BUFET RAMADAN 2026 - GEMPITA RAMADAN DI CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

BUFET RAMADAN 2026 - GEMPITA RAMADAN DI CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

0
BUFET RAMADAN 2026 - GEMPITA RAMADAN DI CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Setiap kali masuk bulan Ramadan, antara perkara paling seronok mestilah bab mencari lokasi bufet Ramadan terbaik kan? Lagi-lagi untuk kita yang duduk sekitar Johor Bahru ni, memang banyak pilihan. 

Tapi ada satu tempat yang dari tahun ke tahun tak pernah mengecewakan Sis, iaitu Bufet Ramadan di Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Untuk tahun 2026 ni, Renaissance Johor Bahru tampil lagi dengan tema cukup meriah iaitu “Gempita Ramadan”. Nama pun dah gempita, mestilah hidangan dia pun luar biasa!.

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Lebih 300 Jenis Menu Sepanjang Ramadan!

Bayangkan ya, sepanjang bulan Ramadan nanti, Café BLD akan menyajikan lebih daripada 300 jenis menu secara bergilir-gilir. Memang terjelir lidah dibuatnya! Dari hidangan tradisional Melayu, masakan kampung, menu ala barat, masakan panas, pencuci mulut, sampailah ke aneka gerai live cooking, semuanya ada.

Apa yang bestnya di Renaissance JB ni, kualiti makanan dia memang terjaga. Rasa pun konsisten sedap. Sesuai sangat kalau nak bawa keluarga besar, kawan-kawan pejabat, atau buat gathering company berbuka puasa.

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Penampilan Istimewa Chef Selebriti & Influencer Dapur

Sama macam tahun lepas, Bufet Ramadan 2026 di Renaissance Johor Bahru kali ini juga menampilkan kelainan dan penampilan istimewa. Haa… bukan selalu tau dapat rasa air tangan selebriti secara eksklusif macam ni. Bukan itu sahaja, korang boleh bergambar dengan mereka. 

Inilah antara tarikan utama yang buat bufet Ramadan di Café BLD sentiasa jadi tumpuan orang ramai setiap tahun. Setiap hujung minggu akan ada penampilan khas daripada: 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

• Chef selebriti terkenal Sheila Rusly dengan menu signature beliau iaitu Satay Lilit Janda Mengamuk 

Satay Lilitnya di makan dengan Sambal Mantah, boleh di makan begitu sahaja atau korang boleh makan dengan nasi. Bagi Sis makan begitu aja dah sedap! Terasa vibes Bali gituhhh .. 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

• KOL/influencer dapur tular Zam Akmal dengan hidangan popularnya Manja-Manja Spicy Glass Noodle

Lama kepingin nak makan Glass Noodle Zam ni sebab dia selalu open order di IG dia. Tapi nak delivery ke Johor memang tak laa kan! So akhirnya dapat juga merasanya. Sedap di tekak Sis. Lagi pedas lagi sedap!!. 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Antara Menu Highlight Yang Wajib Cuba!

Sis dah mencuba sendiri antara menu yang bakal dihidangkan, memang buat perut terus lapar! Antara hidangan utama yang confirm jadi pilihan ramai nanti ialah:

Gulai Daging Tetel Nangka Muda
Ayam Goreng Berlado Hijau
Kambing Rendang Cili Padi
Kerutuk Daging
Udang Masak Tempoyak
Paru Garing Berlado Merah
Nasi Beriani Ayam & Kambing
Udang Galah Goreng Berempah

Dan banyak lagilah menu lain yang tak larat nak sebut satu-satu. Pendek kata, dari lauk kampung sampailah menu hotel mewah, semuanya lengkap tersedia. 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Yang paling Sis tak boleh move on, mestilah Udang Galah Goreng Berempah dia! Bukan biasa-biasa tau. Udang galah dia BESAR sungguh, siap Sis boleh bergurau cakap dengan kawan “size dia sebesar tangan cucu aku!” Memang puas makan!

Selain itu, pelbagai pilihan gerai seperti kambing bakar, sate, mi dan pasta, sup-sup panas, kuih-muih tradisional, kek, dessert moden dan macam-macam lagilah. Sesuai sangat untuk semua peringkat umur.

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan “Gempita Ramadan” 2026 - HALAL
Tarikh: 19 Februari – 20 Mac 2026
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Lokasi: Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Harga Bufet Ramadan ; 
RM198 nett – Dewasa
RM99 nett – Kanak-kanak

📌 Promosi Early Bird sedang berlangsung sehingga 15 Februari 2026
➡️ Beli 10 baucer, PERCUMA 1 baucer!. 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Selain itu ada juga diskaun menarik seperti:
Diskaun 15% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
Diskaun 10% untuk ahli Marriott Bonvoy
Diskaun 10% untuk pemegang kad Maybank & Standard Chartered

Memang banyak cara untuk berjimat. Jadi Sis sarankan, kalau dah tahu nak datang ramai-ramai, elok beli baucer awal siap-siap.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan ;
📲 WhatsApp: +6017-7713327
☎️ Telefon: +607-3813322

Jangan tunggu last minute ya, sebab bufet Ramadan di Renaissance Johor Bahru ni memang cepat penuh setiap tahun. 

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Bufet Ramadan 2026 : ‘Gempita Ramadan’ di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel – Pilihan Wajib Buka Puasa!

Surau juga ada di sediakan di tingkat 3. 

Gambar-gambar menu : facebook pages akusislin
Video IG REEL : akusislin
Video TikTok : @akusislin  

Secara jujurnya, bagi Sis, Bufet Ramadan Gempita Ramadan di Café BLD Renaissance Johor Bahru Hotel memang antara pilihan terbaik di Johor Bahru. Pilihan menu banyak, rasa sedap, suasana selesa dan sesuai untuk semua.

Kalau Sis sendiri, memang dah masukkan dalam list tempat berbuka puasa wajib pergi tahun 2026 ni. Jadi untuk korang yang masih tercari-cari lokasi bufet Ramadan di JB, bolehlah singgah ke Café BLD sebagai destinasi berbuka nanti okk. 


P/S : Tahun ni ada rezeki nak bawa Suami berbuka puasa di sini, inshaallah … 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top