HUJUNG MINGGU BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI JEPUN IKAN BAKAR JB

Sis Lin
4
HUJUNG MINGGU BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI JEPUN IKAN BAKAR JB | ALHAMDULILAH harini badan rasa sihat sikit berbanding semalam, terima kasih yang bertanyakan kesihatan Sis. Bila badan tak sihat, jangan kata nak bukak 'opis' dan baca blog orang jer, nak masak pun takde mood. Nasiblah ada anak bujang tu, so semalam dia beli ajer makanan untuk berbuka. 

Ni pun rasa lembik jerr badan, tapi takde laa macam semalam, ubat still makan, dan so far Sis okay lagi ni.. kalau boleh nak sihat, nak terus beribadah 10 malam terakhir ramadan ni, janganlah sakit, jika keuzuran (wanita) tu biasalah tapi masih lagi boleh buat perkara-perkara sunatnya, tapi kalau dah sakit terlantar, nak bukak mata pun seksaa.. huhuhu..

Korang pula macam mana? Sihat? Moga semuanya baik-baik aja yaa.. Sis tengok kemain meriah juga menu-menu berbuka korang yaa.. seronok tengok berkumpul berbuka puasa bersama keluarga kan?. Alhamdulilah .. 

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Hujung minggu baru ni Sis memang agak sibuk, sampaikan 3 hari jugalah tak update blog, sebab anak Sis,Kakak di KL tu balik JB. So memang bila Kakaknya balik, banyaklah aktiviti yang di rancang sepanjang 3 hari dia di JB. Sampaikan Yana pun duk datang datang rumah lepak dan berbuka sama di rumah. Cuma pada hari Sabtu, barulah kami sekeluarga dapat berbuka puasa di luar. 

Alhamdulilah, kali ni cukup semua Sis sekeluarga dapat berbuka puasa. Menantu dan Cucu juga ada sama, meriah suasana walau tidaklah sebesar mana keluarga kami. Plan berbuka puasa di Jepun Ikan Bakar Jb ni pun, Yana yang cadangkan. Yang Ayahnya macam tak berapa suka tapi sebab Yana dah booking so kami ikut ajalah. 

Kebetulan Yana kenal rapat dengan owner Restoran Jepun Ikan Bakar ni. 

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Sis pun pestime juga datang makan di sini. Dulu restoran ni Restoran Anjung Warisan, now dah di amik alih mungkin, so bertukar ke restoran Jepun Ikan Bakar. Tapi apa kena mengena dengan Jepun ekk??.. masuk dalam konsep Melayu ajerr, ada makan di meja, nak makan bersila pun ada. 

Kami booking awal dan terus masuk order sesiap, amik menu set COMBO untuk 6pax yang berhaga RM399. So tak payah dah nak order apa-apa kecuali korang nak order menu tambahan (add-on), tapi bagi Sis sekeluarga semua menu tu dah cukup banyak dan mengenyangkan dah.. 

Tempat pun selesa, cuma time tu agak fullhouse so dapat meja belakang. Nasib ada kipas, so cucu takde laa meragam panas, biasalah ada budak kecikkan, makan pun susah nak sampai ke tulang hahahaha.. 

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Hujung Minggu Berbuka Puasa Bersama Keluarga Di Jepun Ikan Bakar JB

Menu set COMBO 6pax tu ada menu; Nasi putih, Ikan Siakap Bakar 2 ekor (boleh pilih nak masak lain), Tomyum Gong, Kailan Ikan Asin, Udang Salted Egg, Sotong Goreng Tepung, Lala Masak Sambal dan juga Telur Bistik. Air tak termasuk dalam pakej. Tapi size portion dia memang besar yaa.. sangat-sangat cukup dan muai makan berenam tu. 

Cuma satu je yang Sis frust.. ye laa kata ikan bakar sambal kan, tapi bila dapat ke meja, ermmm kenapalah pucat beno sambal tu.. macam takde sambal pun yaa.. ke memang style bakar jepun macam ni? Entahlah.. Sis tengok gambar promo kemain merah sambal di curah atasnya, tapi bila dah cuba ni, ermmm tengok gambar jerr korang dah tau macam mana kann huhuhu.. nasib baik rasa okay.. 

Takat nak cuba bolehlah.. sesekali kan, sebab harga boleh tahan mahal, tapi seafood dia serius Sis cakap, segar dan size besar udang dan sotongnya, memang puas makan.. 

Waktu Operasi seawal 1.00 ptg hingga 10.00 mlm (Isnin Cuti) 
Waze aja Jepun ikan bakar @ anjung warisan tree top
Jkr 296A JALAN PETRI JB


P/S : Alhamdulilah, banyak urusan dah settle bila Kakak balik, moga Allah permudahkan semuanya nanti.. aamiinn.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah..meriah bila berbuka ramai2 kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann bukan selalu, beza suasana berbuka dengan tidak..

      Delete
  2. seronok dapat berkumpul anak beranak ek.Nak-nak bulan puasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Eda.. si Kakak tu bukan senang nak balik..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!