pemakaiannya mudah...

      Delete
  11. tak kisah sis lin kuku jenis cawan ke gelas ke, pakai jer kalau nak. huda memang malas nak pakai inai. pakai time kahwin jer 10 tahun lepas. jenis malas nk melaram..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yerr, Sis kuku cawan pakai, cantik ajaaa haaa hahahaha

      Delete
  12. viral betul inai ni sekarang. banyak juga pantang larang dia macam leceh pula. nasiblah saya tak minat sgt pakai inai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tiara, yang suka boleh cuba, yang tak minat ker, tak apa.. ikut pandangan masing-masing kannn

      Delete
  13. kalau betul step mmg lawo kejadiannya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, Sis buat betul ikut stepnya tu...

      Delete
  14. Ooo..patutla ramai kata tak jadi. Rupanya ada step yang kena ikut hehe..Memang color inai ni lawa, saya pn suka tengok. Biasa merah2 je kan. Kali ni kasi lain sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul, step pemakaiannya ada di sertakan, so kalau follow cara betul, memang jadi laa warnanya...

      Delete
  15. Ouh baru tau untuk dapatkan warna yang cantik kene ikut step ya. Ramai iena tengok perempuan perempuan pakai inai sekarang. hehe iena belum terjebak lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Eina, cara pakai innai Nunha ni ada caranya, bukan sembarang pakai, tapi ikutlah citarasa memasing, tak suka jangan beli heheheh

      Delete
  16. Cantik warna inai ni, so kalau ikut steps yang betul memang jadi lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kelly, kalau pakai ikut caranya, memang akan dapat warna tu..

      Delete
  17. Saya yang lelaki ni pun rasa warna inai nunha ni cantik. walaupun lain dari yg lain, tapi nampak kemas & menarik warnanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kann, sama Suami Sis, dia pun kata cantikkk

      Delete
  18. Saya nak cakap, cincin akak sebijik macam saya punya. Terkejut nampak tadi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa ye kerr.. hehehe kebetulan yaa boleh sama hehehe

      Delete
  19. So so nice the inai done , I love to have inai too whenever I can do it, this is a lovely sharing. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Sienny, if you want try, boleh jerr, cantikkk

      Delete
  20. Replies
    1. Bagus, senang dan mudah untuk siapa yang pestime nak pakai inai..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment