BAKE WITH YEN MEMUDAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN TAHUN INI

BAKE WITH YEN MEMUDAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KUIH BULAN TAHUN INI | Sambutan perayaan Kuih Bulan tahun ini lebih manis bagi rakyat Malaysia dengan mengambil peluang untuk berkumpul dan meraikan kemeriahan bersama keluarga serta rakan-rakan selepas dua tahun pergerakan masing-masing terkawal susulan penularan pandemik Covid-19.

Perayaan Kuih Bulan adalah satu lagi keraian yang dinanti-nantikan semua. ia adalah salah satu sambutan yang meriah pada setiap tahun. Keluarga yang berkumpul sambil bergelak-tawa, tanglung yang berwarna-warni dengan pelbagai corak menghiasi kawasan sekeliling dan tentunya, dengan kepelbagaian kuih bulan yang disajikan.

Peredaran masa kini membuatkan kuih bulan dievolusi daripada rasa tradisional inti biji teratai dan kacang merah, kepada seni kulinari dengan rasa kegemaran ramai disajikan bersama inti-inti yang lebih eksotik seperti keju, coklat, matcha, kopi, durian serta pelbagai kacang dan buah-buahan kering.

Bake With Yen memudahkan sambutan Perayaan Kuih Bulan tahun ini

Bake With Yen memudahkan sambutan Perayaan Kuih Bulan tahun ini

Terjemahan kulinari ini mengambil masa percubaan untuk menjadi sempurna. Oleh demikian, Bake With Yen, rangkaian pembekal barangan membuat kek dan roti terbesar di Malaysia, memperkenalkan tawaran istimewa Perayaan Kuih Bulan pada awal tahun ini dengan menjual pelbagai barangan dan ramuan kuih bulan bagi menggalakkan dan memberikan kegembiraan kepada semua kaum untuk meraikan perayaan ini. Rangkaian barangan keperluan kuih bulan termasuk tepung pra-campuran, inti yang sedia untuk digunakan yang di sertakan dalam pek pembungkusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BWY, Alexandre Rosso berkata, “Di Bake With Yen, kami percaya bahawa baking seharusnya mudah, pada kadar yang berpatutan dan menggembirakan. Tiga tepung pra-campuran, yang merangkumi varian Tradisional, Shanghai dan Snowskin, adalah bukti kepada kepercayaan ini. 

Tepung pra-campuran ini menyediakan solusi pantas malah enak untuk di jadikan sajian tradisi kegemaran ramai. Rangkaian tepung pra-campuran dan inti siap sedia ini, bagi memudahkan mereka yang baru mula berjinak dalam dunia pembuatan kuih bulan serta bagi baker yang sedang mencari cara untuk menginovasikan resipi asas dan mempertingkatkan rasa sajian dengan memberikan kelainan tersendiri.

Bake With Yen memudahkan sambutan Perayaan Kuih Bulan tahun ini

“Kami juga menawarkan keperluan-keperluan ini pada harga berpatutan. Contohnya tepung pra-campuran kuih bulan dijual bermula dari RM8.20 setiap pek, sekali gus menawarkan nilai terbaik bagi mereka yang ingin berjimat dalam perbelanjaan. Inilah matlamat Bake With Yen, untuk membantu rakyat Malaysia menghasilkan kuih bulan air tangan sendiri harga berpatutan kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan mereka tanpa berkompromi terhadap kualiti,” tambah Rosso.


Untuk maklumat lanjut berkenaan tepung pracampuran BWY serta promosi dan tawaran-tawaran terkini, ikuti laman Instagram dan Facebook Bake With Yen atau layari laman web www.bakewithyen.my.


P/S: Eh macam best pulak yaa buat sendiri kuih bulan, nak try jugalah... 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mmg byk pilihan bahan2 kek & biskut kat BWY ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, macam nak cuba buat sendiri je Karni..

      Delete
  2. best jugak kan kalo boleh buat sendiri kuih bulan ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment