Kalau hari pertama perasmian RDOD 2025 lebih kepada vibe makan-makan dan chill, hari kedua ini pula penuh dengan nature, culture dan sedikit culinary adventure yang buat Sis rasa macam “wow… bestnya!”. Jujur Sis kata, hari kedua ini memang bagi mood healing yang Sis tak jangka.
Psttt… betul tekaan kami bertiga, kami akan naik boat ha³ !..
Pagi tu, kami bergerak ke Kampung Sungai Melayu naik bas, satu tempat yang memang terkenal dengan suasana kampung tepi sungai yang tenang dan hutan bakau yang cantik. Dari mula turun bas, Sis dah rasa vibe kampung yang damai angin lembut, bau sungai, bunyi burung… memang rasa macam escape dari bandar walaupun dekat je dari JB.
Lepas briefing, kami naik bot untuk menyusuri sungai. Yang ni paling Sis suka! Angin pagi sejuk, arus air tenang, kiri kanan penuh pokok bakau, rasa macam terapi. Atas boat pun layan view terus rasa jiwa lapang. Memasing jakun ekk naik boat memekak terjerit-jerit semua, paling happening boat kami laaa ha³!!.
Boat guide tu pun banyak cerita pasal ekosistem bakau, sejarah kampung, dan cara hidup komuniti sini. Kami suka moment macam ni… simple tapi penuh makna. Ada vibe yang buat Sis lebih menghargai nature dan budaya setempat.


Malamnya pula masuk part food, of course ini part yang Sis memang tunggu-tunggu. Kebetulan Renaissance Johor Bahru Hotel sedang promo festive weekend bufet dinner, so dapatlah kami menikmatinya. Puas makan durian fresh okkayy!.
Secara keseluruhan, hari kedua Renaissance Day of Discovery 2025 ni memang pengalaman yang Sis takkan lupa. Dari boat ride yang calming, pemandangan bakau yang cantik, culinary experience yang sedap dan penuh kepuasan, semuanya lengkap dalam satu hari yang penuh discovery.
Sis rasa bersyukur dapat join program ini sebab ia buka mata Sis untuk lihat sisi Johor yang lebih dekat dengan alam dan budaya. RDOD bukan sekadar event, tapi satu journey yang gabungkan nature, culture dan food dalam cara yang sangat santai, authentic dan menyeronokkan.
Sis rasa bersyukur dapat join program ini sebab ia buka mata Sis untuk lihat sisi Johor yang lebih dekat dengan alam dan budaya. RDOD bukan sekadar event, tapi satu journey yang gabungkan nature, culture dan food dalam cara yang sangat santai, authentic dan menyeronokkan.
Tak sangka malam tu tiba-tiba ehhh ada kek birthday Sis. Aduii kira advanve birthday malam tu. Malu tak malu, kek dah depan mata, layankan aja laaa lagu birthday dan tiuplah lin tu. Thanks semua yang meraikannya pada malam itu.
Thank you Renaissance Johor Bahru Hotel, untuk satu hari yang penuh vibe cantik dan memori indah. Okayy tunggu update untuk hari seterusnya yaa!.
Thank you Renaissance Johor Bahru Hotel, untuk satu hari yang penuh vibe cantik dan memori indah. Okayy tunggu update untuk hari seterusnya yaa!.
Video IG REEL : akusislin
Photo kredit : Renaissance Johor Bahru Hotel
P/S : Rindu kawan-kawan media semua tu! Semua sporting!! ..














Bestnyaaa!
ReplyDeleteMeriahnya kak... best la tengok aktiviti-aktivitinya tu
ReplyDelete