DEMAM TAPI ALHAMDULILAH TEKAK BERSELERA MAKAN. Alhamdulilah harini hari ketiga demam, badan rasa sihat dan bertenaga. 3 hari panggil orang datang mengurut di rumah. Katanya banyak urat masuk angin. Mana taknya, back to back travel, then sibuk dengan event, pastu dengan kerja luar lagi, memang belum cukup rehat sepenuhnya badan Sis ni.
Demam pun tidaklah teruk mana, hanya lebih kepada kepala berat, badan dedor, badan lenguh dan harini hidung pulak mula hingus. Dah berapa harini duduk rumah rehat. Isnin lepas jerr pagi ke Klinik Kesihatan Taman Cendana amik ubat, kemudian balik petang tu orang datang mengurut. Pagi tadi last mengurut.
Dan syukur jugalah demam kali ni walau demam tapi alhamdulilah tekak berselera makan. Hari pertama jerr, balik dari KK Sis beli aja, dah rasa tak larat nak masak. Hari kedua semalam masak rebus-rebus aja, hari ini barulah rasa kuat nak berdiri lama memasak.
Tengok freezer, Suami ada beli sotong, bukak peti ais ada tempoyak dan petai, so apalagi, keluarkan cabe rawit dan menu harini Sis masak Sotong Sambal tempoyak Petai. Terus rasa selera makan membuak-buak!!. sedap betul makan tadi, alhamdulilah.
Cuma belum sempat nak duduk lama depan laptop blog-walking. Update ni pun guna handphone sambil duduk di kerusi urut. Nanti dua tiga hari lagi baru Sis cuba blog-walking yaa.,. Terima kasih mendoakan Sis dan juga sudi datang singgah ke sini. Moga kalian semua sihat-sihat selalu.
P/S : Minggu ni banyak jemputan nak kena hadir, moga aku terus sihat!..



walaupun tk sihat tp gagah juga masak tu..alhamdulillah dh ada selera mkn tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perlahan2 sis Lin. Semoga kesembuhan mengiringi mu, sihat walafiat. Kemudian boleh masak sedap2 untuk family
ReplyDeleteLepas demam nak makan yang pedas² ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah makin sihat. Sis berehatlah puas-puas kat kerusi urut tu dulu ya, nanti2 blogwalking ;) Dapat urut badan bila urat masuk angin lepas penat travel memang lega kan.
ReplyDeleteGet well soon sis.. rin pun baru masak sotong, masak paprik.
ReplyDeleteinsya Allah, biasanya akan cepat sembuh kalau selera mkn masih ada ;)
ReplyDelete1st time dgr tgk menu sotong masak tempoyak =D
ReplyDeletealhamdulillah ..walau tak berapa sihat sis ada selera nak makan . kalau tak makin lemah la tak makan nanti
ReplyDeleteDemam takpe..jangan sakit tekak..yang tu kita give up
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
ReplyDeleteSemoga cepat sihat sis!
ReplyDeleteSemoga dah sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteNi deman badan aje, tapi tekak tak demam.
syafakillah...
ReplyDeletemoga lekas sembuh dan pulih seperti sedia kala
aminnnn
Aaamin. Semoga saat saya baca tulisan ini, kak Lin dah sehat yaaaa 🤗.. kalau masih ada selera makan, berarti dah hampir pulih lah tuh. Yg penting ada appetite utk makan
ReplyDeletePenat berjalan sana sini tak sempat rehat lagi tu SisLin. Semoga cepat baik. Aamiin...
ReplyDeleteRehat secukupnya. Take care.
Syukur masih ada nikmat selera makan tu bila sakit. Ada jugalah tenaga berselera makan. Wahh lain macam ek menu dia sotong sambal tempoyak petai.
Semoga Sis Lin kembali sihat selepas makan sotong sambal tempoyak petai itu. Jaga diri Sis Lin
ReplyDeleteNampak menyelerakan, itu menu sambal Sotong tempoyak
ReplyDelete