SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN

SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN

11
SLOW LIVING WEEKEND ROUTINE YANG MENENANGKAN. Ada kawan tanya dalam wasap, ‘Tak keluar ke Sis Lin?’. Entahlah, malas nak bersiap sebenarnya. Semakin meningkat usia… Sis perlukan lebih ruang untuk diri sendiri. 

Weekend pun dah tak terlalu fikir nak keluar tempat sesak atau penuh aktiviti. Kadang duduk rumah pun dah cukup buat hati rasa recharge balik. Kecuali kalau Suami Sis ada. Memang kami tak duduk rumah. Tapi kalau sendirian, Sis lebih seronok duduk rumah. 

Slow Living Weekend Routine Yang Menenangkan

Pagi-pagi bangun perlahan, buka langsir rumah sambil hirup udara pagi memang nikmat yang susah nak explain. Lepas siap buat kerja rumah mana yang patut, Sis suka ambil masa duduk santai tengok Netflix sambil sarapan. 

Dalam masa sama, Sis cuba isi hujung minggu dengan benda yang menenangkan jiwa juga. Sekarang ni seronok masuk kelas agama online. Ada masa terluang Sis banyak membaca. Ada beberapa buah buku yang Suami belikan, belum habis Sis baca lagi. 

Slow Living Weekend Routine Yang Menenangkan

Petang pula kalau ada masa, Sis suka keluar briskwalk lagi. Tak kisah jauh mana, asalkan dapat jalan sambil hirup udara segar dan tenangkan fikiran. Ada hari jalan sambil fikir tentang hidup, ada hari cuma menikmati suasana saja.

Slow living bagi Sis bukan malas atau tak produktif. Tapi belajar menikmati hidup tanpa terlalu memaksa diri. Belajar hargai rumah sendiri, masa dengan diri sendiri, kesihatan dan ketenangan yang dulu mungkin kita selalu terlepas pandang.

Kadang bahagia itu bukan tentang tempat mahal atau hidup yang sempurna. Tapi bila hati rasa tenang dengan kehidupan yang sederhana. 


P/S : Tekak rasa nak makan Rojak Petis!
Tags

Post a Comment

11 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Saya pun suka cara gini.. santai nyaman.. x memenatkan badan dan otak... paling paling jalan gerakkan otot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sodep.. dulu banyak masa di luar, terkejar sana sini, now lebih suka slow living dan duduk rumah aja

      Delete
  2. Life kalau tak complicated memang menyenangkn. Lagi2 bila kita penuh dgn rasa cukup. Alhamdulilah tenang ajer life. Janji takde drama haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tepat Cuya.. jangan over thinking dan relax aja..

      Delete
  3. Cantik ruang tv ada lampu mcm tu. Betul, slow living tu lebih kepada rebuild life yg tenang2 dan buat hobi yg dah lama tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ruang di rumah main peranan juga mood kita duduk rumah kan..

      Delete
  4. Ako plak kalau ada RM , suka jalan² hehee tp kalau takde berkurung he la dalam bilik. Kadang bosan gak tp kita dok dendiam je la kan klu takde duit tu hahaha.

    Nak buka laptop lagi la malas. Memang layan kdrama kat hp sambil baring².

    Eh tolong tkrkan skin blog ako muahahaha :D #tiber😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dulu selalu gak buat camtu, tapi itu lerr kata, now duit ada ke takde ke, lebih suka duduk rumah aja.. malas nak bersiap ko hahahaha..

      Ooo boleh, lepas balik dari terbang yaa hahahaha

      Delete
  5. Best kak, kadang kita memng rasa nak rehat je kat rumah, macam dana kalau sabtu tu balik hd memang malas nk keluar duduk rumah layan tiktok layan netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ada masa lebih suka habis masa di luar, ada masa lebih selesa di rumah aja ...

      Delete
  6. Saya suka duduk rumah je. Sebab tak ada pitih bak kata Kak Retna 'berkurung dalam bilik'

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top