Monday, May 10, 2010

Chelsea JUARA...Blues Forever.


Salam semua..

Ermm tak yah le cite banyak2 ye, kang ada plk yg meluat..hahahahhaa
So Lin copy paste je la yek dr KosmoOnline..hehehehe

CHELSEA muncul juara Liga Perdana England (EPL) bagi musim 2009-10 yang menutup tirainya semalam.Kejayaan itu diperoleh penuh bergaya selepas kelab itu membelasah Wigan 8-0 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge.
Ia merupakan kejuaraan kali keempat buat Chelsea dalam EPL dan yang pertama di bawah bimbingan pengurus dari Itali, Carlo Ancelotti.Meskipun juara bertahan, Manchester United menewaskan Stoke 4-0 di Old Trafford, ia sudah tidak bermakna apabila Chelsea menamatkan saingan dengan 86 mata manakala United hanya mengumpul 85 mata.Aksi semalam bermula dengan jaringan Nicolas Anelka pada minit keenam sebelum Wigan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-31 setelah Gary Caldwell dilayangkan kad merah.Seminit kemudian Frank Lampard meledak gol kedua Chelsea menerusi sepakan penalti.
Chelsea terus berpesta pada babak kedua dengan menambah enam lagi gol menerusi Salomon Kalou pada minit ke-54, Anelka (56), Didier Drogba (63, 68 dan 80) dan Ashley Cole (89).Sementara itu, empat jaringan United menerusi Darren Fletcher (31), Ryan Giggs (38), gol sendiri Danny Higginbotham (54) dan Park Ji-Sung (84) ketika mereka membelasah Stoke tidak memberi sebarang erti lagi buat anak-anak buah Alex Ferguson.Tempat ketiga liga menjadi milik Arsenal yang mudah membelasah Fulham 4-0 menerusi jaringan Andrei Arshavin (21), Robin Van Persie (26), gol sendiri Chris Baird (37) dan Carlos Vela (84) untuk mengumpul 75 mata.



P/S: Malam tadi tgk sorg2 sampai dekat kul 1am..nasib anak2 tak terlambat gi sekolah..hehehehehe


With Love

2 comments:

  1. huhu arsenal mengapa jd arrrsengal..

    ReplyDelete
  2. yeah, keep the blues flag flying high. hehe

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com