Namun, semakin meningkat usia, semakin kita belajar bahawa tidak semua perkara perlu diceritakan kepada semua orang, walaupun mereka adalah kawan yang rapat. Dulu mungkin kita rasa seronok berkongsi apa sahaja.
Dari hal keluarga, kewangan, perancangan masa depan, masalah rumah tangga sehinggalah kejayaan kecil yang kita kecapi. Kita sangka semua orang akan gembira dan menjaga cerita yang kita amanahkan. Hakikatnya, tidak semua orang mampu berbuat demikian.
Bukan kerana semua kawan itu jahat. Tidak juga bermaksud kita perlu hidup dalam rasa curiga. Tetapi setiap orang mempunyai cara berfikir, tahap kematangan dan cara menjaga rahsia yang berbeza. Ada perkara yang lebih baik disimpan antara kita, pasangan, keluarga atau orang yang benar-benar kita percayai.
Bukan kerana semua kawan itu jahat. Tidak juga bermaksud kita perlu hidup dalam rasa curiga. Tetapi setiap orang mempunyai cara berfikir, tahap kematangan dan cara menjaga rahsia yang berbeza. Ada perkara yang lebih baik disimpan antara kita, pasangan, keluarga atau orang yang benar-benar kita percayai.
Kadang-kadang kita hanya mahu meluahkan perasaan. Namun tanpa sedar, cerita itu akhirnya sampai kepada orang lain. Apa yang asalnya sekadar perkongsian bertukar menjadi buah mulut. Ketika itu, penyesalan sudah tidak membawa apa-apa makna.
Begitu juga apabila kita terlalu awal berkongsi perancangan hidup. Ada yang suka mengumumkan setiap impian sebelum ia menjadi kenyataan. Bukan salah berkongsi, tetapi ada kalanya lebih baik kita diam, berusaha dan berdoa. Apabila semuanya sudah menjadi kenyataan, barulah dikongsikan sebagai tanda syukur.
Menjaga privasi bukan bermaksud kita sombong atau tidak mempercayai orang lain. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk kebijaksanaan dalam menjaga diri, keluarga dan hubungan sesama manusia.
Dalam persahabatan juga, kita tidak perlu menguji keikhlasan seseorang dengan menceritakan semua rahsia hidup. Persahabatan yang baik dibina atas dasar saling menghormati, bukan kerana mengetahui setiap inci kehidupan masing-masing.
Malah, ada kawan yang sangat baik walaupun tidak tahu semua kisah hidup kita. Mereka tetap mendoakan, mengambil berat dan hadir apabila diperlukan. Itulah sahabat yang bernilai.
Sebagai orang Islam, kita juga diajar supaya menjaga aib diri sendiri dan orang lain. Tidak semua masalah perlu diceritakan kepada manusia. Ada masanya, tempat terbaik untuk mengadu adalah kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan tidak pernah membuka aib hambaNya.
Jadi, belajarlah memilih apa yang perlu dikongsi dan apa yang lebih baik disimpan. Berkongsi kegembiraan itu tidak salah, tetapi berpada-padalah. Berkongsi masalah juga tidak salah, namun pilihlah orang yang benar-benar boleh dipercayai dan mampu memberikan nasihat yang baik.
Akhirnya kita akan sedar bahawa ketenangan itu bukan datang apabila semua orang tahu tentang hidup kita. Sebaliknya, ketenangan hadir apabila kita tahu menjaga batas, menjaga privasi dan menghargai kepercayaan yang telah Allah berikan.
Kerana tidak semua kawan perlu tahu semua tentang hidup kita. Ada perkara yang lebih indah apabila hanya Allah dan orang-orang yang benar-benar kita percaya sahaja mengetahuinya. Trauma dan serik Sis sampai sekarang masih terasa. Tapi Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui segalanya. Sekarang lebih baik diam dari berkongsi.
P/S : Semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus simpan dan pendam SEGALANYA.



Betul itu bukan semua perkara perlu dikongsi.
ReplyDeleteTakpelah mengadu sahaja pada Allah. Apa yang kita pendam Allah tahu.
Yaa Na.. hanya kepadaNya kita berserah dan mengadu...
Deletetapi janganlah dipendam sorang2. kongsilah dengan anak & suami. Alhamdulillah, walaupun kawan baik ammi dah meninggal tapi ada 2 lagi kawan sehidup semati yang cerita kita tak akan keluar ke mana-mana. hanya kita ber3 je.
ReplyDeleteBanyak hati nak kena jaga Ammi.. makanya baiklah kita diamkan
DeleteBenarrr! Rezeki dapat kawan yang baik tu. Lebih suka meluah dalam hati, berdoa pada Allah semoga kita terus kuat. Risau kalau meluah pada orang lain akan jadi lain. Hidup ni nak tenang-tenang je.
ReplyDeleteYaa Fiza, trauma, masih ada rasa serik untuk berkongsi dengan sesiapa..
DeleteBetul!!
ReplyDeleteKadang ada masa kita cemburu dengan mereka
Kadang ada masa kita rasa kawan itu milik kita...
Sampai kadang kita rasa apa yg kita kongsi, kita milik, kita suka share bersama² dengan mereka tapi bila dah tua² ni ako juga sedar rupanya tak semua mereka yg kita anggap kawan rasa sama seperti yg kita rasa..
Mereka rasa kita annoying sebab terlalu rapat ..
Mereka rasa kita poyo sebab semua bende nak share..
Ako pun skrg dah kurang bercerita dengan mereka yg bergelar sahabat. Sebab ako rasa diorang pun bukan nak dgr sangat cerita kita. Lebih baik drg dengar cerita anak² & suami / isteri derang...
So kita dok je dendiam kat rumah bertafakur hahah
Samapi masa ada lah yg mencari kot² masih bernyawa atau tidak kita di bumi ini
Betul Ret.. dari pengalaman banyak dah aku lalui kes macam ni, sampai laa ni trauma dan serik.. takpelah selagi boleh diam dan diamkan, kita mengadu ajalah padaNya.. kawan ni datang dan pergi.. baik macam manalah, pasti satu hari nanti tak sekufu..
DeleteThanks juga buat ko dan Karni yang selalu ada untuk aku..
Setuju!!! kita yang perlu membuat keputusan. Sama ada perlu atau tidak di cerita atau dikongsi. Atau memilih 'diam lebih baik' atau mungkin cerita yang perlu sahaja.
ReplyDeleteKita ada pilihan Shai.. so buatlah pilihan yang bijak
DeleteSangat bersetuju dengan pandangan Sis Lin! Menjaga privasi diri tu bukan sebab kita x jujur nak berkawan, tapi untuk kebaikan dan ketenangan jiwa sendiri jugak. Perkongsian yang sangat bernilai untuk kita semua renungkan dalam melayari alam persahabatan zaman sekarang.
ReplyDeleteMenjaga privasi dan aib ni berat Syaz.. kadang nak luah pun bila teringat kes lalu, jadi trauma, so selagi boleh diam, kita diam je laa
DeleteMemang benar kita kena pilih kawan, dan tidak semua boleh diceritakan. Sebab apa? Allah mahu kita berdikari. Allah sayangkan kita. Dia jauhkan sesorang kerana bersebab. Ada sebab musabab yang Dia tunjukkan dan ada juga hikmah yang Allah sembunyikan. Dia Maha mengetahui yang nyata dan tersembunyi.
ReplyDeleteKawanlah banyak mana pun kawan, tapi kena hati-hati.. tak semua kawan tu adalah kawan.. ada kawan tapi hanya berpaut aja...
DeleteKawan-kawan kena ada batas. Kalau suami pulak, memang tiada rahsia antara kiteorg. Tapi takpe, Jun tu jenis yg kita cerita hari ni esok dia dah lupa 🤣
ReplyDeleteHahahaha Jun sama laa gan Abang Sabar.. cerita harini, esok lupa ingatan hahahaha
Deletebtul tu tk smua benda perlu di bgtahu...tp kalo ada masalah kena luah..tkbole pendam cumanya kena tgk kwn mana yg bole dipercayai utk kita nk share
ReplyDeleteYaa kadang mencari tempat nak luah, tapi bila fikir balik apa yang dah di lalui sebelum ni, makanya lebih baik diam huhuhu
Deletesetuju. but, for me this time i need fren more, pabila hati disakiti oleh org yg paling kita percaya, dlm rumah kita sendiri, kita dah taktahu nak cari siapa selain my fren. i dont know what i am rite now, ahaaah~
ReplyDeletekalau zaman bebudak dulu y sy selalu jg laa share tp makin usia meningkat sy rs x perlu laa share sana sini even dgn kawan baik sekali pun... bkn takut mengata atau sebaliknya tp lbh kpd rasa tak perlu sbb kite dgn dia menjalani sisi kehidupan berbeza
ReplyDeleteTakut terkena ain juga ya mbak sislin. Makanya kalau tak salah, Rasulullah pun menyarankan agar segala idem rencana atau mimpi tu, baiknya disimpan je. Tak perlu digembor2kan.
ReplyDeleteItulah mengapa sekarang saya pun memilih untuk aktif di blog je. Tak terlalu banyak menulis di media sosial, baik itu IG, Tiktok atau apapun itu. Lelah pula lah kita lama-lama dibuatnya.
Lebih asyik di Blog je, sembari blogwalking secara rutin, hihihihi
Sangatlah betul tu sis Lin..
ReplyDeleteKadang tu menjaga privasi lagi bagus sebab manusia ini hatinya lain-lain..
Kadang baik di depan belum tentu baik di belakang..
Setujuuuu kak Lin. Reminder juga utk saya, agar tak usah banyak cerita hal2 yg belum menjadi. Juga utk selalu bisa menjaga aib atau rahasia dari teman2. Jangan sampe menjadi orang yg tidak bisa menjaga amanah 😔.
ReplyDeleteTerkadang diam itu jauh lebih baik drpd banyak bicara. Takut pula, kita keceplosan ngomong ke orang yg ternyata malah menyebarkan aib kita
can't agree more...yg penting, if nak share, make sure trusted fren yg betul2 jaga privasi kita
ReplyDeleteMcm tak pernah heart to heart dengan kawan..salah satu sebab, memang takde kawan baik.. hahaha.. dengan suami pun tak pernah juga, tapi tiba² nangis ada..suami pula pelik..tapi, habis kat situ jelah..
ReplyDeleteSaya setuju. Saya pun ada pengalaman kurang best dalam hal ini. Bukan semua orang suka bila kita bahagia. Kita diam² sajalah. Allah je yang tahu.
ReplyDeleteBetul sis. Pengalaman pun banyak ajar saya untuk tak cerita personal pada semua kawan. Kadang saya pun ada salah cerita. Tapi itulah yang mengajar. Experience teach me
ReplyDelete