RESEPI SIAKAP KENGSOM THAI DERHAKA

RESEPI SIAKAP KENGSOM THAI DERHAKA | MEMANG derhaka resepinya ni, tapi resepi siakap kengsom Thai ni sedap. Dah berapa kali masak pun, Sis tetap ikut resepi kengsom dari Che Nom ni. Cuma kali ni masak, banyak bahan yang takde. Kangkung takde, nanas takde, daun kesum pun takde. Yang ada dalam peti ais, tomato dan daun limau purut, bahan lain semua ada.. 

Tapi takpe, janji rasa kuah kengsom tu tetap ada. Sedap wooo, rasa masam-masam gitu kalau hirup pepanas. Sampaikan anak bujang Sis tanya, ni kengsom ke asam rebus Mak? hehehehe.. takpelah janji ini kali masak resepi siakap kengsom Thai derhaka ni tetap sedap juga hehehe.. 

Korang kalau nak resepi asal Siakap Kengsom Thai Che Nom ni, bolehlah ke sini yaa.. 

Resepi Siakap Kengsom Thai Derhaka

Resepi Siakap Kengsom Thai 

Bahan-bahan:
3 - 4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
6 - 7 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
1 inci lengkuas
2 batang serai
Beberapa helai daun limau purut
Air untuk kuah

1 ekor ikan siakap
2 sudu besar sos ikan Thai
Garam secukup rasa
Tambah gula melaka (jika suka)
2 buji tomato
2 biji limau nipis

Cara Penyediaan:
  • Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi (merah) dan cili merah.
  • Hiris nipis lengkuas, titik serai, potong limau dan perah jus (boleh ganti jus asam jawa).
  • Ikan siakap potong 4.
  • Kisar halus bahan potong kasar, nenas, belacan (boleh ganti perasa), dan air.

Cara-cara memasak:
  • Masuk bahan kisar halus dalam kuali, masukkan serai, daun limau purut dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit).
  • Tambah air untuk lebih berkuah (jangan banyak sangat takut cair). Masak sampai kuah mendidih.
  • Masukkan ikan (jangan kacau lebih-lebih takut hancur), dan tutup kejap.
  • Bila ikan dan masak, masukkan sos ikan dan garam cukup rasa (boleh tambah gula melaka jika suka manis). Rebus sikit lagi.
  • Bila semua dah masak, masukkan tomato, kemudian tutup api
  • Akhir sekali masukkan jus limau nipis

*Resepi atas ni, bahan dan cara yang Sis 'derhaka' guna.. resepi asal, ada link kat atas tu okay.. 

Resepi Siakap Kengsom Thai Derhaka

Makan pulak dengan sayur baby sawi ni (ye ke namanya), memang laaa bikin ratah ajerrr.. Sis dan Suami suka beno sayur ni.. kalau masak, kena lebih, memang akan ratah-ratah jer time makan nasi. Kadang masak sayur lain tak berapa laku, tapi masak sayur ni, comfirm licinnn..

Tapi jujurnya laaa kata, lama tak masak kengsom gitu, sekali masak, tak sangka, tiba malam habis semua ikannya.. dengan Suami pun nak makan memalam sebab terbau Sis panaskan lauknya hehehehe.. alhamdulilah.. sesekali dapur berasap, masak penuh kasih sayang, gituuuu.. 

Yaa laa time rajin masak, time tak rajin... Pom Pinnnn, tau-tau Foddpanda depan rumah hahahahaha.. 


P/S: Lagu raya sudah berkumandang... seronoknya berhari raya 😍

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Yaa macam asam rebus tapi dia Kengsom, menu femes di Kelantan

      Delete
  2. Resepi nampak senang je tu...leh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Arhhhh sedapnya klu dpt siakap stim.. :p

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Siakap Kengsom tu Lin, faveret Kak Sue tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, sesekali beli siakap masak gini, nikmatttt

      Delete
  5. Macam pernah makan.. tapi tak sure la pernah ke tak.. atau pernah mkn.. x pasti namo 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam asam rebus tapi lain Nona, cuma ni style derhaka sikit hehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment