TADABBUR SURAH AL-ANBIYA' AYAT 20, 21 DAN 22. Renungan mendalam bagi Surah Al-Anbiya ayat 20 hingga 22, yang merangkumi bukti kekuasaan Allah SWT, kehancuran logik syirik, dan dalil keesaanNya. Ayat ini mengajar kita tentang sifat ketaatan malaikat yang tidak kenal penat, kelemahan objek yang disembah selain Allah, dan kemustahilan wujud lebih daripada satu Tuhan yang mentadbir alam
Ayat 20: Ketaatan Malaikat : Mereka (para malaikat) bertasbih tidak henti-hentinya malam dan siang dan mereka tidak pernah merasa letih. (Surah Al-Anbiyaa' 21:20)
Ibadah Tanpa Jemu : Ibadah tanpa jemu: Malaikat sentiasa beribadah tanpa pernah rasa penat atau bosan, diumpamakan seperti keperluan bernafas. Ini adalah satu bentuk tamparan buat manusia yang sering culas, malas, atau mudah bosan dalam melakukan ibadah wajib seperti solat.
Bukti keagungan Allah: Kewujudan makhluk yang taat secara konsisten ini membuktikan Allah tidak berhajat kepada ibadah manusia, sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah
Ayat 21: Kebodohan Menyembah Sesuatu Selain Allah : "Atau adakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang yang mati)?" (Surah Al-Anbiya: 21)
Sanggahan terhadap kesyirikan: Allah menegur sikap manusia yang menyembah objek atau makhluk yang dicipta daripada bumi (seperti patung berhala, pokok, atau manusia)
Tuhan yang hakiki berkuasa menghidupkan: Benda mati tidak berupaya mencipta atau menghidupkan semula yang mati. Maka, adalah sangat tidak rasional menuhankan sesuatu yang jauh lebih lemah daripada diri manusia sendiri.
Ayat 22: Dalil 'Aqli Keesaan Allah (Burhan al-Tamanu') : "Kalaulah ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, daripada apa yang mereka sifatkan." (Surah Al-Anbiya: 22)
Hujah akal (Burhan Aqli) : Jika terdapat lebih daripada satu Tuhan, pastinya pentadbiran alam akan kucar-kacir akibat pertembungan kuasa dan kehendak yang berbeza. Keteraturan alam semesta ini menjadi bukti kukuh bahawa Pentadbirnya Hanyalah Satu (Esa).
Pembersihan sifat Allah : Mensucikan Allah daripada sebarang sekutu, anak, atau sifat-sifat yang tidak layak bagi keagungan-Nya
Kesimpulan & Pengajaran Utama :
Tiada ruang untuk syirik: Tauhid (mengesakan Allah) adalah fitrah yang disokong oleh logik akal.Keperluan muhasabah diri: Sentiasa memperbaharui niat agar kita tidak merasa penat atau berat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah
Untuk memperkuat keterangan bahwa Allah Mahasuci dari sifat-sifat yang tidak layak bagi Tuhan, maka dalam ayat ini Allah menyebutkan kekuasaanNya yang mutlak atas segala makhlukNya, sehingga tidak seorang pun berwenang untuk menanyakan, memeriksa atau meminta pertanggung jawabanNya atas setiap perbuatannya. Bahkan ditegaskan, bahwa manusialah yang akan diminta pertanggungjawabannya atas setiap perbuatannya.
Hal ini disebabkan Allah-lah Hakim dan Penguasa yang sebenarnya. Allah menciptakan segala sesuatu senantiasa berdasarkan ilmu dan hikmahNya yang tinggi, serta kasih sayang dan keadilanNya kepada hambaNya.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmus sholihat. Harini Khamis memang lambat Sis bersiaran update blog. Selasa dan Khamis Sis ada kelas tadabbur fizikal. Selasa di Bandar Seri alam (selain bergilir di rumah Sis), dan Khamis pula Sis ke Eko Botanic.
Harini minta izin guna kereta Suami nak bawa kengkawan yang berhajat nak join kelas. Moga sedikit sebanyak Suami dapat juga pahala bagi pakai kereta dia harini bawa kengkawan ke kelas tadabbur, alhamdulilah ..
Dan harini juga, Sis rasa happy, sebab ada beberapa orang sahabat dari Bukit Indah juga join kelas pagi ini. Nampak mereka fokus dan suka dengan Ustazah Wan Jah. Inshaallah next kelas jika dengan izinNya, mereka nak join lagi. Inshaallah ..
Pagi ni kami di hidangkan dengan cucur udang, cucur udang geragau, juga cekodok pisang dan serawa durian, mashaallah sungguhlah nikmat yang Allah beri sangat nikmat tanpa usaha kami. Terima kasih tuan rumah, moga dimirahkan rezekinya selalu..
P/S : Harini tak tau nak masak apa ni.. perut masih kenyang.. mata layuu .. 😒





Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.