Monday, April 04, 2011

ABPBH2010: Malam Gemilang Buat Shaheizy Sam.

Assalamualaikum wbt..

Yesss 'awak' memang layak di gelar pemenang! Juara segala juara. Bila pandang je muka dia, teringat cerita ngangkung,..hahahahahahha
Apa2 pun semua owang dah tengok kan ABPBH tu kan malam semalam, ada yang tak puashati, ada yang mengeluh, ada yang menyampah, aishhh biasa le adat bertanding, sapa suruh kowang tak undi??? :p. Harini baca blog sana sini semua dok update senarai pemenang, so Lin pun nak jugak buat post entry untuk anugerah ni..hehehehehhe
Jom layan ...


GENTING HIGHLANDS, 3 APRIL 2011: Dengan undian sebanyak 126,168, pembaca akhbar Berita Harian telah memilih pelakon, Shaheizy Sam sebagai Bintang Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang bersiaran sebentar tadi.
Dalam majlis yang telah berlangsung dengan gilang gemilang dari Arena of Stars, Genting Highlands ini, Shaheizy Sam, 29, telah menewaskan nama-nama besar lain yang turut mendapat undian tinggi seperti Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.


Dengan gelaran ini, Shaheizy turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 serta hadiah iringan dan trofi.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang yang diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Terdahulu, Shaheizy yang menempa nama dalam industri hiburan tanahair melalui filem Adnan Sempit ini telah memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular.


Berikut adalah senarai pemenang ABPBH 2010 

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sham

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Lisa Surihani

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
Noorkhiriah

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR
Rabbani

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato' Rosnani Jamil

ARTIS LELAKI POPULAR
Faizal Tahir

ANUGERAH ARTIS MOBILE POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2010
Shaheizy Sam

 

 

*Lagi cerita di sebalik anugerah ABPBH2010 di sini.




P/S: Lepas ni sakan duduk depan TV tengok Diari AF9 pulak...fewiiiittttttttt


With Love

2 comments:

  1. awatnya usop welcir tak menang?? errrr

    ReplyDelete
  2. Ady Budika: hahahah tahun depan turn dia le..tahun ni dia menang gelak!..hahahahhaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..