TENGOK BOLEH TAPI JANGAN CIUM

TENGOK BOLEH TAPI JANGAN CIUM | TAJUK tu Sis lebih kepada fokus untuk Cucu Sis yang baru lahir. Yaa Khalish baru berusia 17 hari harini. Tengok baby memang geram, Sis sendiri pun kalau tengok Khalish tu rasa nak gigit-gigit gomol pipi dia tapi jujurnya Sis sendiri pun jarang sekali cium pipi Cucu Sis, kalau geram pun, Sis hanya cium tangannya aja. 

Bukanlah terlalu cerewet atau terlalu secure sangat tapi kes pernah berlaku yaa, bayi 18 hari maut akibat perbuatan mencium mulut bayi, so kita kena alert laa, jangan ingat tidak ada bahayanya mencium bayi ni. Dah ada cucu sendiri ni, lagi laa nak berjaga-jaga, selama ni baca ajer kes orang luar. Tapi bila di rumah sendiri dah ada bayi, so Sis kenalah amik kesah hal ini. 

Tapi terima kasih juga pada kengkawan Sis dan juga anak Sis yang datang melawat Khalish, mereka faham dan peka tentang hal ini. Rata-rata mereka datang hanya tengok aja. Kalau ada yang dukung pun, mereka tau laa nak sanitise dan cuci tangan dulu. Tu pun hanya sorang dua jer setakat ni yang nak dukung. Terima kasih sangat-sangat sebab memahami. 

Yana sendiri pun kadang Sis marah dia asyik cium-cium anak dia. Bukannya apa, kita mengelak, sebelum terkena kan. 

Tengok Boleh Tapi Jangan Cium

Kalau Tak Mahu 3 Virus Ini Terkena Pada Bayi, JANGAN Biar Mereka Dicium Sesuka Hati!

Semua bayi dilahirkan comel, tu yang kadang-kadang kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menyentuh dan mencium bayi. Malangnya, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan cium anak sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mereka, terutamanya bayi yang baru lahir.

Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka. Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi.

Suka cium anak? Fikir dulu tentang mudaratnya!

Siapa sangka, tabiat cium anak boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit. Sebagai ibu bapa, hati-hati jika orang lain bertindak mencium anak kita. Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium pada bahagian bibirnya: 

Tengok Boleh Tapi Jangan Cium

1. Mononucleosis (“Penyakit mencium” atau “Mono”) :

Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui ciuman. Sebab itulah, korang perlu hati-hati dan jangan biarkan orang lain cium anak sesuka hati!

Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti, bukan hanya melalui ciuman semata-mata. Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
  • Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
  • Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)

Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas. 

2. Virus kayap bunga (HSV) :

Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:
  • Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
  • Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).

Jika korang atau orang lain cium anak pada kawasan mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.

Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa. Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).

3. Cium anak sebabkan pereputan gigi awal :

Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka. Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan daripada meniup makanan bayi mereka kerana ini juga adalah cara pemindahan air liur. Jangan benarkan orang lain cium anak juga ya!

Tengok Boleh Tapi Jangan Cium

Kadang hal gini kita tak jangka, elak macam mana pun kadang, kalau nak kena, terkena juga, so berhati-hati ajer laa yang utama. Yang pasti, kita tau akan bahaya dan perkara-perkara yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi itu. Janganlah nanti ada yang kata kita ni sebagai ibu bapa atau nenek dan datuk terlalu 'mengada-ngada' pulak.. anak/cucu kita, so kita ada hak ke atas peringatan itu kann.. 

Siapa nak datang melawat, memang di alukan, tetamu tu bawa rezeki, cuma perlu tau je laa apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sis lagi suka orang datang rumah Sis tau, at least ada gak geng borak setelah lama tak jumpa 'orang-orang' di luar sana hahahaha.. cuma, nak datang bagitau awal-awal, kalau tidak, Sis hidang air kotak dan kerepek pisang ajer laa yaaa hehehehe.. 


P/S : Alhamdulilah, murah rezeki Khalish, ramai kawan Yana dan Sis datang bawa hadiah untuk Khalish.. sian Nenek takde sapa nak bagi hadiah hahahahaha ...

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lagi-lagi sekarang ni banyak virus yang sentiasa berkeliaran kan...covid pun masih ada kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, now ada wabak juga Mama, kata Misi KK, wabak berjangkit campak dan influenza tu laa.. banyak tempat kena banci sebab ramai tak amik vaksin katanya..

      Delete
  2. Betul sangat tu sis lin. Tambah baby ni masih lagi fragile. Namun tak semua yg peka.dengan hal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa, kita sekadar berjaga-jaga, nanti yang dapat susah ibu bapa si bayi .. tapi terima kasih juga bagi yang faham ..

      Delete
  3. Betul tu sis, pulak-pulak zaman sekarang zaman penuh dengan wabak kan..semoga baby Khalish membesar dalam keadaan sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Misi KK pun pesan, now banyak kes influenza naik mendadak dengan wabak demam campak Minn.. ngisauuuu

      Delete
  4. Kami pasangan Childless. Tapi kami cukup faham bab 'anak'. Kalau melawat baby baru lahir, kami datang keadaan kami sihat. Mandi2 bersiap dari rumah direct ke tempat baby. Takde singgah2 mana2 dulu sbb takut tempat ramai org byk virus kn. Kami tak dukung baby melainkan parentsnya yang suruh. Takde cium2 baby. Sekadar dukung. Hatta kami sebelum dukung anak sedara kecik2 pun, sy mandi dulu bila sampai dari mana2.. Sebab tu anak orang. Kalau sakit, yang susah nk menjaga adalah ibu bapa nya. Bkan kta.anak2 kesayangan mak ayah mereka. Susah payah mereka nk lindungi si kecil mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.. terima kasih sangat memahami hal ini Han..
      Rata-rata kawan Sis semuanya faham, tidaklah membimbangkan, tapi tu laa kita cuba mencegah, sebelum parah .. kesian kat Mak Paknya je kalau anak sakit..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment