Free??? Seumur Hidup???


Salam semua...

Adeiii mmg dh agak dh, mesti yg kata dn ingat Lin ni pregnant!! ishhhh takde makna nyee..
Wakakakkah...ok2 sori2 ok bt semua risau merisau, btw thank you le pd sapa2 yg msh ingat dn mengikuti blog merapu Lin ni, mmg betul skrg ni ketandusan idea, bila dok boring2 tu main le game kt FB tu, tp bkn le bermakna dh tak ingat donia blogging ni..mood je tak dok..hu hu hu..

Kalu boleh tu mmg le nak pregnant, lg2 dpt lak bersalin dlm kapal terbang..fuyooo best tu wok..nnti dpt lak penerbangan percuma ke seluruh destinasi seumur hidup..best je kan bunyinye tu, tp ikut nasib masing2 le, klu dh rezki dia kan, tp kan..mmg cmtu ke? bersalin dlm kapal terbang dpt free seumur hidup? klu bersalin dlm keretapi?? free jgk?? abs tu, Lin ni dulu bersalin anak no2 dlm teksi, tak dpt pun naik teksi free seumur hidup?? huwaaaaa x aci x aci....

Wanita lahir bayi lelaki dalam pesawat Airasia

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi. Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya. Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe berkata, wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang. "Sebaik mendarat, ambulans yang sudah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup. Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini. "AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya.

Sumber dr MyMetro




P/S: Mgkin 3 org je ni kot rezki Lin, tggu le turn Kak Ct ke Retna ke Linda ke..muahahahahaha..


7 comments:

  1. best tuuu. nk beranak dlm kapal terbang gak lah, hihi

    ReplyDelete
  2. seumur hidup......

    syok nyeeeeeeeeee

    =D

    heheheheh

    ReplyDelete
  3. lepas ni jadiklah pulak maskot/ duta air asia. tu lagi masyukkkk ~


    >>__________<<

    ReplyDelete
  4. sekali seumur hidup tue..
    bkn senang nak dpt peluang cmtue..
    hee...

    -maiza-

    ReplyDelete
  5. Dulu kan kak LIn, sy nyaris je dilahirkan ketika flight. Tapi ayah sy cancelkan flight sbb mak sy macam dah x larat.hehehe... Kalu x, dapatla sponsor seumur hidup.

    ReplyDelete
  6. kalau muda lg leh lah beranak dlm kapal terbang lin... ni dah cukup umur x leh nak beranak lagi hahaha

    ReplyDelete
  7. se umur hidup? bestnya...apa lagi lin?

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..