Bersempena pembukaan yang bakal berlangsung, ST Rosyam Mart hari ini melancarkan inisiatif "Misi Menawan Tampoi", sebuah inisiatif berteraskan komuniti yang bertujuan menawan hati pengguna di Tampoi sambil membangkitkan keterujaan menerusi pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan aktiviti yang mengujakan.
Pasar raya borong dan runcit 24 jam yang bakal dibuka ini merupakan satu pencapaian penting buat ST Rosyam Mart apabila Tampoi menjadi cawangan ke-10 nya serta cawangan pertama di Johor dan wilayah Selatan. Dengan keluasan kira-kira 70,000 kaki persegi, ia juga bakal menjadi ST Rosyam Mart terbesar setakat ini serta pasar raya ketiga syarikat yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.
Pasar raya ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap merangkumi hasil segar, daging dan makanan laut berkualiti, barangan keperluan harian, produk isi rumah, produk jenama selebriti serta barangan runcit secara pukal pada harga borong, disertakan dengan lebih daripada 20 perkhidmatan pelanggan percuma.
Majlis pra-pelancaran yang berlangsung di Grand Paragon Hotel hari ini menghimpunkan wakil pemaju Paragon Market Place, Polis Kampung Melayu Majidee, ahli majlis Majlis Bandar Raya Johor Bahru, ketua-ketua kampung, wakil rumah ibadat, para peniaga Paragon Market Place serta rakan-rakan media.
Selain mengumumkan tarikh pembukaan rasmi, ST Rosyam Mart turut memperkenalkan Peraduan Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta, termasuk sebuah kondominium percuma, kereta serta pelbagai hadiah menarik lain. Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 di mana-mana pasar raya Sri Ternak atau ST Rosyam Mart layak menyertai peraduan ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen "Misi Menawan Tampoi", ST Rosyam Mart turut memperkenalkan drama web berasaskan kecerdasan buatan (AI) sebanyak 11 episod berjudul "Misi Untuk Rakyat", yang mengisahkan perjalanan empat kakitangan ST Rosyam Mart dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk menghantar bekalan ke Tampoi. Episod akhir siri ini akan ditayangkan sempena Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Pembukaan Rasmi ST Rosyam Mart di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026 jam 8:30 pagi, serta menikmati promosi pembukaan eksklusif, pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa.
Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, and TikTok.
P/S : Akhirnya sampai juga ST Mart ke Johor kannn! Tak sabar nak soping!..

.jpeg)

kat my area ni..yg terdekat kat setiawangsa...tak pernah gi pun...ari tu pernah konar konon2 nak singgah tapi tak de parking so tak pernah lg lah shopping kat situ
ReplyDeleteOo dekatlah tuu.. 24jam juga kann..kena pergi awal kot ada parking
DeleteTak pernah pergi pun mana2 cawangan sebab tak ada yang berdekatan. Pernah lalu la tapi kat USJ.
ReplyDeleteDah banyak tempat ada ea Rosyam Mart ni ekkk
DeleteMakin banyaklah cawangan ST Romyam Mart ni. Senanglah orang nak shopping sebab buka 24 jam kan. Sini pun ada baru beberapa tahun buka. Tapi tak pernah singgah lagi. huhu...
ReplyDeleteitulah dah banyak cawangan.. ni dah ada kat Jb boleh try pergi nanti
DeleteTq for infonya 👍
ReplyDeleteSama-sama ...
DeleteSemoga akan lebih byk cawangan ST Rosyam Mart akan dibuka termasuklah di Kelantan...
ReplyDeleteInshaallah, satu hari mesti ada di Kelantan..
DeletePembukaan hari birthday anak sulung. Hihi
ReplyDeleteWaaa, hepi besday buat anak Cie ..
DeleteSemoga terus maju berjaya ST Rosyam Mart
ReplyDeleteInshaallah aamiinn...
DeleteAda terbaca mt ig rosyam....
ReplyDeleteRasa nya yg kat KL ni, sekali je ako pernah jejak 😅😅 maybe sbb jauh kot dari rumah n sesak sangat ngan org....
kalau jauh memang tak laa kan.. ni kat Jb ni dekat gan uma Mak aku Ret
Deletekalau area umah ni ada st ternak je. harga memang best cuma bawang je selalu tak ngam ngan hati. kualiti bawang. yang lain memang best segar dan murah
ReplyDeleteRamai kata barang di jual segar.. tu tak sabar buka di Jb.. nak pergi soping situ
DeleteHarap satu hari, dapat buka di Perak juga.
ReplyDeleteInshaallah satu hari ada di perak
DeleteBelum pernah ke st rosyam ni sebab takde kat area berdekatan rumah. Tpi best sebab bukak 24 jam. Selalu tengok blogger suria amanda pergi sinj
ReplyDeleteTu laa buka 24jam tu yang ramai suka..senang nak pergi time terdesak
DeleteWahh joho pun dah ada erk..bolehlah nanti cuci mata.
ReplyDeleteYaa ramai orang Johor menantikannyaa
Deletekalau ada promo kaw kaw kat sini kompem penuhhhh
ReplyDeleteKannn.. harapnya dapatlah rebut peluang sale hehehehe
DeleteWah nk buka Kt Johor... Kt area umah kita dkt Rosyam mart mmg selalu singgah sbb 24jam operation Hours.. Masa grand opening dlu sempat la 2 ke 3x posing ngan Rosyam Nor sbb dia ada Kt Rosyam mart utk promo haha
ReplyDeleteTu laa excited, buka 24jam., boleh pergi time memalam kotlah tak boleh tidokan hahaha
Deletesaya sendiri tak pernah jejak rosham mart nie.. orang kata murah..
ReplyDeleteYaa Sodep, ramai kata dia jual daging hiris tu murah kalau nak buat sukiya
DeleteTak pernah nak gemar pergi pasaraya macam ini. Dapur tak berasap memang beli yang siap sedia je.
ReplyDeleteCubalah pergi.. ramai kata best soping kat situ..
DeleteSaya tak pernah lagi masuk ST Rosyam Mart ni. Cawangan paling dekat kat Setiawangsa. Tunggu klu ada bukak dekat2 rumah baru pergi kot.
ReplyDeleteItu laa tak sabar tunggu di JB bukak, nak tengok vibes dia.. 24jam kann
Delete