MENU SELERA UTARA DI THISTLE JOHOR BAHRU SEDAP-SEDAP

MENU SELERA UTARA DI THISTLE JOHOR BAHRU SEDAP-SEDAP | ALHAMDULILAH rasanya dalam setengah tahun ni dah berapa kali agaknya Sis ni pergi makan di Thistle Johor Bahru ni. Mana taknya, asal tanya jer geng nak makan mana, semua duk pilih Thistle ni jerr, entah kenapa pun tak tau. Rata-rata dari mulut kawan -kawan Sis kata, pilih ke sana sebab harga makan buffet dia murah dan berbaloi. 

Ikut pengalaman Sis sendiri yang dah datang makan sini beberapa kali, memang yaa, baik menu ala-carte, menu set atau menu buffetnya, memang semua sedap-sedap dan harga sangat berbaloi. Nak makan menu set lunch dia, korang boleh cuba set claypot mereka, memang sedap.. nak makan buffet pun, korang boleh pilih samaada buffet Family tiap Sabtu atau buffet harian dia setiap hari bermula dari jam 12pm hingga 3pm.. pun meriah yaa.. 

Dan baru-baru ni sekali lagi Sis ke Thistle Johor Bahru untuk makan tengahari di sana bersama geng-geng blogger dari KL yang datang menginap di sana bersama Sunah juga. Dan kebetulan ini kali, bulan baru, Thistle Johor Bahru mempromosikan menu Selera Utara mereka dalam pakej Retro Buffet Lunch. 

[Baca Juga] : 

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Kalau dah nama pun Selera Utara, so maknanya tentulah menu-menu yang di hidangkan lebih kepada masakan orang Utara, so apa yang bermain dalam kepala korang? Kalau Sis, tentunya laa terbayang Laksa Penang, Pasembor dan juga Nasi Daging Sambal asam.. sedapnyaaa... Yaa apa yang Sis bayangkan, ternyata memang ada mereka sajikan. cuma menu-menunya akan di sajikan mengikut pusingan hari, harini mungkin ada Laksa Penang, esok menu lain plak, ikutlah nasib yaa.. 

Untuk menu 'main course' dia, Sis rasa ada lebih dari 20 pilihan menu juga laaa.. banyak pilihan dari hidangan ayam, daging, seafood dan juga nasi beserta daging. Tak lupa juga masakan panas mereka yang mereka panas-panas secara 'live' di sana. So memang kenyang lerr kalau makan di sana waktu lunch. 

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Antara menu yang di hidangkan adalah; Ayam Goreng Brempah Vanggey, Kari Kepala Ikan, Kambing Kurma Pelita, Telur Sotong Masak Kunyit Nasmir, Kambing Masala, Mee Rebus/Laksa Penang, Pasembor, Loh Hon Chai, Daging Rendang Naina dan banyak lagiiii... 

Suasana tempat makannya pun tenang-tenang aja, makan di sebelah kolam ikan dan pool gituu.. ruang pun luas, tidaklah korang berasak-asak amik makanan dan SOP terjaga. Yang penting jika korang sihat, korang datang makan, kalau tidak sihat, silalah duduk di rumah yaa.. mudah jer kannn.. 

Oh,ya.. untuk makan buffet ni, korang akan makan di Glass Restaurant mereka, dari lobby, korang kena turun ke bawah ikut tangga sebelah kiri kalau masuk dari pintu besar.. Takpe, nanti tanya ajer staff sana, korang akan di layan dengan begitu baik sekali. 

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap

Tengok tu apa Sis makan, paling banyak Sis makan Kambing Perap cecah sambal asam mereka dan Laksa Penangnya, sedap giloss.. rasa nak tambah jer tapi lupa pulak tengah diet hahahahaha wekkk ... Memang semua sedap-sedap, nak makan pun tak tau nak pilih mana, tapi sebab buffet, so kita makan perlahan-perlahan, makan sedikit tapi kenyang sampai malam hehehehe.. 

Pilihan dessert dan minuman mereka pun banyak, pilih jerr laa nak makan mana. Kalau korang nak tengok LEBIH BANYAK gambar menu hidangannya, korang boleh ke Facebook Page akusislin di bawah ni atau klik SINI untuk lihat kesemua senarai menu yang ada. 

Menu Selera Utara Di Thistle Johor Bahru Sedap-Sedap




So tunggu apalagi, buat tempahan meja korang sekarang, dan bawa kengkawan dan juga family korang makan di sini yaa.. 

Harga untuk buffet lunch ni adalah ; 
RM47nett Dewasa
RM37nett Warga Emas (60 and above)
RM27nett Kanak² (6 - 12 years old)

Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru
Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Untuk tempahan, korang contact:
📞 07-267 8999
📱 012-789 2092 (WhatsApp)
*Kindly make your booking in advance

Lihat video REEL IG akusislin --> SINI 


P/S: Keluar masuk makan hotel bukan di katakan 'kaya', tapi kita makan biar berbaloi dengan harga dan makannya.. tak gituuu..

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah, murahnya harga buffet tu. Kalau kat KL mau 100+ makan buffet kat hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ramai kata buffet di Johor ni murah ...

      Delete
  2. waduh menariknya semua menu tu

    ReplyDelete
  3. aku bangga dan suka dengan menu-menu buffet thistle tahun ni..semua sedap2..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sunah, dah berapa kali aku makan sini, menu mereka sedap-sedap semuanya...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment