Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari Separa Hari Ini !!!


Salam semua...

Info terkini untuk hari ini...

Rakyat berpeluang lihat fenomena bulan menutupi matahari, petang Jumaat ini.

AMARAN: Jangan lihat gerhana matahari dengan mata kasar
SELEPAS kali terakhir fenomena gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009 dan disusuli gerhana bulan pada malam tahun baru lalu, kali ini penduduk Malaysia bakal melihat pula bagaimana kekuasaan Allah SWT menerusi kejadian gerhana matahari separa pada Jumaat 15hb Jan 2010 ini.
Gerhana matahari terbahagi kepada tiga jenis iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana anulus. Gerhana penuh berlaku apabila matahari diliputi sepenuhnya oleh bulan akibat kedudukan bulan yang berada dekat dengan bumi dalam orbit bujurnya. Gerhana separa pula merujuk kedudukan bulan yang hanya menutup sebahagian matahari.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen, berkata di Malaysia, fenomena ini paling jelas disaksikan penduduk di utara Semenanjung dan Langkawi, menjadi lokasi strategik dengan liputan maksimum di Malaysia sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan 'sentuhan terakhir' ketika matahari terbenam.
"Matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang. Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. "Sehubungan itu, rakyat negara ini akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa mulai jam 3 petang hingga 5.45 petang pada Jumaat ini," katanya.

**Sempena Gerhana Matahari ini, umat Islam di galakkan menunaikan solat Kusuf atau solat sunat Gerhana Matahari dan di sertau Khutbah Khas Gerhana...

2 comments:

  1. ini lah masanya nabi smyanag time sujud paling lama. hari ini gak la ank nabi meninggal.

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com