BUKU PINK DAN DERMA DARAH AKAN DIMASUKKAN DALAM MySejahtera APP

BUKU PINK DAN DERMA DARAH AKAN DIMASUKKAN DALAM MySejahtera APP | Tahukah korang, MySejahtera app kini telah dilengkapi pelbagai ciri baharu? Dalam update MySejahtera apps yang terbaharu, pengguna kini boleh mengakses rekod imunisasi kanak-kanak dan kesihatan menerusi telefon bimbit masing-masing!

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya untuk melakukan pendigitalan sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai mengakses rekod kesihatan masing-masing secara atas talian.

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, korang perlu kemas kini MySejahtera korang. Cara kemaskini mysejahtera adalah melalui Google Playstore/Appstore/Huawei App gallery. So, korang jangan uninstall MySejahtera okay. 

Buku Pink Dan Derma Darah Akan Dimasukkan Dalam MySejahtera App

Langkah awal untuk pendigitalan sepenuhnya

Menurut KJ, Ini merupakan langkah awal kementerian untuk Mysejahtera digunakan sebagai pendigitalan maklumat kesihatan yang sebelum ini disimpan secara manual. Dengan adanya kemaskini terbaharu ini, buat kali pertama rakyat Malaysia boleh menyimpan rekod kesihatan peribadi mereka secara digital dalam MySejahtera. 

Pada masa hadapan, MySejahtera tidak akan lagi menjadi tempat penyimpanan sijil imunisasi semata-mata. Sijil vaksinasi kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan juga akan disimpan secara digital dalam MySejahtera supaya ia boleh dibawa ke mana-mana.

MySejahtera app kini lebih lengkap dan membolehkan pengguna memantau maklumat kesihatan diri sendiri serta tanggungan mereka.

Buku pink dan derma darah akan dimasukkan dalam MySejahtera app

Pada masa hadapan, maklumat dalam buku pink dan derma darah juga akan dimasukkan ke dalam MySejahtera app. Menurut KJ, beliau juga bercita-cita untuk menjadikan MySejahtera sebagai sebuah aplikasi yang lengkap dan komprehensif.

KJ meyakinkan semua bahawa aplikasi MySejahtera selamat untuk digunakan. Malah, ciri keselamatan aplikasi tersebut juga sentiasa ditingkatkan untuk mengelakkan sebarang ketirisan data.

Untuk keselamatan, data MySejahtera juga disimpan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukannya oleh pihak ke-3. Justeru, sebarang data di dalam aplikasi tersebut hanya boleh dikongsi dengan persetujuan pemilik.

Buku Pink Dan Derma Darah Akan Dimasukkan Dalam MySejahtera App

Apa itu buku pink?

Buku merah jambu atau buku pink merupakan rekod sejarah kesihatan ibu yang bakal diberikan semasa janji temu di klinik. Istilah buku pink digunakan secara meluas oleh ibu mengandung. Melalui rekod dalam buku inilah, doktor dan jururawat dapat mengakses sebarang masalah yang berlaku kepada ibu ketika hamil. Ibu juga perlulah membawa buku ini ketika menghadiri setiap janji temu di Klinik Ibu dan Anak (KKIA).

Jika buku pink berjaya didigitalkan, pasti segala proses sepanjang kehamilan akan menjadi semakin mudah. Pada masa hadapan, ibu yang hamil hanya perlu menunjukkan MySejahtera app sahaja dan boleh mengakses segala maklumat berkaitan kehamilan di dalam peranti mudah alih.

Bilakah waktu yang terbaik untuk membuka buku merah jambu? 

Ibu yang disahkan hamil boleh melakukan janji temu di klinik secepat mungkin untuk membuka buku pink. Wanita digalakkan untuk membuka buku ini selewat-lewatnya apabila kandungan mencecah usia 12 minggu. Buku pink juga mempunyai sticker pelbagai warna. Jika korang ingin tahu apakah maksud pelekat tersebut, korang boleh baca mengenainya di sini.

Tidak kiralah di mana korang merancang untuk bersalin, korang perlu menghadiri janji temu di klinik KKIA berdekatan. Sebelum bertolak, pastikan korang telefon dahulu klinik tersebut untuk menempah tarikh janji temu. 

Jadi, buat orang ramai di luar sana, jangan lupa update Mysejahtera apps! Jangan pula terus delete daripada telefon bimbit masing-masing. Pada masa akan datang, aplikasi ini akan menjadi lebih penting dan digunakan dengan meluas di negara kita.

Dunia semakin canggih kann... 


P/S: Perghh dah 22 tahun punya lama tak mengandung ni, tapi buku pink anak-anak Sis masih tersimpan rapi dalam kotak rahsia hahahaha.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. baguslah berguna jugak app mysejahtera tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Raz.. akan datang semua guna teknologi canggih...

      Delete
  2. Bagus la idea KJ tu, takde la MySejahtera ni jadi apps juta-juta tapi pakai sekejap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.. memang sokong betul apa yang KJ nak buat ni haaa

      Delete
  3. Eh, bila nak cucuk lagi ni.. derma darah pun lama dah tak buat. heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment