DAH BESAR CUCU-CUCU NENEK. Rasanya lama tak update cerita cucu-cucu Sis kan? Maklumlah Neneknya pun sibuk. Sejak dah tak menjaga Cucu ni, memang penuh aktiviti Sis, so jarang juga jumpa Cucu, kecuali kalau hujung minggu, Sis dan Suami pergi ziarah anak-anak dan sekali jumpa Cucu.
Alaa zaman sekarang jangan berkira sangatlah kita sebagai orang tua datang cari Cucu atau datang ke rumah anak. Kita pun kena faham, hujung minggu tu laa masa untuk anak berehat di rumah settlekan kerja rumah, lagi pula kalau keduanya sama bekerja kan?. Jadi selalunya Sis dan Suami yang akan datang singgah ke rumah anak sekejap dan jumpa Cucu-Cucu Sis.
![]() |
| Khalish dah 3 tahun |
Cuma kadang Cucu yang di Bukit Indah tu je laa jauh sedikit dan Sis jarang ke sana berjumpa, memang tunggu anak menantu balik ke rumah baru dapat bermain dengan Cucu tu. Tapi dalam group wasap, haa penuhlah dengan video dan gambar Cucu Ibu dan Ayahnya hantar hihihi..
Dua-dua dah besar, Khalish dah umur 3 tahun dan Amsyar pula dah 6 bulan, sekejap semua dah membesar. Khalish mulut dah pandai betah bercakap, ada jerr cakapnya. Mana taknya, seumur setahun dah masuk sekolah. Amsyar pula dah mula nak merangkak dan mulut pun agak bising, pantang di agahnya, cepat dia gelakk tersengehhh hahahaha..
![]() |
| Amsyar dah 6 bulan |
Bulan Januari tahun depan keduanya akan sambut birthday yang sama, cuma tarikh aja berbeza. Datuknya dah plan nak sambut birthday Cucu-Cucunya nanti, inshaallah moga Datuk terus sihat yaa, kita sambut birthday sesama.
Sis anaknya 3 orang, 2 perempuan, dan seorang lelaki (bongsu) Semua dah mendirikan rumahtangga. Khalish 3 tahun Cucu dari anak Sis no2 (perempuan), dan Amsyar cucu dari anak lelaki Sis bongsu. Cuma anak yang sulung belum ada rezeki. Sebagai ibu bapa, Sis tak pernah tanya mengenai zuriat mereka, biarlah mereka plan sendiri. Lagipun, semuanya urusan Allah.
Dah ada 2 orang Cucu ni pun dah cukup bahagia. Kami sekeluarga kalau berkumpul, riuh rumah di buatnya, walau kami tak ramai.. Moag Allah lanjutkan usia kami berdua suami isteri untuk terus menikmati kebahagiaan bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu semua..
U'izukaa bikalimaatillaahit-tammah, min kulli syaithanin wa hammah, wa min kulli ‘ainin lammah. "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat
Dalam usia cecah 50an (Sis) dan 60an (Suami), takde apa yang lebih mengembirakan, selain dapat bersama anak-anak dan masih bersama dalam menempuh alam perkahwinan ini.. ujian, dugaan silih berganti, tapi sentiasa mensyukuri nikmat..
P/S : Korang dah berapa orang cucu? hihihi..



Post ler gambar Khalish dgn Amsyar pakai baju yang kiteorg hadiahkan tu hihi. Nak tengok anak sendiri pakai, takde anak kecik dah sbb kilang dah buat clearance sale 🤣
ReplyDeleteDah bagitau Mak-Maknya, nanti dah pakai amik gambar hahaha.. kadang susah nak jumpa berdua sama..
DeleteAlhamdulillah, sihat & membesar dgn baik kedua² cucu sis 🤲🏻
ReplyDeletePH cucu saudara ada la, belas² orang dah 😁
Yaa PH, sekejap dah besar semua.. makin riuh rumah raya nanti...
DeleteCucu ako eh haha kejap nak kira..
ReplyDelete1..2...3 eh mcm tak terkira dah cucu-cucu ako ni🤪
Semoga khalish dan Amsyar membesar bagai Johan ye..
Ok nanti next time 'nanny Nina' bawa toys lain plak ye 🤣🤣
Psstt comel kan 'nanny Nina' 🤣🤣😝
DeleteHahahaha rameiinyaa cucu Nina ekkkk..
DeleteNext time dah boleh jalan, dah boleh kejar nany Nina dah hahahaha
Nak juga gelaran Nanny ekkk hahahahaha
DeleteUncle shai datang tengok cucu sis lin. Semoga ada rezeki lepas ni nak jumpa anak amat tu. dengan ucapan buat birthday party jangan lupa jemput. ha ha ha
ReplyDeleteHahaha tunggu tahun depan yaa Shai.. inshaallah
DeleteAlhamdulillah, sekejap betul masa berlalu kan Sis.. Tengok-tengok Khalish dah pandai bercakap, Amsyar pun dah mula nak merangkak. Comel sangat dua-dua ni! Semoga kedua-dua cucu Sis Lin sentiasa sihat dan membesar dengan bijak. Seronok Datuk dah start plan nak sambut birthday dorang tahun depan
ReplyDeleteKann SA, tau-tau dah besar.. aamiinn.. makaseh SA mendoakan cucu-cucu Sis
DeleteSy pun rindu jgk dgn gelagat cucu2 sedara yang belum dpt kaki & baru dpt kaki dkt kg tu =D
ReplyDeleteTime tu lagi laa meriah, masih sedap di gomol kannnnn
Deleteammi dah ada 18 cucu saudara. Semua ni daripada belah suami ammi sebab adik beradik dia pun dah 12 orang ahaks.
ReplyDeletesemoga anak sulung Sis dikurniakan zuriat. Pernah rasa keadaan yang kahwin sampai 4 tahun takde anak...sedih je tiap kali period. Mudah-mudahan Allah percepatkan untuknya
Inshaallah.. mudah-mudahan Ammi.. makaseh mendoakannya
DeleteAlhamdulillah..besar dah cucu nenek. 2 dah cucunya. SisLin eorang ibu dan nenek yang memahami.
ReplyDeleteYaa Fiza, dah 2 orang cucu Sis dah, alhamdulilah
DeleteComel2 semua cucu sis lin. Cie pun dah ada cucu tapi cucu anak saudara la. Anak2 saudara Cie dah ada anak. Jadi la nenek dah 😁
ReplyDeleteAlhamdulilah.. jadilah kann, Sis pun ramai cucu sedara, moyang dah ni hahahaha
DeleteSaya pikir amsyar itu cucu kak Lin yg perempuan, ternyata lelaki yaaa 😅😅😅.maaflaaah, aunty fanny nih mata memang susah sikit membedakan 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteKalau dari keturunan langsung belum adalah cucu. Tp kalau dari pihak sepupu, dah ada keponakan saya yg sudah menikah dan punya anak. JD cucu lah buat saya 😄😄. Ada 4 semua. Dah dipanggil Uci (nenek) juga 😅
Alhamdulillah.. Comel-comel cucu Sis Lin..
ReplyDeleteSemoga semuanya membesar dengan sihat..