MAQAN FOOD FEST KINI KEMBALI LAGI, FESTIVAL MAKANAN TERBESAR DI JOHOR!

MAQAN FOOD FEST KINI KEMBALI LAGI, FESTIVAL MAKANAN TERBESAR DI JOHOR! | SETELAH kejayaan pada MaQan Food Fest 2020, dan atas permintaan ramai, kini MaQan Food Fest kembali lagi, dan tahun ini di jangkakan lebih meriah dan lebih happening okay.. Korang yang dah pernah pergi pada Maqan Food Fest sebelum ni, mestilah tau kan macam mana kemeriahannya, dan mesti korang tak sabar nak pergi untuk MaQan Food Fest 2022 ni kan.. 

Tinggal hanya lagi 5 hari saja lagi, MaQan Food Fest akan berlangsung dan sekali lagi ianya akan di adakan di Padang B, Plaza Angsana Mall, Johor Bahru pada 29 Julai hingga 31 Julai 2022 ini. Dan kali ini terdapat 154 vendor makanan dan minuman yang akan berada di sana. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti dan juga pertunjukkan pentas artis akan turut menghiburkan semua pengunjung. 

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

Kalau di Johor, ini adalah festival makanan terbesar yang ada di Johor ni, so kalau korang yang pernah datang pada MaQan Food Fest pertama dulu, ini kali lebih happening wooo.. jangan lupa war-warkan kepada orang kampung yaa.. yang baru ada makwe pakwe tu haaa, bawa sekali dating kat sana okay.. 

Konsep festival ini adalah konsep terbuka (padang), dan ianya akan menampilkan aktiviti menarik dan juga persembahan pentas dari pagi sampai ke malam. Dan untuk korang yang membeli dan makan di sana pula, pilihan tempat duduk, kedua-dua di sediakan, samaada di luar atau di dalam. 

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

Mereka juga menyediakan bahagian hiburan untuk kanak-kanak sebab MaQan Food Fest adalah untuk semua peringkat umur, so bagi korang yang bawa anak kecil, ada tempat untuk mereka bermain dan berhibur. Dan tak lupa juga, cabutan bertuah dan pertandingan pentas interaktif untuk pengunjung yang setia menunggu dari pagi sampai ke malam.

Selain itu, MaQan Food Fest juga akan beri baucar diskaun kepada pengunjung yang datang ke MaQan Food Fest ini untuk membeli makanan di vendor-vendor makanan yang ada di sana. Dengarnya juga ada pameran kereta berjenama akan berada di sana, so janganlah lepaskan peluang ini yaa.. 

Bukan itu aje, di MaQan Food Fest juga ada Rumah Hantu Lalaland, Mini Zoo dari Mojo Animal Farm, aktiviti Misi Mencari Yakuza, dan juga Bicara Santai bersam PU Riz, alaa sapa tak kenal PU Riz tu, Suami kepada Nealofar tu hehehe.. dan banyak lagi aktiviti menanti korang. 

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

MaQan Food Fest Kini Kembali Lagi, Festival Makanan Terbesar Di Johor!

Tahun ini, MaQan Food Fest 2022 menjangkakan seramai 150,000 hingga 250,000 pengunjung yang akan datang, dan kemungkinan antara 30,000 hingga 50,000 adalah pengunjung dari Johor, Selangor, Melaka, dan Singapura.

Peminat makanan-makanan viral, orang ramai dan juga seluruh media, unfluencer dan sesiapa sahaja yang berdekatan termasuk #BestieMaQan, korang jangan lupa datang dan menyokong festival makanan terbesar di Johor ini. MaQan Food Fest ialah tempat yang sesuai untuk orang ramai menikmati masa lapang bersama keluarga dan kawan-kawan. 


Korang boleh lihat kesemua vendor-vendor makanan yang akan ada di MaQan Food Fest 2022 tahun ini di Facebook Page MaQan Food Fest di atas. Rasanya untuk daftar vendor dah TUTUP.. yang nak join, korang tunggu laa MaQan Food Fest akan datang ya.. 

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 013 405 2008 (Atikah).

📆 29 Julai - 31 Julai 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Padang B, Angsana Johor Bahru Mall
⏰ 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari) 
☎️ 013 405 2008 (Whatsapp)


Jangan lupa yaa.. jom beramai-ramai kita ke sana sana sana... 


P/S: Secara peribadinya, Sis bangga dengan kejaayaan anak-anak muda ni, semangat keyaan mereka sangat kuat, syabas buat korang team MaQan, Visit Johor dan juga JohorEvent!!!!.. 

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam-macam aktiviti ada tu..seronok betul kalo dekat boleh hadir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm kita ke sana, apalagi sila terbang ke JB hahahaha

      Delete
  2. Maqan Food Fest is back! I suka.. I suka...

    ReplyDelete
  3. Ni sepupu dengan makcik pakcik PC yang kat JB mesti suka..

    ReplyDelete
  4. meriahnyaaaa...macam-macam ada kan. Kalau Johor tu dekat, memang dah boleh pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Edah, kalau Johor ni memang tak lepas laa festival makan macam ni...

      Delete
  5. wak pun dh lama x gi angsana mall nih., huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment