SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT BLOGGER KU, MAT GEBU

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT BLOGGER KU, MAT GEBU | SIAPALAH yang tak kenal dengan Cik Mat Gebu kan, empunya blog Dapur Tanpa Sempadan berprofilekan mangkuk tingkat biru tu. Kalau di blog ramai mengenalinya dengan panggilan Mat Gebu, tapi bila di facebook, ramai kenali namanya dengan nama Adnan Ibrahim. Nama berbeza, tapi orangnya tetap sama. 

Sis mengenali Mat Gebu melalui dunia blogger ni haaa.. dari bloglah Sis mengenalinya hampir 15 tahun sudah. Perkenalan kami pun agak kelakar, kami kenal melalui ChatBox MsjBox di widget blog sidebar hahahaha.. duluu memasing blog ada ChatBox, so walau takde komen-komen atau blogwalking, tapi kami boleh chat melalui live MsjBox tu, kalau di ingat-ingat memang kelakar betul hahahaa..

Sampaikan sapa yang lupa bayar yuran MsjBox tu dah macam orang mengelupurr tak dapat masuk Chat sembang.. ramai dulu sekali online, padahal dalam chatbox jer.. tapi tu duluuuuu.. now dah takde dah orang nak letak chatbox dalam blog, buat semakk dan berat blog jerr.. kannnn.. 

Siapa blogger zaman 2008 dulu tu, haaa memang meriah laa MsjBox time tu.. kan Retna kann hahahaha 

Selamat Hari Lahir Sahabat Ku, Mat Gebu

Papan bertulis tu korang boleh tempah di A&A World .. 

Tak semua orang boleh jumpa dan kenal dengan lebih dekat dengannya. Rezeki Sis yang sekepala dengannya dan kami gila-gila sikit, makanya kami serasi bersama, sangat rendah diri orangnya, yang dah pernah jumpa atau kenal dia, mesti tau kan perbatasan kehidupan dia, bukan sembarangan punya orang yang ko boleh main sondol je, kena hormat pendirian dia dan jaga budi bahasa ketika dengannya, silap haribulan, engko tak jumpa jalan balik keluar Sedenak tu hahahaha...

Tapi bagi Sis, Mat Gebu sangat pemurah, baik hati, lemah lembut dan sopan santun dalam bicara dan hormat orang tua, susah nak jumpa orang macam dia tu, menjaga orang tua bagai menjaga nyawanya sendiri. Tahniah Mat..

Selamat hari lahir buat ko Mat. Aku doakan moga ko di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia dan ceria selalu bersama insan-insan yang ko sayang dan hidup ko sentiasa di rahmati Allah swt. Aku akan sentiasa ingat jasa baik ko sekeluarga dan akan ingat selalu ingat nasihat dan pesanan ko buat aku. Terima kasih Mat. 

Facebook : Adnan Ibrahim
Facebook Pages : Tiffinbiru Dot Com 
Instagram : Mat Gebu 


P/S: Mood agak kacau bila tengok video Yusof Haslam siang tadi menangis dalam Melodi, Allahuakbarr.. tersedu-sedu Sis nangis sekali, aku tak boleh arrrr kes macam ni 😭.... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. happy birthday to Mat Gebu..nak gi terjah jab blog dia.
    rezeki jugak tu bila dpt kawan yg boleh sekepala...
    sama....sedih sgt bila tgk seorang bapa sampai mengalirkan air mata sbb anak dia...
    :-(

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kannn, boleh order dengan A&A tu haaa Mar..

      Delete
  3. Hahaha hepi besday Mat!! Rindu btul zaman msjbox dl. Semua pun meriah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Retna, rindu betul zaman blogging dedulu kannnn

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment