ASAM PEDAS AYAM UNTUK SI ANAK BUJANG

ASAM PEDAS AYAM UNTUK SI ANAK BUJANG | SEMALAM tiba-tiba anak bujang tanya, 'Mak buka puasa masak apa?', aittt Sis nengok muka dia macam pelik tak pernah-pernah tanya masak apa, boleh plak semalam dia tanya. Terus Sis tanya, 'kenapa? Nak makan apa-apa ke?'. Rupenya dalam bertanya dia ada ngidam sesuatu minta Maknya masakkan. 

Terus seloroh anak bujang jawab, 'Masak asam pedas ayam la Mak, ayam ada ke? Takde Amat pi kedai beli', hahahaha tengokkkk, siap offer diri nak pi kedai beli ayam, tapi kebetulan ayam ada sekor dalam freezer tu, so Sis dah tau di cakap macamtu, terus Sis keluarkan dan rendam. Cuma tu laa Sis bagitau dia, makan lambat sikit, sebab ayam masih beku. 

Sementara ayam beku belum defrost, Sis buatlah kerja draft dan schedule untuk posting blog, sambil tu mencuci, mengelap, mengemop, melipat, mengosok dan menjemur segala kerja rumah semalam. Phewww bila settle kerja rumah semalam, rasa lapang kepala otak oiii.. cuma tuala-tuala jer masih belum sempat cuci, pagi ni baru nak mencuci. 

Anak bujang pula Sis nampak dia makan sandwich roti sapu tuna dan salad buat alas perut dia sementara menunggu Sis memasak hehehehe.. nak makan sedapkan, so kena sabar yaa ... 

Asam Pedas Ayam Untuk Anak Bujang

Rasanya lepas Zuhur juga Sis start memasak, pelan-pelan memasak sambil siapkan kerja rumah. Punyalah semangat nak masak asam pedas, tiba-tiba, korek punya korek peti ais, alamakkkk daun kesum takde pulak dalam stok simpanan, hurmmmm... 

Bendi pun takde, bunga kantan pun takde, yang ada tomato dan daun limau purut, ermmm terus jer laa masak, malas fikir, okaylah kita masak jer asam pedas ayam dengan bahan yang sedia ada, janji rasa asam pedasnya udah.. 

Maka jadilah asam pedas ayam ala-ala orang Melaka sebab letak daun limau purut tu, kemudian Sis letak kentang juga dan buah tomato sebagai rasa masam-masam dalam asam pedas tu.. alhamdulilah sedap juga rasa kejadiannya yaa.. 

Malamnya makan lerr berdua dengan anak bujang berbuka puasa. Terima kasih Amat sebab menemani Mak makan berbuka puasa semalam, padahal dia boleh jer makan dulu, sebab Maknya dah siap masak, tapi dia kata 'tunggu Mak ajer sekali'.. 

Malamnya Nona datang amik epok-epok dia tu, so dapatlah Nona rasa asam pedas ayam Sis tu, bekalkan dia dua ketul buat makan balik kerja tu.. rajin Nona kerja balik memalam ya.. Moga murah rezeki ko Nona, siap belikan satay.. 


P/S: Puashati betul masak asam pedas semalam, agaknya sebab dah lama tak masak asam pedas ayam.. alhamdulilah.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah,,sedapnya asam pedas..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, setelah sekian lama tak masak asam pedas ayam..

      Delete
  2. sedapnya asam pedas boh nanas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Dana, ni nanas takde, letak kentang...

      Delete
  3. Share la resipi sislin hehe. Selalu makan asam pedas ikan je, tak pernah lagi try masak asam pedas ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, next round masak lagi Sis up resepi yaaa hehehe.. resepi sama jerr Karni, cuma bezanya ayam ...

      Delete
  4. Dlu pernah try masak utk husband, pahtu tak laku, ingatkan dia xsuka. rupanya asam pedas tu tak kaw.. Haha Masih belajar untuk masak asam pedas kaw2 ni. nanti share la tips ngn resepi sekali. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... boleh aien, nanti Sis sharekan resepinya, sebenonya sama jerr macam asam pedas orang lain..cuma tumis tu nak kena betul pecah minyak..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment